Penting

Segala tulisan dalam blog ini hanya pandangan peribadi berdasarkan pendidikan, pengalaman, pembacaan dan pemerhatian penulis terhadap kehidupan seharian. Saya menggalakkan penyebaran informasi daripada blog ini. Namunbegitu, tindakan undang-undang akan diambil sekiranya segala informasi daripada blog ini digunakan untuk tujuan fitnah dan boleh memudharatkan orang lain. Selamat Membaca.

303 CHANNELS HANYA RM40 SEBULAN

Wednesday 12 September 2012

Salam Aidilfitri, Selamat Merdeheka, Salam Hari Malaysia


Salam sejahtera saudara/saudari pembaca blog saya. Setelah agak sekian lama tidak bersua dek kerana hilangnya kata kunci untuk akses blog ini. Akibat kebejatan masa sejak bulan Mac 2012 yang lalu saya agak sibuk dengan tugas hakiki memaksa saya melalui kehidupan yang agak berkejaran mengejar masa.

Beberapa projek yang harus disiapkan dalam lingkungan masa diantara April/ Mei 2012 serta dalam masa yang sama terpaksa menyediakan beberapa proposal demi memastikan kelangsungan kehidupan saya, istri dan anak-anak dimasa sedikit hadapan. Kerana sebagai seorang yang menyara keluarga dengan bekal pendapatan tidak tetap seperti kebanyakan teman-teman yang bekerja (mempunyai gaji tetap saban awal bulan), saya terpaksa mengembeling segala kudrat yang ada untuk memastikan apa sahaja proposal menjadi kenyataan.

Justeru, akibat ruang masa yang mendesak itu saya sangat sibuk sehingga tidak punya masa yang sesuai untuk mencatatkan sebarang nukilan di blog ini. Natijahnya, saya kehilangan kata laluan (password) blog ini sehingga hari ini (12/09/2012). 

Alhamdulilah, trimas kepada Allah SWT kerna memberikan sekian ruang buat saya dan para pembaca untuk terus membuat kebaik di muka bumi Nya. Sehingga setakat artikel ini ditulis saya senantiasa bertanya kepada diri sendiri bahawa peluang yang diberikan buat saya dan keluarga serta semua pembaca memenuhi ruang yang ada dibulan Ramadhan yang lalu apakah benar-benar dimanfaati? Menghabiskan 30 hari berpuasa di waktu siang serta harus mengawal tingkahlaku anggota diri seperti tangan, kaki, mata, mulut dll bukanlah sesuatu yang mudah dan senang kerana dalam masa yang sama kita juga tidak mengambil cuti sehingga sebulan untuk khusus beribadat. Di waktu malam pula kita sibuk dengan urusan makan (menjelang berbuka dan bersahur), manakala ibadah solat sunat terawikh pula memberikan pengertian besar buat umat Islam kerana ianya hanya ekslusif ada dalam bulan Ramadhan sahaja saban tahun.

Salam Eidul Fitri
Sebab itu, tamatnya Ramadhan harus diraikan pada awal Syawal yang biasa diraikan sebulan olih masyarakat Melayu di Malaysia. Eidul Fitri tahun ini agak begitu bermakna buat saya dan keluarga besar yang ada. Perjalanan bermula daripada Seri Kembangan ke Serting Tengah sebelum pulang kembali ke Seri Kembangan. Selepas itu, perjalanan saya ke Batu Gajah untuk beberapa hari sebelum pulang ke Semerah. Dari Batu Pahat kembali ke Bahau dan di Serting Tengah untuk beberapa hari selepas itu pulang kembali ke Semerah. Sehari kemudian saya ke Johor Baharu, Kota Tinggi dan Singapura. Kemudian dari Semerah pulang terus ke Seri Kembangan untuk mulakan hidup bekerja setelah hampir seminggu bercuti.

Begitu meriahnya sambutan Eidul Fitri disambut oleh kebanyakan ahli masyarakat. Ia bukan sahaja diraikan olih umat Islam bahkan pelbagai bangsa turut merasai kemeriahannya. Dalam kemeriahan meraikan Eidul Fitri, 31 Ogos tahun ini jatuh pada hari ke 13 Syawal. Sudah menjadi kelaziman tarikh tersebut diraikan setiap tahun sebagai menghargai pengorbanan pejuang-pejuang kemerdekaan yang terpaksa melalui pelbagai kesusahan untuk mememastikan anak-cucu-cicit tidak perlu bersusah seperti mereka dikerah tenaga untuk memperkaya bangsa asing berkulit puteh ber'slang' menjengkelkan. Ironinya setelah tahun ke 55 menyambutnya apakah kita benar-benar merdeheka daripada penjajahan imperialis dari sebuah mahligai di tengah-tengah Buckhingham.

