Penting

Segala tulisan dalam blog ini hanya pandangan peribadi berdasarkan pendidikan, pengalaman, pembacaan dan pemerhatian penulis terhadap kehidupan seharian. Saya menggalakkan penyebaran informasi daripada blog ini. Namunbegitu, tindakan undang-undang akan diambil sekiranya segala informasi daripada blog ini digunakan untuk tujuan fitnah dan boleh memudharatkan orang lain. Selamat Membaca.

303 CHANNELS HANYA RM40 SEBULAN

Sunday 10 March 2013

Nelayan-nelayan Semerah Menderita

Nama Program : DEMI RAKYAT TURUN KE LAUT
9 Mac 2013, Semerah

Salam sejahtera buat sekalian pembaca budiman. Semoga saudara saudari serta saya dan keluarga senantiasa mendapat perlindungan Allah SWT. Semoga Tuhan melipatgandakan rezeki kita hari ini dan esok. Semoga Allah SWT memelihara pejuang-pejuang agama yang gugur sebelum kita.

Pada 9 Mac 2013, hari Sabtu lalu saya menyertai program Demi Rakyat Turun Ke Laut bersama teman-teman di Semerah. Program ini bertujuan untuk mendapatkan gambaran sebenar kehidupan nelayan-nelayan yang tinggal di DUN N17 Semerah. Kebanyakan mereka adalah nelayan pesisir pantai. Keupayaan bot/ perahu serta enjin bot hanya khusus untuk bermain sekitar pesisir pantai.

Program bermula jam 7.30 pagi dengan bersarapan di Warung Zakaria. Hari ini saya kepingin makan roti canai tampal. Iaitu roti canai kosong ditampal dengan telur goreng (mata kerbau separuh masak). Cicahnya dengan kari Melayu dan sambal pedas. Rasanya amat berbeza dengan kebanyakan roti canai mamak terutama di Lembah Klang. Warung Abang Zakaria ini amat popular bagi penduduk sekitar Pekan Semerah untuk mendapatkan roti canai untuk sarapan pagi. Selain roti canai, warung ini juga popular dengan nasi lemak panasnya. Sekiranya anda berpeluang ke kawasan Semerah pastikan dapat menikmati roti canai Melayu ini. Biasanya pukul 10.30 pagi dah habis. Jadi, anda kena datang awal sikit daripada biasa.
Abang Zakaria di Warung Roti Canai Lokasi sebelah Dewan Orang Ramai Semerah


Beberapa orang sahabat, saya dan Sdr Norisham Amar yang juga merupakan Pengarah Pusat Bertindak Demi Rakyat Semerah telah bersedia untuk turun ke laut pagi itu. Kami menantikan En.Wahid yang merupakan nelayan di DUN Semerah. Beliau 'parking' botnya di Jeti Sungai Sarang Buaya. Selepas bersarapan, kami terus menyediakan keperluan seperti air minuman, tuala, topi dan sebagainya. Kemudian, setibanya di jeti Sungai Sarang Buaya kami telah dinantikan oleh En Wahid dengan bot serta kelengkapan menangkap ikan.
Jeti Sungai Sarang Buaya
Tepat jam 9.00 pagi En Wahid mula menghidupkan botnya. Dan tidak lama kemudian kami mula beredar. Mengharungi sungai itu menuju ke muara mengambil masa diantara 10-15 minit. Kelihatan botnya berusia lebih 8 tahun. Diceritakan pula pada kami ketika perjalanan dalam bot tersebut bahawa beliau pernah kehilangan sebuah bot dan enjin pada beberapa tahun dahulu. Ketika itu, beliau sangat susah selain daripada anak-anaknya yang masih bersekolah. Selepas kehilangan bot tersebut, beliau berasa hampir putus asa kerana itulah satu-satunya sumber pendapatannya iaitu menangkap ikan. Dan bot diperlukan untuk menangkap ikan. Cuba anda bayangkan bagaimanakah perasaan anda sekiranya anda di tempat En Wahid ketika itu?

Beliau menghadapi dugaan tersebut dengan penuh sabar dan tabah. Beliau telah bergolok gadai dan meminjam daripada kawan-kawan untuk membeli kelengkapan baru yang menjangkau perbelanjaan sehingga RM20,000.00.
Terima kasih En Wahid kerana memberikan peluang buat tim Demi Rakyat Semerah menjayakan program ini.

Setibanya di lokasi pertama, kami menyertai nelayan lain dikenali sebagai Abang Daud. Beliau memaklumkan telah berada di situ dengan jaring-jaringnya sejak 1 jam yang lalu. Tidak lama kemudian beliau menarik jaring ke atas dan jaring sepanjang 500 meter itu tidak ada seekor ikan pun yang beliau dapat.

Begitu juga dengan pengalaman kami selama 4 jam berada di laut tidak mendapat sebarang hasil tangkapan. 

Menurut En Wahid ikan memang dikatakan pupus dikawasan tersebut sejak sebelum perayaan Tahun Baru Cina yang lalu. Selama beberapa minggu nelayan pesisir pantai berhadapan dengan masalah ini. Beliau yang nampak hampir sugul memberitahu kami bahawa ini masalah utama yang dihadapi oleh nelayan-nelayan pesisir pantai di sekitar DUN N17 Semerah. 

