Penting

Segala tulisan dalam blog ini hanya pandangan peribadi berdasarkan pendidikan, pengalaman, pembacaan dan pemerhatian penulis terhadap kehidupan seharian. Saya menggalakkan penyebaran informasi daripada blog ini. Namunbegitu, tindakan undang-undang akan diambil sekiranya segala informasi daripada blog ini digunakan untuk tujuan fitnah dan boleh memudharatkan orang lain. Selamat Membaca.

303 CHANNELS HANYA RM40 SEBULAN

Friday 30 December 2011

Pengkhiantan Anak Melayu di Mesjid Tmn Desajaya, JB

Semalam 30 Disember 2011, kita telah digemparkan dengan berita mengatakan bahawa terdapat 6 kepala haiwan yang dikenali sebagai khinzir atau babi di hadapan pintu Masjid Al Falahiah, Tmn Desajaya, Johor Baharu. Disebabkan berita tersebut sekalian anak muda muslim di Johor dengan digegarkan dengan gegak gempita supaya segera mempertahankan institusi yang paling utama dalam pembangunan umat iaitu mesjid.

Meninggalkan kepala haiwan dihadapan pintu masuk pagar luar mesjid merupakan tindakan yang boleh membangkitkan kemarahan umat islam kerana beberapa faktor.

Yang pertama: diketahui mesjid menjadi tempat beribadah umat islam dan adalah perlu suci lagi menyucikan sebelum memasukinya.

Yang kedua; haiwan yang bernama babi itu dalam masyarakat Melayu Islam merupakan haiwan yang paling jijik dan kotor sejak sekian lama dididik. Ia seangkatan jijiknya dengan anjing. Bagi masyarakat Melayu Islam telahpun dimomokkan sejak saban zaman bahawa kedua binatang ini adalah haram hatta disentuh boleh mendatangkan mudharat. Dan mengambil haiwan ini walaupun anjing yang boleh memberi manfaat kepada pembela juga dipandang sinis dan dianggap satu kesalahan yang besar dalam masyarakat terutama dikampung. Walaupun anjing boleh dibela untuk membantu menjaga rumah atau kebun dan sebagainya. Sedangkan, tiadalah tidak boleh terkena langsung atau bersentuh langsung diantara kulit muslim dan haiwan ini. Kerna syarak membenarkannya walaupun haram. Cuma, kena membasuh dengan cara yang betul yang dikenali sebagai 'samak'.

Saudara/i, pembaca yang dikasehi sekalian,
Seperti dimaklum umum bahawa haiwan yang ditemui tanpa badan dan kaki itu merupakan haiwan yang dijadikan makanan dagingnya oleh umat manusia yang lainnya. Memang menjadi tabie untuk orang-orang bangsa lain terutama cina Malaysia untuk menjadikan daging haiwan tersebut sebagai makanan harian. Jadi, tidak mustahil negeri Johor merupakan antara negeri pengeluar daging BABI terbesar di Malaysia dan ia bertepatanlah dengan penduduk negeri Johor selain daripada Melayu, mereka antara terbesar berbanding bangsa lain.

Saya secara peribadi menganggap perbuatan khianat itu adalah dilakukan tidak dilakukan oleh orang cina. Hal ini kerana beberapa sebab yang percaya.

Dengan keazaman luar biasa untuk meninggalkan kepala haiwan ini dihadapan pintu masuk mesjid sudah pasti menjadikan individu berbangsa cina sebagai suspek utama walaupun kebarangkalian bangsa lain itu lebih tinggi. Maka, dengan menjadikan orang cina di Johor sebagai suspek yang bertanggungjawab terhadap perbuatan biadap itu sudah pasti mengundang kebencian dan pandangan serong umat Melayu Islam. Dan secara lahiriyahnya, orang cina tidak akan berani melakukan perbuatan tersebut kerana sudah tentu mereka khuatir kerana sudah pasti polis akan dapat menjejak dari pengeluar mana dan siapa yang beli babi dan kepala itu.

Selain itu, kalau benar orang cina yang melakukan perbuatan ini, sudah pasti kepala babi tersebut tidak menggunakan plastik. Sebaliknya, sudah pasti mereka angkat begitu sahaja tanpa alas plastik. Jadi, kalau benar telahan saya menunjukkan bukan orang cina yang meletakkan kepala babi di hadapan pintu masuk mesjid itu sudah pasti ia adalah kemungkinan yang jelas meunjukkan perbuatan tersebut adalah khianat.

Dan saya amat terguris dan berkecil hati sekiranya ia dilakukan oleh anak-anak Melayu Islam. Saya tidak mampu mengambarkan kesedihan itu dan sekiranya ia dilakukan bertujuan untuk memecahbelahkan perpaduan negara, maka tindakan tegas dan pantas harus diambil oleh pihak polis. Andaikata, perbuatan itu ada berkaitan dengan permainan politik pihak tertentu; sudah pasti saya dan teman-teman di Johor tidak akan teragak-agak untuk memastikan pihak yang berkhianat ini harus dihukum dengan tanpa belas ikhsan.

Diakhir kata, saya berharap agar pihak PDRM Johor dapat menjalankan tugas denga penuh amanah dan bertanggungjawab. Semoga isu ini tiada membawa kemudharatan kepada negara.

Demi Rakyat Semerah,
zaihan zainal

Thursday 29 December 2011

Bendera Yang Melalaikan vs Rasuah Yang Mempersona

Salam sejahtera kepada semua pembaca, diharapkan semua berada dalam keadaan tenteram lahiriah dan dalamannya.

Minggu lalu, media cetak, massa dan media dalam talian 'online' begitu hebat menceritakan kesah anak muda mahasiswa yang dianggap sebagai pengkhianat apabila mereka mengekspresikan perjuangan mereka dengan menurunkan bendera wajah satu presiden parti siasah politik kekuasaan dan menggantikannya dengan panji perjuangan mahasiswa yang mahu hidup mereka lebih bebas di dalam dan luar kampus. Dan peristiwa itu benar-benar buat masyarakat jadi hanyut dengan emosi. Ada yang kata perbuatan itu perlu disokong dan banyak juga yang menentang. Sehingga ke akhirnya semua jadi alali dan lupa tentang betapa Mak Mentri yang merompak hasil negara sehingga RM250juta yang sepatutnya boleh diagihkan kepada seluruh rakyat yang benar-benar berminat atau mempunyai pengalaman menternak lembu.

Pembaca yang mulia sekalian, sebelum ini memang terlalu banyak salah laku dan penyelewengan kuasa dilakukan oleh pembesar negara. Ia bukanlah berkisar kepada dunia politik muktahir ini. Sebaliknya praktis kepimpinan begitu telah lama diulang sejarah. Barangkali di Malaysia isu lembu ini yang pertama dalam sejarah politiknya. Sebaliknya di Amerika Syarikat (US) sewaktu zaman Presiden Amerika Syarikat ke-34, Dwight David Eisenhower (1890-1969) pernah menerima ‘hadiah’ berupa seekor lembu berharga US$1000. Bukan dia sahaja yang menerima lembu itu, tetapi pada mulanya pembantu peribadi dan orang yang dekat dengan Presiden, Sherman Adam yang mula-mula menerima hadiah mahal daripada seorang jutawan, Bernard Goldfine. Hadiah itu berupa baju bulu vicuna berharga US$700 selain sehampar permaidani Asia berharga US$2400. Ketika menerima hadiah itu iaitu pada tahun 1958, Adam berada di dalam kesulitan kewangan.
Gambar Presiden Eisenhower & Sherman Adams
Masyarakat, termasuk majalah dan surat-surat khabar mengecam Adam, sehingga akhirnya dia melepaskan jawatan. Presiden Eisenhower memang cuba mempertahankan pegawai kanannya itu, nescaya gagal sebelum terbukti akhirnya dia sendiri juga menerima hadiah bernilai ratusan ribu dollar; sebuah traktor yang siap dengan alat menyalakan rokok; juga baju bulu yang sama yang pernah dihadiah kepada Adam, iaitu baju bulu vicuna, serta seekor lembu.