Menyoroti sedikit sejarah kemerdekaan, sebagai anak muda yang cintakan negara saya terpanggil untuk menyuarakan kebimbangan terhadap bagaimana cara kemerdekaan diberikan olih Ratu England melalui Almarhum Tunku agak mencurigakan. Bagaimana penubuhan PEKEMBAR atau lebih gemar dengan panggilan akronim bukan bahasa kebangsaan iaitu UMNO tertubuh. Disaat kepesatan anak watan membara didada untuk menuntut pembebasan mutlak terutama melalui Angkatan Pemuda Insaf (API) dan Angkatan Wanita Sedar (AWAS) diantara tahun 1946-47 (iaitu 10 tahun awal sebelum pekik dan sorak 'MERDEHEKA' dilaungkan sambil melihat bendera Union Jack diturunkan). 

Selamat Menyambut Merdeka ke 55
Pendapat peribadi saya menyatakan bahawa Sang Ratu England berbesar hati memberikan kemerdekaan dengan begitu mudah hanya selepas beberapa pengalaman tidak hebat dan merugikan masa, nyawa dan paling tidak disukai orang puteh ini adalah harga. Pengalaman berhadapan dengan kebangkitan semangat nasionalis di India misalnya mengorbankan ramai tentera, ahli perniagaan bangsa mar salleh ini. Setelah beratus tahun kederat orang India dikerah untuk mendapatkan pelbagai hasil bumi yang akhirnya dihantar pulang ke England menyebabkan para nasionalis India bersedia dengan kehilangan nyawa. Tidak hanya di India, era kebangkitan nasionalis bergerak serata dunia ketika itu. Ia seakan 'Arab Spring' yang berlaku lewat hari ini. Pengalaman sesak Imperialis ini turut dirasai olih Belanda di kejiranan Tanah Melayu ketika itu ; Indonesia.

Atas dorongan para politikus di Westminster bahawa tujuan asal moyang mereka dikerah untuk berlayar ke serata dunia adalah untuk membawa pulang EMAS (sumber kekayaan tidak terhad hanya jongkong emas, malah ia juga merangkumi segala sumber yang ada batu galian, getah, herba dan rempah dsb). Justeru, berdebatan hangat dikalangan politikus ini membuahkan hasil apabila mereka mengambil keputusan bahawa harus memberi kemerdekaan kepada negara kepada anak bangsa negara tertentu khususnya Tanah Melayu kepada badan politik sahsiah yang boleh menjamin kepentingan para mat salleh itu.

Kepentingan seperti ladang-ladang getah, sawit, lombong-lombong bijih timah dan lain-lain mesti mendapat jaminan daripada mana-mana parti yang boleh bekerjasama. Ternyata Tunku Abdul Rahman mendapat lebih perhatian British berbanding pemipin lain seperti Dr Burhanudin Al-Helmy, Ahmad Boestamam dll yang sangat lantang membawa mesej kemerdekaan dilabel British sebagai berhaluan kiri dan menjadi kesalahan mengikutinya. Sedangkan, PEKEMBAR ditubuhkan sejurus sebelum merdeheka yang akhirnya ditukar akronimnya sebagai UMNO demi memenuhi maksud British. Akhirnya, British menaungi UMNO dengan janji timbal balik Tunku untuk pastikan segala kepentingan para mat salleh ini terus dilindungi sehingga akhir zaman. Sime Derby Bhd adalah antara yang masyur mengerah keringat anak watan dan memerah sumber kekayaan bumi Melayu ini.

Ternyata peranan media selama berdekad mengagongkan beberapa wajah seperti Dato Onn, Tunku Abdul Rahman dan lain-lain yang kebanyakkannya adalah pemipimpin UMNO yang kononnya merealisasikan impian para pejuang dan shuhada terdahulunya untuk memastikan Tanah Melayu bebas daripada cengkaman penjajah. 

Tetapi, anak zaman teknologi dan informasi bukan lagi membaca Utusan Malaysia atau Berita Harian apatahlagi mahu mengharapkan Buletin Utama TV3. Mereka membuat kajian dengan lambakan pelbagai versi buku, malah lebih mudah tanpa perlu keluar rumah mereka terdedah dengan informasi daripada pelbagai laman sesawang (website) dan tidak kurang juga yang mendapatkan berita tertentu daripada empunya diri. Ini dapat disaksikan apabila polemik isu Mat Indera mendapat reaksi dikalangan pemuda dan pemudi. Pelbagai versi dimainkan dimedia massa dan elektronik. Namun, untuk memenuhi nafsu akal pengetahuan beberapa kumpulan pemuda seperti NGO; Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan lain-lain pergi menyelusuri kampung di sekitar Pagoh hingga ke Parit Sulong sehingga mereka berhasil ketemui adik kepada Mat Indera sendiri dan mendengar sendiri justifikasi ahli keluarga Mat Indera. Apa yang lebih menarik adalah Mat Indera pernah brcinta dengan kakak kepada Tan Sri Muhyidin Yassin, Timbalan Perdana Menteri!!