Epidemik ketiadaan ikan di pesisir pantai ini terjadi beberapa bulan selepas kerajaan negeri Johor membenarkan pengeskportan pasir pantai yang disedut dari kawasan sekitar Muar yang hanya beberapa batu nautika daripada kawasan mereka mencari sesuap nasi. Projek tersebut mendapat sokongan kuat Y.B. Robiah Kosai, ADUN Sg Balang selain restu M.B. Ghani Othman dan kerajaan negeri pimpinannya. Saya sangat meragui projek penjualan pasir berkenaan. Hal ini kerana saya sangat percaya bahawa proses pengambilan pasir tersebut mengganggu ekologi dan sistem sekitarnya sehingga membawa kepada kemusnahan terumbu-terumbu karang yang menjadi pusat dan habitat ikan-ikan pesisir pantai. Natijahnya, ikan-ikan yang sedia ada tidak ada tempat sesuai untuk bertelur. Dan akhirnya jumlah anak ikan hidup berkurang. Sudah tentu selepas itu kadar ikan juga akan berkurang yang menyebabkan nelayan pesisir pantai di sekitar DUN Semerah berhadapan dengan masalah tidak cukup makan!!
Hasil buangan kolam udang di Sarang Buaya di salurkan terus ke pesisir pantai.

Tuesday 5 March 2013

Lahad Datu Persis Tragedi Memali?

Tragedi Berdarah Memali
( 19 Nov 1985 – 19 Nov 2008 )


Tanggal 19 Nov 1985, Kg. Memali, Mukim Siong, Baling, Negeri Kedah Darul Aman di bumi Malaysia menjadi saksi satu tragedi yang sangat dahsyat dalam sejarah tanah air. Lebih 3000 anggota keselamatan dihantar oleh Tan Seri Musa Hitam selaku Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri untuk menangkap Allahyarham Ibrahim Mahmud. Ketika itu, Musa Hitam menjadi Pemangku PM kerana Mahathir Muhammad dikatakan tidak ada di Malaysia kerana lawatan ke China. (Namunbegitu, Tun Musa Hitam pernah mendakwa bahawa Mahathir sebenarnya ada di Kuala Lumpur ketika tragedi ini berlaku).

Ustaz Ibrahim Mahmud a.k.a Ibrahim Libya

Monday 4 March 2013

Program Jelajah Berbasikal DUN N17 Semerah

Salam sejahtera kepada semua pembaca, pada 3 Mac 2013, saya diringi teman telah sukses menjelajah dengan berbasikal ke sekitar DUN Semerah bermula di Pasar Tani di Taman Semerah-Parit Simen-Simpang Lima-Peserai-Pasar Besar Batu Pahat-Simpang Lima-Batu Puteh-Sg Nibong-Semerah mengambil masa 4 jam meliputi perjalanan 50km termasuk beramah mesra dan mendekati masalah masyarakat.

Saya memulakan pagi itu dengan bersarapan dengan beberapa orang rakan di Gerai Roti Canai Abang Zakaria, sebelah Dewan Orang Ramai, Pekan Semerah. Roti canai 2 keping banjir ditambah dengan sambal membuka selera sarapan pagi tidak seperti hari-hari lain.

Jam 7.30pg tepat kami memulakan kayuhan 'Demi Rakyat Semerah' menuju Pengkalan Nelayan atau Jeti Parit Simen (jarak lebih kurang 6km dari Semerah). Tiba di jeti jam 7.45pg. Nelayan belum lagi pulang daripada tengah laut. Menurut Razman, seorang anak muda lepasan SPM yang kelihatan gigih menjadi pembantu kepada peraih ikan bagi nelayan-nelayan yang berpengkalan di Jeti Parit Simen ini bahawa nelayan biasanya keluar selepas solat Suboh iaitu diantara jam 6.00-6.30 pagi dan akan hanya pulang bersama hasil tangkapan diantara jam 10.00-11.00 pagi. Ketika itu, Razman sedang membuat persiapan membersihkan bakul dan bekas untuk menjual hasil tangkapan malam sebelum pagi itu. Jadi, tips untuk dapatkan ikan yang lagi segar kata Razman datang selepas jam 10 pagi.
Jeti Parit Simen, Semerah

Selepas berkenalan dan berbual dengan anak muda ini, saya dan teman-teman meninggalkan Razman meneruskan kerja beliau. Jam 7.55pg saya meneruskan kayuhan ke perkarangan Medan Selera Benteng, Peserai untuk menyertai acara senaman pagi dengan muzik bersama lebih kurang 15-20 orang kakak, abang dan makcik-makcik.

Tiba di perkarangan letak kereta / parkir Medan Selera Benteng kelihatan Abang Selamat dan teman-teman mereka telah mulakan program pagi itu seperti hari-hari minggu yang biasa. Aktiviti senamrobik ini adalah bertujuan sebagai riadah untuk mengeluarkan peluh mereka selain daripada mengeratkan ukhwah diantara satu sama lain. Saya turut menyertai mereka beberapa minit sebelum meneruskan perjalanan.
Aktiviti Senamrobik di Medan Selera Benteng, Peserai