Selain itu, dalam sejarah Islam juga punyai peristiwa yang boleh diambil iktibar seperti Saidina Ali ibn Abu Thalib yang di satu ketika semasa menjadi Khalifah dikatakan cuba disogok dengan pemberian kuda-kuda terbaik Persia untuk dijadikan kuda-kuda perang. Sogokan itu cuba dilakukan oleh orang-orang kaya di Ambar.
Saidina Ali tidak menerimanya, sebaliknya menolak pemberian itu kerana diketahui orang-orang kaya itu telah membayar cukai. "Kamu telah membayar zakat kamu, sehingga menerima sesuatu daripada kamu – walaupun kamu menawarkannya secara sukarela dan tulus hati – adalah kejahatan kepada negara", kata Khalifah. 
Meskipun demikian, orang-orang kaya Ambar itu tetap berkeras untuk menyerahkan kuda-kuda itu. Akhirnya Ali menerima, tetapi dengan menolak sejumlah nilai zakat mereka untuk anggaran membiayai peperangan. Maknanya, pemberian kuda-kuda Persia itu secara automatik telah jadi milik negara. Bukan lagi milik peribadi Khalifah. Itu yang paling jelas untuk disampaikan pada pembaca!!

Dan dalam sejarah kerakusan manusia dalam rasuah dan penyalahgunaan kuasa tiada yang tertanding seperti yang pernah dilakukan oleh Gaius Verres (115-43 Sebelum Masihi). Beliau merupakan gabenor di wilayah Sisilia pada tahun 73-71 SM dan wilayah tersebut merupakan dibawah empayar Romawi atau Rom yang terkenal.
Ramai pengkaji sejarah dan sejarahwan mendakwa bahawa kejatuhan kerajaan Romawi adalah disebabkan punca paling akrab iaitu rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Tiada keterbatasan dalam berkuasa dalam sesuatu wilayah itu sekiranya seseorang menjadi Gabenor atau zaman ini di Malaysia dalam pentadbiran sesebuah negeri dengan nama gelaran seperti Menteri Besar dan Ketua Menteri. Jadi, zaman itu dan sekarang pun tiada banyak bedanya iaitu menjawat jawatan paling tinggi dalam wilayah atau negeri adalah jalan paling singkat menjadi kaya-raya. Hatta seorang doktor gigi yang gemar makan 'tempe' pun mempunyai harta berbilion (belum masuk dan kira akaun di Swiss lagi?) hanya selepas 8 tahun meneraju tampuk negeri.
Memang, kerumitan kes-kes rasuah di Romawi lebih dahsyat jika mahu diperbandingkan dengan Malaysia pada hari ini. Sebagai contoh apabila Verres di suatu waktu menjual-beli hukuman yang dikenakan kepada seseorang prajurit yang dijatuhi hukuman mati. Dia tetapkan besar mana wang suapan untuk menentukan cara kematian serta kaedah pengebumian pesalah. Kebetulan sahaja pada ketika itu, sejumlah kapten armada laut Romawi dijatuhi pelbagai hukuman selepas tewas berhadapan dengan lanun dekat Syracuse.
Dia terlebih awal telah merangkus wang suapan berjumlah enam pound bagi tiap-tiap orang pelaut yang mahu ponteng kerja sepanjang musim panas yang mana musim panas di Eropah adalah antara waktu terbaik untuk bercuti dan berhibur. Dalam waktu sama, Verres mengambil seluruh gaji pelaut yang diberikan oleh negara. Dari sana, pelbagai pelanggaran undang-undang dan hukum merebak; pemerasan agar orang membayar suapan menggila berleluasa. Termasuk yang terpaksa membayar wang suap ialah orang tua-tua dan sanak saudara kepada mereka yang terhukum.
Tujuan wang suapan kepada Verres ialah bagi menentukan kaedah hukuman mati seseorang pesalah. Sama ada dengan memenggal sekali kapak di leher, cepat atau lambat pemenggalannya, sama ada sakit atau tidak, jumlah tetakan, sama ada mati secara perlahan-lahan atau mati dengan cepat. Semua itu adalah ditimbang mengikut berapa jumlah wang suap yang perlu dibayar kepada Verres. 
Dalam konteks Malaysia hari ini apakah tiada persamaan dengan yang berlaku dizaman Romawi seperti kesah di rangkapan teratas tadi?
Sebagai contoh kita sering mendengar bahawa saudara atau teman sekampung atau kenalan atau kenalan atas kenalan menceritakan bahawa mereka terlepas hukuman paling tinggi di negara ini iaitu hukuman gantung sampai mati. Dan kebiasaannya adalah kes berkaitan dengan dadah. Dan kadang kala kita juga hairan apabila kutu dadah ini seringkali terlepas daripada seksa dunia setiap kali ditangkap. Melalui saudara dekat dan jauh mula bercerita ibu dan bapa pesalah dadah menjual tanah dan harta sebagai harga kesalahan untuk kelepasan anakanda kesayangan. Dan cerita sebegini bukanlah cerita di kampung saya sahaja. Ia bukan sahaja berlaku di Semerah, sebaliknya mungkin di Tampin, Gua Musang, Tg Karang, Bukit Mertajam dan dimana sahaja dibawah kekuasaan Malaysia pasti akan mendengar berita sebegitu. Kalau tidak percaya tanyalah orang-orang kampung saudara/i atau anda pun sudah biasa mendengarnya. Itu baru cerita yang berkaitan orang biasa. Anak petani, pelaut dan kerani. Belum lagi bercerita anak pembesar dan menteri?...
Justeru, tiada bezakah sejarah rasuah dan penyalahgunaan kuasa zaman Romawi dan Verres tahun 73-71 SM dengan zaman ini? Zaman Shahrizat-Najib-BN?
Dr Syed Hussein Alatas pernah menulis dalam buku karangannya “Rasuah: Sifat, Sebab dan Fungsi” (DBP, cetakan pertama 1995), menunjukkan melalui pelbagai catatan sejarah Romawi bagaimana bobroknya korupsi dan rasuah yang dilakukan Verres. Dipetik daripada seorang pengarang satira Romawi, Juveral, bahawa ada tiga orang pelaku rasuah yang cukup jelek hidup sezaman, iaitu selain Verres, dua yang lain ialah Dolabella dan Antonius.
Dr Syed Hussein Alatas
Sungguh tidak ada kejahatan yang tidak dilakukan Verres lanjutan amalan rasuah yang dia buat; daripada pemerasan, rompak, penyuapan kembali, memperkosa, meniduri isteri orang lain, khianat, membunuh, menjarah karya seni, menjual-beli jawatan, makan riba sehinggalah memalsukan wasiat orang mati.
Di dalam sejarah tamadun-tamadun manusia, rasuah, korupsi dan nepotisme berlaku di mana-mana sahaja, di dalam pelbagai bentuk. Sampai, kadang-kala sukar sekali untuk menentukan bentuk-bentuknya. Sukar juga untuk mengesan di permulaan amalan itu, yang dilakukan seseorang; sama ada petinggi dan penguasa politik, hakim, sehinggalah para pegawai rendah yang diberi kuasa untuk memungut wang cukai atau zakat.
Sesiapa pun tahu, rasuah di Malaysia tidak hanya wujud di peringkat tertinggi, namun tetap wujud di kalangan pegawai bawahan: tidak cuma berlaku di kantor-kantor di Putrajaya atau lobi Parlimen, misalnya, tetapi juga berlaku di tepi-tepi jalan dan di warong-warong kopi.
Dan bagi saya rasuah sesebuah negara itu semakin parah adalah apabila badan swasta yang beramanah seperti bank dan institusi kewangan juga mengamalkan rasuah. Sebagaimana jika mahu permohonan pinjaman beli kereta atau pinjaman perniagaan; kalau mahu lulus dengan cepat kena bayar 5-10% daripada pinjaman totalnya. Dan tuduhan ini bukan sekadar menyerkap jarang kalau tiada pernah terkena. Pernah datang seorang teman yang menawarkan pertolongan untuk mendapatkan pinjaman daripada institusi kewangan. Beliau menerangankan rangkaian kenalan beliau dengan institusi yang dimaksudkan dan minta 10% daripada jumlah pinjaman sebagai upah kerja khianat yang akan dilakukan untuk dikongsi bersama dengan rangkaiannya (iaitu pegawai bank berkenaan). "Wah...itu kan sudah parah rasuah di Malaysia ini..."kata saya dalam hati. 
Saya menolaknya walau dalam masa tersebut amatlah perlukan sejumlah besar wang untuk kegunaan perniagaan yang berkembang mendadak beberapa tahun sudah. Saya mendengar pada hati nurani untuk menghantar permohonan tersebut melalui jalan jauh dan bukan jalan pintas sebagai mempertahankan prinsip perjuangan saya selama ini. Akan tetapi, permohonan saya ketika itu tidak mendapat restu daripada jawatankuasa atas sebab musabab yang tidak masuk akal. Namun, saya redha dan usaha cara dan jalan lain. Ia dengan berkat Allah diberkati juga walaupun tidak besar mana.
Dalam kelalaian umat Malaysia terhadap pelbagai isu rasuah dan penyelewengan dalam tadbir kelola negara ini dek kerana mainan media massa terhadap mahasiswa pemberani yang menurunkan bendera Presiden parti politik cap 'LEMBU' itu, tiba-tiba kita dikejutkan lagi dengan isu 'penggunaan dana zakat oleh sebanyak RM32,150  untuk membiayai kos guaman Menteri Agama Datuk Seri Jamil Khir Baharom sebanyak RM63,650. Dan ia dibentangkan oleh laporan Ketua Audit Negara 2010.

