Penting

Segala tulisan dalam blog ini hanya pandangan peribadi berdasarkan pendidikan, pengalaman, pembacaan dan pemerhatian penulis terhadap kehidupan seharian. Saya menggalakkan penyebaran informasi daripada blog ini. Namunbegitu, tindakan undang-undang akan diambil sekiranya segala informasi daripada blog ini digunakan untuk tujuan fitnah dan boleh memudharatkan orang lain. Selamat Membaca.

303 CHANNELS HANYA RM40 SEBULAN

Tuesday 30 April 2013

Sambutan Hari Buroh dan Sejarahnya


Salam sejahtera pembaca blog yang budiman.
Saya percaya saudara/i adalah dalam keadaan ghairah dan teruja akibat aktiviti kempen yang berjalan sepanjang hari. Ketika artikel ini ditulis, kempen pilihanraya sudah memasuki hari ke 11 sejak hari penamaan calon pada 20 April 2013 yang lalu. Sebenarnya 'kempen' yang dimaksudkan adalah kempen rasmi PRU13. Sebab setahu saya BN/UMNO telahpun hebat memperkudakan jentera dan aperatus kerajaan sejak 2 tahun yang lalu untuk kempen 5 Mei 2013 ini. Setiap media yang ada dibawah kawalan sudah hebat membantu kemenangan kerajaan sedia ada untuk kebenaran terus merakus sumber negara di Putrajaya sepenggal lagi. Begitu juga dengan parti-parti dibawah Pakatan Rakyat juga tidak kurang hebat dengan program ceramah dan hebahan di pelbagai pelosok kawasan dan daerah. Kempen mereka diperkuatkan lagi di medium media baharu seperti blog dan media sosial. Mereka pun sudah mula merancang sejak 2 tahun lalu. Cuma yang beda, UMNO/BN juga ada media sebagaimana yang ada oleh PR kecuali media massa seperti TV/Radio dan akhbar harian.
Justeru, kerancakan saudara/i berkempen mestilah jangan dilupai norma-norma sebagai manusia dan insan. Janganlah terlalu taksub terhadap parti masing-masing sehingga menjadikan saudara mara dan sahabat handai sebagai musuh. Janganlah juga jadikan alasan untuk tidak bertegur sapa dengan kawan-kawan yang tidak sealiran dengan parti politik yang disokong. 

BUROH
Buroh ditakrifkan sebagai seseorang yang melakukan sesuatu sebagai sumber pendapatan atau tujuan tertentu.
Pekerja adalah perkataan lain kepada buroh. Ini termasuk dengan pekerja-pekerja atau jentera parti juga boleh dianggap buroh. Justeru, saya ingin mengambil kesempatan kali ini untuk mengucapkan selamat hari buroh kepada semua.
Dalam masa yang sama, elok juga kalau saya menulis sedikit mengenai sejarah bagaimana masyarakat dunia menyanjung 1 Mei setiap tahun sebagai sambutan Hari Buroh Sedunia.

Friday 26 April 2013

Ceramah Umum PRU13 Oleh Sdr Zaihan Zainal


CERAMAH PRU13 Oleh Zaihan Zainal
Naib Ketua PKR Cabang Parit Sulong
Tarikh : 24hb April 2013
Masa : 9.00 mlm
Lokasi : Kg Parit Kuda Darat
DUN : Semerah
Parlimen : Parit Sulong

Ceramah HASMI HASHIM a.k.a. BUDDHI HEKAYAT di MUAR


Ceramah PRU13 Oleh Hasmi Hashim
Ketua PKR Cabang Parit Sulong
Lokasi : Kg Melayu, Parit Bugis,
(Parit Yusof)
Parlimen : Muar
DUN : Sg Balang
Tarikh: 25hb April 2013
Masa : 9.00 mlm

Thursday 18 April 2013

Saya Pileh Politik Marathon

Setelah hampir 30 bulan bekerja keras untuk DUN Semerah, akhirnya pimpinan membuat keputusan untuk tidak memberikan tanggungjawab kepada saya sebagai calon PKR DUN N17 Semerah. Walaubagaimanapun, saya dan kawan-kawan tidak akan berkecil hati. Kami tekad pada perjuangan untuk membebaskan anak bangsa daripada sistem bobrok dan pembodohan UMNO BN terhadap rakyat di Johor khususnya Semerah BP. Semangat saya tidak pernah luntur. Perjuangan saya hanya satu PR mesti menang!!