Justeru, menjelang 16 September 2012 pula kita akan meraikan penubuhan negara yang dikenali sebagai Malaysia menggariskan panduan utama iaitu harus bersatu, terima-menerima dan harus buang sikap pesimis diantara bangsa-bangsa yang ada. Melayu, Cina dan India harus tidak berbangsa-bangsa. Pertubuhan seperti PERKASA harus dilabel sebagai pertubuhan berhaluan kiri dan harus ditentang. PERKASA harus ditolak kerana permainan bangsa yang digunakan langsung tidak memberi manfaat kepada sekian alam. PERKASA dipelopori pemimpin-pemimpin UMNO yang terpinggir dari arus perdana. Lebih parah mereka mengajak orang-orang Melayu yang sedikit ketinggalan dalam kehidupan akibat tidak berjaya dalam pelajaran dimasa lampau sewaktu PMR atau SPM untuk melakukan pebagai tindakan yang agak kurang tamadun, bodoh dan dungu. Diantara peristiwa yang saya percaya ramai tidak akan lupa akan kedunguan golongan ini adalah isu di Pulau Pinang apabila sekumpulan ahli PERKASA menghadiahkan kek berupa seketul tahi kepada Ketua Menteri Pulau Pinang dalam menifestasi terhadap ketidakpuashatian mereka terhadap pimpinan negeri. Lebih mengharukan bila mereka sendiri yang memakan kek tersebut.

Selamat Menyambut Hari Malaysia ke 49
16 September mula diraikan sebagai Hari Malaysia pada tahun 2010 apabila Ketua Pembangkang membuat pengumuman berkaitan dengan ianya akan diraikan oleh negeri-negeri Pakatan Rakyat dan merasa agak tertekan dengan pengumuman tersebut maka, kerajaan persekutuan juga mengezetkannya sebagai cuti umum untuk diraikan. Ironinya ia mula disedari olih ramai rakyat Malaysia yang rupa-rupanya Malaysia ini lahir tanggal 16 September 1963 bukan 31 Ogos 1957. Sebenarnya, pada tanggal yang sama tahun 1963 Tanah Melayu, Borneo Utara (kini Sabah), Sarawak dan Singapura bergabung membentuk Persekutuan Malaysia. Walaupun idea pembentukan tersebut dijangka sepatutnya 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan kepada 31 Ogos 1963 bagi membolehkan sambutan kemerdekaan ke-6 disambut serentak dengan penubuhan Malaysia. Namun, ianya sekali lagi ditangguhkan dek kerana beberapa isu berkaitan bantahan Indonesia dan Filipina tentang idea penubuhan tersebut. Ini membolehkan pihak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk mengadakan pungutan suara di Borneo Utara (Sabah).

Justeru, menjelang 16 September 2012 ini saya mengucapkan Selamat Hari Malaysia buat seluruh rakyat Malaysia. Disamping itu juga masih tidak terlambat buat saya ucapkan Selamat Eidul Fitri, semoga segala kesilapan saya, pertuturan, perlakuan dan segalanya dimaafi. 

Sekian, wassalam.




Zaihan Zainal

Merupakan bekas atlet, pernah mewakili negeri Johor dalam sukan bolasepak sejak berumur 12 tahun sehingga 18 tahun. Melanjutkan pelajaran dalam bidang Sains Sukan selepas memperolehi keputusan cemerlang dalam SPM di Sekolah Menengah Semerah. Di UiTM menamatkan Diploma Kesihatan dan Kecergasan dan Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan (Kep). Memulakan karier di Institut Sukan Negara dibawah seliaan seorang berbangsa Jerman iaitu Jorg Taichmen kemudian dalam industri kecergasan sebelum bersama Pasukan Bolasepak PKNS FC yang bermain di Liga Perdana Malaysia 1 musim sebagai Pakar Kecergasan dan Kecederaan dan musim berikutnya dipancing oleh pasukan Selangor (FAS) selaku Ketua Unit Rehabilitasi selama beberapa musim sebelum membuat keputusan untuk mengusahakan perniagaan sendiri dan aktif dalam politik. Kini, menjawat sebagai Naib Ketua Cabang (Bahagian) PKR Parit Sulong, Johor. 
Pernah mengharumkan nama Malaysia semasa pertandingan rekacipta peringkat dunia di International Trade Fair (IENA), Nuremberg, Jerman pada 5-6 November 2009 dengan memenangi tempat kedua (pingat perak) dengan produk ciptaan bersama Sdr Mohd Noorazam Abd Razak, Pensyarah Kanan, UiTM dan Prof Dr Anuar Suun, Majlis Sukan Negara. Produk dikenali sebagai 'FLEXi Ice Bag' berkaitan alat kemudahan kecederaan dalam sukan.