Justeru, bertambahlah isu penyelewengan pembesar-pembesar di negara ini tanpa jawapan pasti....

zaihan zainal
Demi Rakyat Semerah

Tuesday 20 December 2011

Mahasiswa Pemberani Mahu Lawan Menteri? part 4 (Siapa ROUSLAN MOKHTAR?)


Salam sejahtera kepada pembaca.

Beberapa hari sudah kita telah dikejutkan dengan berita keberanian seorang pemuda yang masih menuntut di institut pengajian tinggi yang menjadi pembekal utama guru-guru ke seluruh sekolah di Malaysia. Nama pemuda tersebut seperti umum ketahui adalah Sdr Adam Adli. Beliau merupakan seorang anak yang berasal daripada keluarga sederhana yang berteduh dibawah naungan kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang. Beliau juga merupakan secara lahiriahnya menyaksikan penindasan dan pengabaian kerajaan negeri Pulau Pinang pada zaman lampau. Iaitu zaman pemerintahan Parti Gerakan/ BN yang dikepalai olih seorang berbangsa cina TS Koh Tsu Koon. Pemerintahan selepas era BN di pulau mutiara ini masih lagi diketuai olih seorang berbangsa cina juga.

Atas dasar pembentukan sahsiah dan kematangan di sekolah sebelum ini beserta mengamati keadaan sekeliling barangkali Sdr Adam Adli melihat perbezaan ketara kedua-dua cina tersebut. Apatah lagi dengan sosok kedua-duanya mewakili parti yang berbeza sama sekali walaupun persamaan diantara GERAKAN dan DAP tidak dapat dinafikan olih Sdr Adam mahupun kita bahawa keduanya menampilkan demografi parti berbilang bangsa. Akan tetapi keduanya juga dimajoritaskan olih bangsa cina.

Sdr Adam Adli melihat perkembangan pulau ini sejak beliau mampu berfikir. Dan fikrahnya pula tidak hanya tertumpu kepada pembangunan negeri yang merupakan beberapa negeri yang mempunyai kadar peratus FDI yang tinggi berbanding negeri-negeri lain terutama negeri tertubuhnya Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu iaitu negeri kelahiran saya. Beliau mungkin bukan sahaja melihat daripada mata kasar akan pembangunan negeri ini sebaliknya turut melihat adalah mata hati dan nurani. Sdr Adam mungkin sahaja melihat sejarah bagaimana bangsanya yang pada asal adalah penduduk tetap di tengah-tengah bandar yang secara berdikit-dikit dikesampingkan daripada terus berada di pusat pertumbuhan ekonomi itu. Sdr Adam mungkin juga celik pekertinya untuk menonton sejarah bagaimana George Town merupakan salah satu daripada 2 kerajaan tempatan atau 'local authorities' terawal di Malaysia iaitu pada tahun 1857 selain daripada Bandar Melaka. 

British buat pertama kalinya memperkenalkan pilihanraya kerajaan tempatan pada tahun 1867 di George Town, Pulau Pinang. Pilihanraya ini adalah untuk pemilihan Ahli-ahli Majlis Munisipal, namun, orang awam dilarang daripada mengundi. Hanya kakitangan British dibenarkan mengundi ketika itu. George Town menjadi bandar yang pertama yang di gelar Munisipal di Malaya.

Malah melalui pembacaan, pemahaman serta pemerhatian alam sekeliling membuatkan anak muda berjiwa besar ini mengetahui bahawa sesebuah kerajaan seharusnya dipilih oleh rakyat jelata melalui proses pemilihan yang demokratik secara bebas dan tanpa sebarang diskriminasi. Di Malaysia, selepas British meninggalkan pemerintahan Malaya pada tahun 1957, sistem pilihanraya diteruskan dalam 3 peringkat iaitu pilihanraya kerajaan tempatan, pilihanraya kerajaan negeri dan pilihanraya umum untuk memilih ahli-ahli parlimen. Namun, pilihanraya kerajaan tempatan dihentikan oleh kerajaan BN pada tahun 1965, dengan pelbagai alasan. Selepas itu, ahli-ahli majlis bagi sesebuah kerajaan tempatan dilantik oleh pihak pemerintah di peringkat negeri. Kerajaan tempatan merupakan entiti paling rapat dengan masyarakat tempatan kerana segala hal ehwal harian dan masalah-masalah setempat dan pembangunan setempat sangkut paut dengan penduduk disana. Dan anak muda ini juga tahu seharusnya lebih demokratik supaya pembangunan dan masa depan masyarakat tempatan tidak diperjudikan.

Kerana apa yang berlaku sejarah begitu hitam mungkin buat Sdr Adam Adli dan keluarga dan sedara sebangsanya. Penyisihan bangsa yang dibuat ketika awal era pembangunan Pulau Pinang dibawah pimpinan kerajaan Gerakan/ BN menyebabkan beliau merasai keperitan sebagai pertiwi yang sering ditindas. Beliau merasai kepedihan penarik-penarik beca di sekitar KOMTAR. Sedari dari awal beliau tahu penderitaan nelayan-nelayan tepi pantai. Atas segala keperihatinan beliau terhadap kesengsaraan rakyatlah menekadkan hati beliau untuk turut serta dalam arus kebangkitan rakyat. Maka, untuk mengekspresikan perjuangan sudah pasti beliau tiada jalan lain melainkan melalui gerakan mahasiswa yang disertai beliau.

Setelah mendapatkan carian dan pengesahan daripada pejabat-pejabat parti, saya yakin Sdr Adam Adli bukan ahli AMK/PKR, juga bukan ahli Pemuda UMNO atau PAS. Barang tentu beliau tidak sertai DAP dan Gerakan. Justeru, penulis percaya anak muda ini menggunakan saluran gerakan mahasiswa yang disertainya sebagai wadah untuk perjuangan yang beliau rasa benar.