Justeru, kesempatan ini saya ambil untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu menjayakan pelbagai program semenjak tahun 2010. Saya sangat terhutang budi dengan pasukan DEMI RAKYAT SEMERAH yang saya kira berjaya memberikan impak terus kepada penduduk di Semerah melalui program turun bersama rakyat. DEMI RAKYAT SEMERAH telah membawa saya terus kepada ahli masyarakat. Sebagai contoh program DEMI RAKYAT KE LAUT menjadikan saya nelayan sehari sehingga terkesan sehingga kini betapa susah nelayan di Semerah mencari sumber rezeki. Manakala program DEMI RAKYAT MENYAWIT pula membawa saya bersama beberapa pekebun kecil (sawit) ke kebun sawit mereka. Pengalaman menyawit sendiri betul-betul mencabar sehingga malam selepas program tersebut buat saya terus tertidur awal. Dan ia membantu saya mengetahui pelbagai masalah yang dihadapi masyarakat peladang dan pekebun kecil. Selain itu, program DEMI RAKYAT SEMERAH juga mengadakan pelbagai program lain.

Monday 8 April 2013

Gotong Royong Di Sebuah Sekolah di DUN Semerah

Salam sejahtera buat teman-teman pembaca.

Alhamdulillah berkat rahmat yang diberikannya, saya masih kuat meredah masa. Akibat kekangan masa dan saya sendiri yang mengendalikan blog ini, memang agak sukar bagi saya mengambil masa yang sesuai untuk menukilkan sebarang catatan buah fikiran seberapa ketika ini. Seingat saya hanya sempat berkongsi pengalaman meredah samudera bersama beberapa nelayan tempatan semata-mata ingin meraih pengalaman bagaimana nelayan mencari sesuap nasi beberapa minggu lalu. Pengalaman itu bukan boleh dibayar dengan wang ringit. Perit jerih mereka mencari sesuap nasi menjadikan saya lebih bermuhasabah atas segala nikmat dan kekuatan yang diberikan Allah SWT.

Oleh sebab itu, keazaman saya untuk berkhidmat untuk masyarakat semakin membuak. Justeru beberapa hari kemudian saya tidak melepaskan masa bila mendengar kata ada program gotong royong dijalankan di salah sebuah sekolah sekitar DUN Semerah. Saya diminta untuk tidak mengumumkan nama sekolah tersebut akibat ketakutan kepada kerajaan BN yang akan mengambil tindakan terhadap penganjur. Saya mengambil keputusan untuk mengurangkan risiko akan cikgu yang membenarkan saya menyertai program tersebut. Kehadiran ibu bapa kepada anak-anak murid serta penduduk di kawasan kejiranan membantu saya mengenali lebih rapat dengan budaya 'GOTONG ROYONG' ini.

Pagi itu udara sangat nyaman mungkin kerna turut meraikan kehadiran para tetamu yang datang dengan ikhlas untuk membersih, mencantikkan kawasan sekolah dan sekitarnya.

Asalnya, saya hadir sebagai orang biasa kerana ingin membantu mereka melakukan aktiviti gotong royong ini. Akan tetapi, saya begitu terharu apabila kehadiran saya sebagai anak muda begitu dialukan oleh ibubapa serta guru-guru pagi itu. In sya Allah saya mohon mereka turut mendoakan perjuangan saya supaya anak-anak saya dan mereka mendapat manfaat daripada perjuangan yang saya percaya ini.