Lantaran itu, Sdr Adam Adli telah mengambil tindakan berani menurunkan bendera seorang yang dianggap sebagai maharaja kalau dizaman feudal dulu menggantikan dengan panji perjuangan mereka. Kalau dizaman peperangan purba bendera dan panji menjadi wakil kepada kekuatan. Kalau panji-panji ini jatuh bermaksud kalah!! Penulis sangat yakin bahawa Sdr Adam tidak melakukannya hanya kerna emosi dan darah muda semata-mata. Akan tetapi ia berkisar rapat kepada sentimen penderitaan rakyat terutama anak bangsanya yang ditindas sejak sekian lama di Pulau Pinang. Kebebasan, kebajikan dan kemudahan yang diperoleh selepas kerajaan negeri bertukar tampok daripada BN kepada PR memberikannya kekuatan untuk terus pastikan nikmat hidup itu diraih lagi terutama selepas janji PM Najib pada hadiah sambutan Hari Malaysia 16 September 2011 yang lalu untuk hapuskan ISA, AUKU dan Akta Polis (berkaitan perhimpunan aman). Namun, beliau melihat transformasi dan janji yang dibuat tidak pula dikotakan sebaliknya kes penahanan 11 orang di Sabah dibawah ISA serta kenyataan sepupu kepada PM yang merupakan Menteri Dalam Negeri DS Hishamudin bahawa kerajaan sedang mengkaji untuk 2 akta baru menggantikan ISA menyebabkan berlakunya krisis kepercayaan terhadap PM Najib dikalangan mahasiswa terutama Sdr Adam Adli semakin meruncing.

Kecenderungan Sdr Adam Adli untuk berjuang atas nama mahasiswa pembela negara dengan semangat yang tinggi dan membara menekadkan beliau untuk turun bersama-sama teman beliau dalam gerakan mahasiswa daripada lebih 40 pertubuhan yang bergabung dibawah apa yang dikenali sebagai BEBAS ('Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik') . Kesungguhan beliau untuk menurunkan bendera PM Najib bukan sekadar suka-suka!! Sebaliknya, ia adalah simbolik atau metafora jelas ditujukan kepada kerajaan terutama PM Najib bahawa mahasiswa sudah hilang kepercayaan terhadap Najib. Justeru, pimpinan negara diberi masa untuk mengembalikan keyakinan tersebut sebelum mahasiswa membuat keputusan di saluran PRU13 akan datang.

Anak muda sebijak Sdr Adam Adli dan teman-teman beliau telahpun memikirkan akan kesan atau 'consequences' apa akan terjadi apabila mereka melakukan aksi tersebut (merujuk kes bendera). Sudah pasti tekanan dan serangan yang bakal mendatang telahpun difikirkannya. Sekurang-kurangnya diambil tindakan disiplin dan tatatertib di UPSI atau dibuang terus dari UPSI. Itu adalah kesan yang paling minimal yang bakal si penurun bendera akan hadapi. Dan mereka juga bakal berhadapan dengan pelbagai lagi tekanan lain seperti ugutan daripada SAMSENG-SAMSENG daripada parti yang sangat dinonim dengan samseng. Mereka juga bole terancam nyawa dengan perbuatan itu. Penulis sangat yakin bahawa beliau dan rakan telahpun berbincang habis tentang apa yang akan mereka lakukan selepas itu. Dan keputusan untuk meneruskan hasrat itu diambil atas dasar menyampaikan mesej yang berani daripada mahasiswa. 

Kalau Sdr Adam Adli dan teman-temannya bukan ikhlas masakan pemuda ini berani melakukan perkara tersebut. Kalau bukan mahasiswa ini BERANI, Sdr Adam Adli sudah kecut perut untuk melakukannya. Diatas sifat keberanian itulah beliau menerima ancaman dan sebagainya. Ada penulis blog yang katanya rapat dengan Adam bahawa ada kalangan rakan Adam telah dipukul kerana turut berada bersama ketika program itu. Katanya lagi melalui gambar dan video setiap seorang dikenalpasti dan dicari untuk dipukul dan ugut. 

Orang pertama yang mengugut adalah Sdr Arman bekas Ketua Wira PERKASA melalui Youtube seperti yang telah saya kupas pada siri ke2 yang lalu. Selain itu, keluarga Adam di Pulau Pinang pula telah didatangi individu yang mengenalkan diri sebagai ahli PEKIDA pula dan memberi amaran kepada ahli keluarga Adam. Selain itu, selepas ugutan demiugutan diterima, Sdr Adam Adli sudah merasa tergugat keselamatan nyawanya dengan keputusan akhir untuk melapor kepada pihak polis. Justeru, sejurus laporan dibuat di Balai Polis  Bukit Aman beliau mengada sidang akhbar dan dipenghujungnya beliau telah didatangi seorang individu yang tidak dikenali yang cuba menyerang beliau.

PENYERANG ADAM
Lelaki ini bingkas menyerang Sdr Adam Adli seolah-olah sedang dalam amarah teramat. Dengan menggunakan nama Rouslan Mokhtar atas tiket Rakyat Prihatin beliau secara tiba-tiba datang dan cuba untuk menyerang dan memukul Sdr Adam.

Namun yang menjadi persoalannya adalah bagaimana kejadian yang berlaku di depan Ibu Pejabat Polis diraja Malaysia Bukit Aman, namun tiada langsung tindakkan susulan dari pihak polis. Beberapa pegawai polis yang berada di tempat kejadian hanya berdiam diri. Sudah lupakah ikrar pihak berkuasa untuk menjaga keselamatan awam? Dalam klip video di atas kita dapat lihat Chegubard beberapa kali meminta pihak polis mengambil tindakkan tetapi tidak diendahkan. Demi keselamatan, sepatutnya pihak berkuasa menahan sipolan yang menyondol tak tentu pasal itu supaya tiada ruang untuk kejadian yang tidak diingini berlaku.


Sepatutnya polis boleh sahaja menahan lelaki tersebut dengan menggunakan Seksyen 503 

Kanun Keseksaan,boleh dikenakan hukuman penjara dari 2 tahun hingga 7 tahun bagi 

kesalahan melakukan satu bentuk ugutan untuk mencederakan seseorang.

Ternyata Abg Rouslan memang melakukan ugutan untuk mencederakan Sdr Adam. Begitu juga 

bait-bait ayat terakhir penyerang semasa sesi temuramah mengatakan 

"....saya sorang-sorang saya cari dia....saya bukan upahan UMNO, upahan ganster 

UMNO tidak....saya sorang akan cari dia....sebab dia kurang ajar...KITA AKAN AJAR 

DIA!!...budak mentah lagi 22 tahun baru..." Rouslan Mokhtar / SB


SIAPA ROUSLAN MOKHTAR yang sebenar?
Setakat ini penyerang hanya memberikan nama sebagai Rouslan Mokhtar. Akan tetapi identiti sebenar beliau masih tidak diketahui. Tetapi melalui analisis saya dan beberapa teman memastikan bahawa beliau SEORANG SB atau mata-mata berikutan terdapat beberapa persoalan yang perlu dirungkai seperti:

1.Muka dan sosok tubuh mirip seorang 'mata-mata' atau SB.
2.Misai adalah aset paling berharga En Rouslan Mokhtar kerna tanpa misai agak sukar untuk beliau berselindung.
3.Gigi Sedikit Karat bahagian depan terutama gigi bawah membuktikan beliau seorang penagih nikotin. Beliau perokok tegar. Kebiasaannya menjadi kemestian dan identiti SB mesti bergigi karat akibat menghisap rokok dan banyak minum caffein. Mungkin mereka perlukannya sebagai bahan 'induce' untuk hasilkan idea dalam menulis report atau idea untuk menangkap penjenayah dan mungkin juga diperlukan untuk hasilkan propaganda dsb.
4.Semasa berlakunya serangan Rouslan langsung tidak ditenangkan olih anggota polis lain yang ada. Sebaliknya orang yang diserang pula yang cuba ditenangkan.
5.Anggota polis yang ada sentiasa berada di depan Abg Rouslan dengan tujuan memastikan keselamatan orang yang menyerang ini terjamin atau mahu pastikan Abg Rouslan a.k.a. rakan sejawat mereka selamat.






Selain itu, Rouslan Mokhtar juga dikenal pasti memakai topi berjenama Heckler & Koch iaitu pengeluar senjata keluaran U.S. yang agak terkenal. Pembaca boleh rujuk laman web ini http://www.heckler-koch.com/en/products.html. Justeru, ini membuktikan bahawa Rouslan Mokhtar yang menyerang Sdr Adam adalah seorang SB. 

Jadi, kalau benar Rouslan Mokhtar bukan SB sila jawab persoalan ini pula:
1. Apa yang membuatkan En Rouslan Mokhtar begitu mendalam dalam bidang senjata sehingga memakai topi jenama senjata tersebut? 
2. Dimanakah beliau mendapatkan topi ini?


Sekiranya benar Rouslan Mokhtar adalah seorang SB. Maka, apakah tujuan beliau menyerang Adam Adli waktu itu? Adakah aksi serangan itu memang terancang? Atau memang mengharapkan serangan balas daripada mahasiswa dan penyokong yang hadir supaya polis boleh menangkap semua yang ada? Dan mereka juga boleh menjadikan isu ini sebagai mahasiswa menyerang pihak polis pula. Dan kalau benar Rouslan Mokhtar seorang SB maka siapa pula dalangnya?

Sekian,
Zaihan Zainal
Demi Rakyat Semerah


Mahasiswa Pemberani Mahu Lawan Menteri? part 3 (Adam Adli Dipukul?)


Kegilaan ini (merujuk kepada isu seorang mahasiswa UPSI bernama Adam Adli) yang mengemparkan negara apabila dengan berani menurunkan bendera wajah Najib PM Negara dengan menggantikan panji BEBAS iaitu suatu gabungan gerakan mahasiswa dikenali sebagai 'Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik' semakin ketara.


Seorang lelaki yang tidak dikenali memperkenalkan diri sebagai seorang rakyat Malaysia yang prihatin cuba untuk memukul Adam Adli sejurus tamat sesi Sidang Media dihadapan Balai Polis Bukit Aman. Sebelum itu, beliau telah membuat laporan polis terhadap segala ancaman dan ugutan yang beliau dan keluarga lalui. Hadir sama Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia serta Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia, Sdr Badrulhisham atau dikenali sebgai Chegu Bard. 


Dalam kes berkaitan menurut sumber dari  (http://wargamarhaen.blogspot.com/2011/12/bendera-najib-keluarga-diugut-adam-adli.html) satu maklumat yang diperoleh, keluarga Adam Adli yang menetap di Pulau Pinang telah dikunjungi sekumpulan pemuda yang memperkenalkan diri mereka sebagai entiti PEKIDA.
Keluarga Adam yang terkejut dengan kedatangan mereka telah menyatakan kepada sumber berkenaan bahawa mereka telah diugut dan diberi amaran. “Mereka tidak benarkan anak kami (Adam) pulang ke rumah kerana mereka akan memantau sekitar rumah kami.”“Jika mereka nampak anak kami berada bersama kami, mereka akan lakukan sesuatu. Kami sangat sedih dan mohon semua doakan keselamatan anak kami.”, ujar salah seorang daripada ibubapa Adam yang dipetik sumber berkenaan.

Mahasiswa Semakin Berani

Pelbagai pihak termasuk Timbalan Menteri Pengajian Tinggi meminta agar pengajur membuat permohonan maaf. Akan tetapi, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) melalui sidang media yang dibuat semalam sebagai menjawab segala persoalan dan memberi sebab-sebab mengapa mereka enggan memohon maaf kepada PM. Selain itu, mereka juga memberi amaran kepada pihak pengurusan UPSI agar tidak mengenakan sebarang tindakan kepada Sdr Adam Adli kerna mereka akan melancarkan REVOLUSI UPSI. Mereka akan menggerakkan seluruh mahasiswa untuk memastikan Adam Adli terbela.

Keberanian luar biasa mahasiswa dewasa ini seperti yang saya sebutkan dalam nukilan saya sebelum ini amat memberikan impak yang positif kepada negara amnya. Adik-adik mahasiswa tidak lagi hidup terkongkong dalam dalam lingkungan mereka sahaja. Bahkan mereka mulai bebas dalam berfikir. Atas dasar kebebasan itu mereka berinisiatif untuk mendesak pihak kerajaan agar memansuhkan AUKU secara total, memberikan kebebasan kepada mahasiswa dan para akademis dalam memberikan pandagan konstruktif dan menyerahkan kuasa autonomi kepada universiti dan institut pengajian tinggi.

Sikap berani dalam mempertahankan perjuangan haruslah dipuji. Mahasiswa pada masa kini sedang bersedia untuk turun ke lorong-lorong serta lurah-lurah untuk membela nasib rakyat. Mahasiswa dalam kongkongan kewangan seperti Sdr Adam Adli sanggup menggunakan wang saku mereka yang sepatutnya digunakan untuk beli makanan enak seperti nasi kandar atau makan segera seperti KFC atau McD. Akan tetapi mereka memilih untuk makan mee segera Meggie demi untuk menjimatkan duit semata-mata untuk menggunkan bakinya untuk kos melakar sejarah baru kebangkitan mahasiswa untuk melawan pembodohan yang sudah berdekad ini. 

Justeru, pengorbanan dan kesungguhan Adam Adli dalam memartabadkan peradaban negara dengan keberanian menurunkan bendera wajah Najib dengan digantikan panji BEBAS sebagai metafora bahawa 'mahasiswa sudah hilang kepercayaan kepada program transformasi Najib'. Sewajarnya UMNO menjadikan iktibar memperbaiki diri bukan sebaliknya mencemuh dan meng'denial' usaha mahasiswa ini. Sepatutnya Najib dan kepimpinannya menggunakan mesej yang dihantar olih mahasiswa ini sebaik mungkin dengan mengkaji segala tuntutan mahsiswa. Jangan dianggap ringan dan 'complacent' bahawa mahsiswa budak hingusan dan mentah. Mereka adalah bakal pemimpin negara dimasa depan. Atau kebanyakan pimpinan UMNO yang lahir dikalangan golongan aristokerat dan pembesar tidak melalui detik-detik susah serta tidak menjadi mahasiswa di Malaysia. Barangkali pemimpin seperti Najib dan Hishamudin tidak dihantar belajar di universiti tempatan kerana kurang standard agaknya. Sebab itu, mereka tidak anggap budak-budak hingusan ini sebagai mampu berfikir sebagai pemimpin.

Selain itu, di satu pihak lain pula saya mendesak terutama gerakan dan pimpinan pemuda Pakatan Rakyat agar segera membentuk jawatankuasa atau setidak-tidaknya membela Sdr Adam Adli dan mahasiswa lainnya. Mobilisasi juga harus digerakkan segera bagi menangkis segala tuduhan masyarakat. Adam Adli harus dipastikan keselamatannya yang kian terancam. Bukan setakat itu, demonstrasi balas serta memorandum kepada UPSI juga perlu demi menunjukkan solidariti rakyat kepada mahasiswa. Justeru, saya mendesak Ketua AMK, Sdr Shamsul Iskandar Md Akin, Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasrudin Tantawi dan Ketua Pemuda Sosialis DAP dan lainnya bergabung dan menggerakkan segera ahli-ahli termasuk masyarakat untuk turut serta dalam arus mempertahankan mahsiswa.

Sekian,

Zaihan Zainal
Demi Rakyat Semerah

Monday 19 December 2011

Mahasiswa Pemberani Mahu Lawan Menteri? part 2

Salam sejahtera kepada teman-teman pembaca.


Tahun lepas 5 Oktober 2010 saya telah menulis dan sedikit analisis mengenai 4 orang mahasiswa UKM jurusan Sains Politik yang dihalang untuk terlibbat dalam politik olih pak mentri. Ia ibarat pelajar jurusan Sains Sukan tetapi tidak dibenarkan terlibat dengan sukan. Atau lebih parah pelajar jurusan Perguruan tetapi tidak dibenarkan terlibat dengan pengajaran atau sekolah?...bukan kah aneh Menteri dan Kementerian sekaliannya yang ada di muka bumi yang namanya Malaysia ini??


Justeru, dalam tulisan di blog tersebut (http://mohdzaihan.blogspot.com/2010/10/mahasiswa-pemberani-mahu-lawan-menteri.html), saya juga bicara tentang AUKU serta kes yang melibatkan 4 mahasiswa ini. Alhamdulillah mereka lalui proses perundangan dengan istiqamah dan mendapat kemenangan tipis 2-1 penghakiman di mahkamah yang akhirnya menjadikan AUKU tidak diiktiraf dalam sistem perlembagaan negara. Dengan keputusan tersebut juga memaksa pemerintah melalui Perdana Menteri mengumumkan pemansuhan ISA, AUKU dan AKTA POLIS (berkaitan perhimpunan aman).
(click gambar untuk ikuti kisah penahanan UKM4 disifatkan seperti Drama Tamil)
UKM 4
Akibat Kes UKM 4 ini juga menghasilkan kebersatuan para mahasiswa/i daripada pelbagai sosok dan persatuan berdiri teguh dibelakang SOLIDARITI MAHASISWA MALAYSIA atau lebih mesra dengan jolokan SMM. Gerakan itu menjadi pendesak utama dalam menjalankan kempen bawah tanah atau 'underground' dikalangan mahasiswa di seluruh negara tidak kira yang awam mahupun swasta. Pendekatan sebaran maklumat dari konvensional metod sehingga melalui laman sosial. Samada secara bisik-bisik telinga sehingga mengadakan forum-forum tertutup. 


Kehebatan mahasiswa ini bukan terbatas di dalam negara malah menular ke seluruh antero dunia. Melalui 'network' yang ada, mereka menjalankan kempen kesedaran dikalangan mahasiswa bahawa kepentingan mereka sebagai 'tools' atau alat dan pemankin kepada perobahan negara. Mereka berjaya membuat teman-teman mereka yakin dan percaya bahawa mereka adalah aset penting untuk masa depan negara. Lihat sahaja bagaimana mahasiswa dan gerakan mereka mampu menumbangkan kerajaan Suharto di seberang sana pada era Reformasi 1998 dulu. Dan ia mungkin hampir berlaku kalau mahasiswa sebaya saya turut bersatu di Malaysia.


MEMOIR MAHASISWA 1998 (Era Reformasi)
Mengimbau sedikit memoir semasa saya dan teman-teman di ITM, Shah Alam ketika itu pada awal 1998 tidak akan melepaskan peluang untuk turut sama bersama massa dan arusnya berkumpul untuk menyatakan hasrat kepada Perdana Menteri ketika itu Dr Mahathir Muhammad bahawa beliau salah dalam membuat keputusan memecat DS Anwar Ibrahim. Cara tangkapan ala-ala GESTAPO di rumah yang dihadiri olih saya dan seorang rakan yang secara kebetulan rakan kepada keluarga DSAI. Memang agak tragis bagi rakyat Malaysia seluruhnya dan ia benar-benar memberi kesan kepada saya dan kehidupan saya selepas itu. Menyaksikan melalui kaca tv mahupun monitor PC dan lappy anda begitu menyayat sekali. Apatah lagi malam tersebut bukan ratus tapi hampir ribu agaknya yang berada diperkarangan rumah Timbalan Perdana Menteri yang baru dibuang olih Memanda Mentri nya. Kehadiran polis UTK yang siap bersenjata otomatik dan berbaju kalis peluru dan bertopeng muka mengheret DSAI dari dalam rumah dibawa ke kenderaan polis yang menanti di luar. Perasaan yang bercampur-campur bermain dibenak setiap kami yang diluar. HIBA,MARAH,SEDIH dan sebagainya ada.


Disuatu ketika waktu nampak kelibat DSAI diusung bawa keluar dengan asakan olih teman-teman yang darimana mereka datang menghimpit saya apatah dan bulu roma mula berdiri menandakan semangat untuk berlawan membuak-buak terutama apabila kedengaran suara-suara anggota PDRM waktu itu yang tidak henti-henti herdik dan jerit. Apabila kedengaran pula jeritan-jeritan 'REFORMASI....REFORMASI!!' serta laungan takbir 'ALLAHUAKBAR.....ALLAHUAKBAR...' sudah cukup membuatkan aliran darah muda ini semakin mengalir deras. Mahu sahaja saya menerkam dan menghalang sesiapa jua yang coba untuk membawa DSAI keluar jauh daripada mata pandang kami.



Selepas DSAI ditangkap dibawah ISA, kami mahasiswa ITM serta beberapa lagi Institut Pengajian Tinggi sekitar Lembah Kelang mengambil inisiatif berkumpul dibeberapa lokasi rahsia untuk berbincang mengenai tindakan dan pergerakan seterusnya. Wakil-wakil IPT yang ada ketika itu sahabat-sahabat dari Universiti Malaya, Universiti Putra Malaysia, Univeristi Teknologi Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia serta Universiti Islam Antarabangsa. Tidak lupa juga teman-teman asal daripada beberapa institut lain seperti IKM dan IKBN yang hadir. Kami memutuskan untuk bergerak secara 'underground' selama beberapa ketika permulaannya. Fliers, handout, handbill, poster di gerakkan dikalangan wakil universiti. Gerakan ini tidak mendapat sebarang biaya luar. Kami mengumpulkan duit daripada simpanan dan poket sendiri. Tidak kurang juga yang menggunakan wang biasiswa dan PTPTN mereka untuk membantu gerakan ini. Keperluan tabung ini adalah untuk kegunaan belanja 'fotokopi' dan printing poster.


Fliers diedar dikalangan kawan-kawan mahupun diselitkan dibilik-bilik di hostel-hostel pelajar. Ada juga yang berani untuk berdiri di tengah-tengah pergerakan awam di institusi masing-masing sambil mengedarkan risalah. Ada juga kalangan kami yang dengan berani menggunakan pembesar suara jenis 'heller' untuk pidato dan ada juga yang menggunakan pidato secara senyap-senyap diruang-ruang tertentu didalam kampus. Ketika itu, bukan sahaja pemuda pemudi,mahasiswa mahasiswi yang bercakap soal politik kekuasaan malahan staf-staf di universiti juga turut sering berbincang mengenainya secara terang-terangan. Pensyarah-pensyarah antara golongan yang berani mengutarakan pernmasalahan itu dengan kaitan matapelajaran yang mereka mengajar. Sehingga ada juga pensyarah yang mengajar 'Anatomy' iaitu pengkajian mengenai tulang,sendi dan otot turut menggunakan kiasan politik untuk memberi pemahaman pada subjek tersebut.



Kemudian, setelah kemunculan DSAI yang pertama di Mahkamah setelah belasan hari dipenjara dengan akta usang yang sering digunakan olih British sewaktu emperialisasi mereka di negara-negara yang mempunyai sumber asli yang banyak sebagai jalan mudah menghalang sebarang bentuk perjuangan nasionalisme. Di mana sahaja British jajah sudah pasti ISA digunakanuntuk menakut-nakutkan warga tempatan agar jangan lawan dan tentang British. Maka, DSAI juga dihalang sedemikian rupa dengan anggapan supaya rakyat terbanyak yang simpati dan sokong DSAI juga akan takut untuk lawan Mahathir. Tetapi, beliau salah. Setiap hari semakin ramai yang dikenakan tindakan ISA. Setiap hari jugalah rakyat semakin ramai yang turun dijalanan. Kehadiran DSAI dalam keadaan mata sebelah lebam membuatkan kami bertambah yakin sesuatu tidak kena dengan kes yang membabitkan seorang bekas No 2 Negara. Anggapan kami pemerintahan Dr M pasti lakukan apa sahaja demi berada di persada. Anggapan kami 'kalauorang no 2 negara diperlakukan sedemian rupa...maka, kalau kami rakyat jelata sudah pasti di perlakukan lebih teruk daripada itu...'


Atas kepercayaan itu, saya dan teman-teman tidak pernah berhenti untuk mempercayai bahawa segala tuduhan dan tohmahan itu adalah PALSU. Dan kami akan teruskan kemaraan yang akhirnya membuahkan hasil apabila PRU ke 10 pada 1999 menyaksikan Parlimen Malaysia mempunyai MP Pembangkang paling ramai dalam sejarah ketika itu serta perubahan kerajaan Terengganu kepada PAS.


ADAM ADLI DAN BENDERA NAJIB


Siapa Adam Adli? Begitu banyak pertanyaan terutama daripada teman-teman daripada Parit Sulong dan Semerah. Pemuda lingkungan umur 22 tahun ini seorang mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tg Malim yang menjadi gedung atau pusat melahirkan guru-guru untuk dibekalkan ke seantero negara. Adam Adli sangat dikenali olih rakan-rakan mahasiswa yang lain sebagai seorang yang aktif berpersatuan. Dan beliau popular dengan gerakan mahasiswa Legasi Mahasiswa Progresif UPSI (LMP) 


Manakala LMP telah bergabung dibawah Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik' atau BEBAS dalam usaha memperjuangkan hak dan kebebasan mahasiswa dan ahli akademik.

Sempena pelancaran gerakan itu, mereka yang terdiri daripada Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM), Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (Karisma), Kumpulan Aktivis Mahasiswa Indipenden (Kami) serta Gerakan Demokratik Belia dan Pelajar Malaysia (Dema), telah menyerahkan satu memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia (Suhakam) di pejabag suruhanjaya itu di ibu negara tadi.

Turut serta dalam Bebas adalah Pro Mahasiswa Nasional (ProMN), Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN), Legasi Mahasiswa Progresif (LMP) dan Kesatuan Aksi Mahasiswa (Aksi).


Dan pada 18 Disember 2011 yang lalu tindakan seorang aktivis mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) iaitu Adam Adli menurunkan bendera Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak ketika himpunan BEBAS di Putra World Trade Centre (PWTC) petang (Sabtu) telah menjadi bualan rakyat Malaysia ketika ini. Beliau yang juga diberitakan telah dikenalpasti sebagai individu yang bertanggungjawab menggantikan bendera yang mengibarkan wajah Perdana Menteri dengan bendera ‘Academic Freedom’ petang semalam. Perkara itu disahkan beberapa portal media lain yang diberitakan hampir sepuluh wakil pelbagai agensi media nasional turun meninjau aksi himpunan gerakan menuntut kebebasan akademik yang dianjurkan BEBAS di Kuala Lumpur semalam.

Keberanian luar biasa anak muda ini mengundang kontroversi dan amarah pendokong parti lapok UMNO sehingga ada yang mengguna pelbagai media massa dan elektronik mengutuk mahasiswa ini. Selain itu, ada juga yang menggunakan Youtube untuk membuat ugutan menyepak dan ludah Adam Adli. Pemuda bertubuh kecil ini mempunyai semangat dan hati yang lebih besar daripada Sdr Arman Azha Abu Hanifah iaitu Ketua Pemuda UMNO PJU serta mantan Ketua Wira (Pemuda) PERKASA yang hatinya tidaklah sebesar badannya akibat tidak sebulu dengan Presiden PERKASA. Beliau juga yang telah menggunakan medium Youtube untuk mengugut Sdr Adam Adli. Tindakan beliau dan penyokong-penyokongnya menjadikan beliau kelihatan sangat DUNGU sebagai seorang pemimpin pemuda yang matang.

(bersambung...)

BER'BLOG' SETELAH CUTI PANJANG

Salam sejahtera kepada semua pembaca.

Pertama sekali saya memohon kemaafan kepada semua terutama teman-teman rapat yg rajin untuk membaca blog lama saya http://mohdzaihan.blogspot.com/. Dan mungkin saudara/i tertanya-tanya kemana perginya saya agak sekian lama dan pelbagai persoalan mungkin timbul.

Lantaran dengan tugasan dan kerja serta projek-projek yang saya ketuai adalah sukar sekali menemui masa yang sesuai untuk mencoretkan luahan minda dan rasa dalam blog tersebut. Sehingga yang terakhir dapat saya nukilkan adalah ketika kerancakan PRK di Labis, Johor berbulan lamanya dahulu iaitu pada

(WEDNESDAY, JANUARY 19, 2011). 

Oleh kerna jadual kerja dan sebagainya seperti dimaklumkan pada perenggan di atas akhirnya pada awal Julai 2011 keinginan membuak-buak saya untuk menulis kembali di blog tersebut memberikan saya nekad untuk mencari masa dan idea yang sesuai sebagai catatan ketika itu. Setelah masa dan idea disatukan atas nama untuk menghuraikan idealisme yang saya pegang akhirnya menuju jalan buntu. Hal itu disebabkan keterbatasan saya selama ini menyebabkan log in name serta password blog tersebut saya lupai....

Dan bukan saya tiada inisiatif hampir beberapa minggu cuba untuk mencari penyelesaian yang tidak kesampaian. Akhirnya, disebabkan jadual sekali lagi menghambat saya disebabkan acara-acara besar yang saya sertai selepas itu menyebabkan sekali lagi harapan menulis itu diletakkan ketepi sementara.

Kemudian, apabila menemuijalan buntu saya mengambil keputusan untuk meluahkan pelbagai isu hanya di laman sosial 'Facebook' sahaja. Walhal, selama ini saya begitu keras untuk bingkas isu-isu politik dalam laman FB personal saya. Ini kerana selama ini saya cuba bertahan untuk menjadikan laman FB ini ekskusif sebagai laman yang mengumpulkan teman,kenalan,sahabat handai dan saudara mara. Saya cuba untuk keluar daripada kepompong yang menggunakan FB sebagai landasan berpolitik dan berniaga. Akhirnya, waktu itu saya akur.

Dan beberapa hari sudah saya sekali lagi nekad untuk cuba memecah masuk laman blog lama saya itu dengan pelbagai daya dan usaha. Yang tidak langsung membuahkan hasil. Oleh yang demikian, saya pun mengambil keputusan untuk membuka satu lagi laman blog peribadi saya agar segala cetusan berkaitan politik, isu semasa, sukan, sains, kecergasan, rakyat, keluarga, kampung halaman saya di Semerah, perniagaan dan ekonomi dsb.

Selain itu, saya juga sempat mengambil tulisan-tulisan saya yang baik dalam blog sebelum ini. Semoga pembaca baru dapat sama-sama menyelami akal budi saya dalam berbicara pelbagai isu. Dan saya ucapkan selamat juga kepada pembaca-pembaca tegar blog saya sebelum ini.

Sekian, buat masa ini semoga ketemu dalam masa terdekat nanti, Insyaallah...

Wassalam.

Zaihan Zainal
Demi Rakyat Semerah

Pengenalan Diri (siri 1: Hari-hari membesar di Gerai Goreng Pisang)

artikel diambil daripada blog lama yg sudah hilang kata kunci http://mohdzaihan.blogspot.com/

THURSDAY, SEPTEMBER 30, 2010



Salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya. Memang telah lama saya mengimpikan untuk punyai laman blog sendiri. Namun, atas musabab kerja, tanggungjawab,  ruang masa dan pelbagai alasan lain menyebabkan impian ini bagai tiada penghujung. 

Menulis Blog bukanlah baru bagi saya kerna sebelum ini saya telah menaskahkan tulisan saya dalam Kolum ABS Cergas dari majalah Arena Bolasepak beberapa tahun sudah ke dalam laman blog http://abscergas.blogspot.com.

Selain itu, saya juga mencatatkan segala perkembangan perniagaan saya berkaitan sukan di http://galaksisukan.blogspot.com.

Jadi, setelah beberapa tahun keinginan untuk mempunyai blog personal itu tertangguh, maka tahun ini kata saya pada diri sendiri akan pastikan bahawa akan lahirlah blog peribadi yang bakal mengekspresikan segala pendapat dan nukilan berkaitan kehidupan, politik negara dan dunia, persada sukan tempatan dan antarabangsa dan sebagainya. Namunbegitu, blog ini akan secara progresifnya menekankan isu-isu semasa. Segala-gala tulisan ini akan berdasarkan daripada pembacaan, pemahaman, pengamatan dan pengalaman saya dalam menyelusuri kehidupan dewasa ini.

Justeru, sebelum saya sendiri mengupas isu-isu terkini, eloklah sekiranya para pembaca mengenali latarbelakang serba sedikit berkaitan diri saya yang bukan sepenuhnya sempurna.


Saya anak kelahiran Kluang, Johor yang dilahirkan pada bulan April tahun 1980 dengan daftar Jabatan Pendaftaran Negara sebagai MOHD ZAIHAN M ZAINAL yang kemudiannya dibesarkan di Kg Pasir Wardiburn, Setapak, Kuala Lumpur sehingga berumur 10 tahun sebelum ayahanda membuat perancangan untuk memulakan kehidupan baru di kampung halamannya. 

Negeri Johor tempat dilahirkan dan dibesarkan.

Ayahanda dikenali sebagai 'Pak Jos' oleh masyarakat setempat dan pernah bertugas di Klinik Kesihatan Parit Yusof sebelum pencen 'gomen' 5 tahun dulu. Beliau berasal dari Kg Sg. Sudah,  Mukim Sg Balang berdarah 'Bentan' dan tidak boleh jejakkan kaki di Istana Lama Johor di Kota Tinggi (sila rujuk sejarah Laksamana Bentan @ Sultan Mahmud mangkat dijulang). Sekarang, tugas utamanya adalah mengimarahkan surau Taman Semerah sehinggakan agak sukar bagiku untuk membawa beliau datang bercuti ke rumahku di kota metropolitan Kuala Lumpur ini. Beliau agak pendiam, cuma sekali-sekala berkata pasti padah jawabnya terutama bagi saya yang dibesarkan dengan gaya seorang anak lelaki 'hyperactive' mungkin....

Bonda pula adalah seorang yang sangat peramah dan sangat disenangi kebanyakan kenalannya. Panggilan 'Mak Odah' memang sinonim dengan kehangatan beliau ketika berbicara pelbagai isu berkaitan 'Ahli Mesyuarat Tingkap' yang saban hari diadakan di hadapan rumah atau di belakang tempat Bonda selalu memasak. Mak Odah ini memang pandai berniaga sejak dari kami tinggal di Kuala Lumpur dulu beliau mempunyai sebuah restoran Mee Bandung di susur Masuk Kg Pasir Wardiburn dulu. Kemasyuran masakan Mak Odah sangat dihargai sehingga pernah sebuah artikel berkaitan masakannya dan beliau dikeluarkan dalam akhbar tabloit yang popular sekitar 1980-an dulu iaitu akhbar Watan (tidak pasti samada ianya masih ada atau sudah lupus?) 

Bonda bersama Ayahanda semasa 1 Syawal lalu.

Selepas berpindah ke Taman Semerah tahun 1990, kehidupan kami berubah sedikit sederhana. Masakan tidak kalau dulu pendapatan bonda melalui restorannya sangat cukup untuk saya makan 'eskrim' Cornetto saban hari dan belanja permainan tanpa henti. Tetapi, kini kehidupan kami agak harus berhati-hati dalam berbelanja seharian. 

Bonda rasa bosan hanpir 2 tahun hidup hanya sebagai suri rumah dan mungkin darah usahawan yang ada dalam dirinya buatkan beliau mengambil inisiatif untuk berniaga kueh-mueh serta goreng pisang yang dimulakan pada tahun 1993 secara hobi akhirnya menjadi popular di Pekan Semerah. Saya turut membantu Bonda sepanjang tinggal dibawah payungnya. Setiap hari saya pulang daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Semerah dengan berjalan kaki pada jam 1.50ptg dan sampai rumah jam 2.30 petang. Mandi dan persiap diri kemudian saya akan menolak gerai bergerak Bonda yang sudah tersedia segala kelengkapan berniaga seperti payung besar, kuali, tong gas dan lain-lain lengkap tepat jam 2.45 ptg. Tiba di gerbang masuk Taman Semerah biasanya jam 3 ptg dan saya akan siapkan pasang payung, meja, panaskan kuali dan minyak. Jam 3.15 ptg akan segera masukkan pisang bersalut tepung ramuan asli Mak Odah kedalam kuali panas.

Kemudian, Mak Cik Lili akan tiba jam 3.30ptg menghantar kueh-muehnya (yang popular kueh lapis cokelat dan karipap pusing pujaan setiap pengunjung). Mak Cik Lili juga turut membantu. Selain itu, Pak Cik Md Noh juga menghantar kueh mueh buatan tangan isterinya (yang popular kueh kacang dan kueh koci).

Gerai itu saya namakan 'GP Corner'. Kadang-kadang menjadi tempat lepak rakan-rakan sebaya saya waktu itu berbekalkan gitar kapok dengan dendang lagu 'Rock Kapak'....arghhhh noltalgia.....

Jadual seterusnya, tepat jam 5.30 ptg saya akan pulang untuk mengambil Bonda untuk tukar 'shift' sebab saya perlu bersiap untuk latihan bolasepak. Tahun-tahun itu saya sangat dikelanali di sekitar Batu Pahat (dari Semerah-Simpang Lima-Parit Sulong-Peserai Batu Pahat-Tongkang Pechah dan lain-lain kawasan berkaitan) berdasarkan kemahiran dan kehebatan saya bermain bolasepak. Sehingga setakat masa itu, cita-cita saya yang utama adalah untuk menjadi pemain bolasepak professional. Seingat saya tidak pernah satu perlawanan tidak kira menang, kalah atau seri yang saya tidak menjaringkan gol (cewahhh...angkat bakul sendiri???).....Gaduh?....hehe kadang-kadang berlaku juga sebab panas baran jiwa remaja la katakan....
Logo SMK Semerah

Latihan dan bermain bolasepak di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Semerah bersama pasukan Semerah FC yang dikendalikan oleh Pak Anjang Majid (bapa mertua kepada bekas penjaga gol kebangsaan iaitu Juraimi Hassan) sangat mengujakan sehingga satu tahap latihan petang-petang pun ramai yang menontonnya. Pak Anjang Majid mempunyai sebuah kedai besar menjadi satu-satunya Toko Buku milik bumiputera di kawasan sekitar. Kedainya bertempat berhadapan dengan Balai Polis. Tingkat atas kedainya dijadikan Bilik Gerakan, Pengurusan Semerah FC, serta dihiasi sebuah sudut sebagai Galeri mempamerkan gambar-gambar lama pasukan, diantara mereka yang pernah menjadi ahli pasukan adalah bekas pemain tengah kebangsaan iaitu Rizal Sukiman.

Setelah tamat bermain jam 7 ptg saya akan pulang dan terus membantu Bonda mengemas gerainya dan membawanya pulang. Begitulah, rutin harian saya setiap hari sewaktu menongkah zaman remaja dahulu. Bonda beri upah RM5 sehari. (wah...lumayan....) Biasanya saya akan kutip upah setiap minggu dan akan digunakan untuk membeli pelbagai keperluan atau barangan idaman saya. 

Namunbegitu, sedang rakan-rakan sebaya lain telah pun mempunyai motorsikal sendiri sama ada Suzuki RG, Yamaha Sports atau Yamaza RXZ atau pelbagai lagi jenama motor zaman itu. Saya masih lagi 'relax' dan 'cool' memandu motor Honda Bulat C70 ayahanda siap ada carrier untuk beliau angkat bakul pisang lagi. Cuma, bakul angkut pisang sahaja dicabut. (wah cool juga.....). Walau ada keinginan untuk memilikinya seperti remaja-remaja lain, saya simpan perasaan itu kerna faham akan erti tangungan ayahanda dan bonda. Tetapi, dalam diam-diam saya memasang cita-cita untuk memiliki lebih daripada sebuah motor 'kapcai' setiap hari di gerai GP Corner terutama ketika hari hujan tiada orang datang membeli dan payung besar mesti direndahkan agar ianya tidak tumbang. Saya memasang impian untuk memiliki sebuah empayar niaga yang besar dan jaya dan mahu jadi yang terbaik dalam lapangan niaga.
Logo ITM

Dan sejak itu saya berusaha ke arah itu. Habis SPM terus melanjutkan pelajaran di ITM ketika itu sebelum saya turut berjuang dalam menaiktaraf ITM kepada universiti. Sehingga tamat zaman universiti, saya sangat aktif dalam politik kampus. 

Logo UiTM dan pengertiannya.