Penting

Segala tulisan dalam blog ini hanya pandangan peribadi berdasarkan pendidikan, pengalaman, pembacaan dan pemerhatian penulis terhadap kehidupan seharian. Saya menggalakkan penyebaran informasi daripada blog ini. Namunbegitu, tindakan undang-undang akan diambil sekiranya segala informasi daripada blog ini digunakan untuk tujuan fitnah dan boleh memudharatkan orang lain. Selamat Membaca.

303 CHANNELS HANYA RM40 SEBULAN

Thursday 21 February 2013

Pengumuman Siapa Calon N17 Semerah

Salam sejahtera kepada semua pembaca yang budiman.


Sebagaimana yang semua tahu bahawa ketika artikel ini ditulis (22 Februari 2013 masa: 12.20pm) angin bukan sepoi-sepoi tapi bagaikan ribut mengatakan bahawa Parlimen Malaysia bakal dibubar dalam lingkungan beberapa jam sahaja lagi. Sebagai perkhabaran angin mengatakan bahawa Parlimen ini akan dibubarkan pada hari ini sejak beberapa hari lalu memang heboh. Apatahlagi terdapat beberapa orang sahabat dan isteri kepada seorang sahabat yang lain menyatakan bahawa mereka terpaksa kerja 'overtime' semalam gara-gara persiapan 'Press Conference' mengenai pembubaran institusi membuat dasar terbesar di Malaysia iaitu Parlimen.

Sebenarnya keputusan untuk mengadakan satu lagi Pilihanraya Umum iaitu yang ke-13 memang agak misteri sejak ia diperkenalkan oleh British semasa Tunku Abdul Rahman ditabal sebagai PM pertama lebih 50 tahun dulu. Akan tetapi manusia yang paling berpengaruh mengetahu akan tarikh keramat tersebut selain daripada PM dan isteri serta anak-anak mereka. 'Ahli Nujum' lah yang paling mempunyai pengaruh kuat samada menentukan tarikh tersebut atau tidak. Kalaulah PM paling lama di seantero Asia iaitu Tun M dikatakan amat kuat Nujum Siam-nya. Kawan dan lawan pula mengusik-usik nakal PM Bersama NR/RM mempunyai seorang 'guruji' asal India. Dan keunikan mengenai penentuan tarikh pilihanraya di Malaysia sangat berlainan dengan negara-negara lain. Sebagai contoh negara-negara yang menjunjung demokrasi secara tulin akan terus membuat pengumuman tentang tarikh pilihanraya selepas sahaja mereka memenangi pilihanraya sebelumnya. Tetapi tidak di Malaysia.

Sebagaimana juga digembar gemburkan oleh kepimpinan UMNO Bahagian Parit Sulong bahawa calon-calon yang akan bertanding pada PRU13 ini adalah seperti berikut:
1. Parlimen P149 Parit Sulong : Dato' Ahmad Zahari, Ketua UMNO Bahagian Parit Sulong (Penyandang ADUN Seri Medan)
2. DUN N17 Semerah            : Dato' Ariss Shamsudin (Penyandang ADUN Semerah)
3. DUN N18 Seri Medan       : Dato' Zulkarnain Kamisan (Ketua Pemuda UMNO Johor)

Manakala, pihak pelawan yang senantiasa mendapat sokongan kuat daripada rakyat tidak kira daripada pelbagai golongan pula sebagai sudah dipakati adalah seperti berikut:
1. Parlimen P149 Parit Sulong  : Ybhg. IR Tn Hj Khairudin, YDP PAS Kawasan Pt Sulong
2. DUN N17 Semerah            :  (calon belum diumumkan oleh PKR)
3. DUN N18 Seri Medan        :  Ybhg. Ustaz Rosdi, Setiausaha PAS Kaw. Pt Sulong

Justeru, persoalan mengenai siapakah calon BN di Parit Sulong sudah diketahui. Seperti juga calon daripada parti PAS yang akan bertanding juga sudah dikenalpasti selain menanti saat yang betul diumum sebagai calon secara formal. Akan tetapi kebingungan dipihak PR pula ia masih menjadi tanda tanya mengenai siapakah calon untuk kerusi DUN N17 yang akan mewakili PKR. Kalaulah pada PRU 12 dahulu parti ini diwakili Ketua Cabang-nya iaitu Sdr Hasmi Hashim yang juga dikenali sebagai 'Buddhi Hekayat' dalam dunia penulisan dan seni. PRU13 pula pihak PKR masih lagi merahsiakan tentang siapakah calon N17 Semerah ini. Menurut kehendak pengundi dan penduduk tempatan kehadiran Hasmi Hashim sebagai calon kali kedua di kerusi ini memang luar biasa. Pemenang Anugerah Juara Lagu menerusi lirik lagu AWAN NANO nyanyian Hafiz pada tahun 2012 ini telah pun menyatakan hasratnya untuk tidak bertanding dikerusi ini. Selain menulis lirik, novel, kolum di media 'mainstream', beliau juga aktif menjadi panel dalam banyak forum peringkat nasional dan antarabangsa. Selain itu, bekas pelajar SMK Semerah ini juga adalah seorang Sutradara drama dan filem. Justeru, beliau begitu optimis untuk memperjuangkan isu terkait dengan kebudayaan, belia dan seni sebagai agen pembuat dasar di peringkat pusat.
Hasmi Hashim (Buddhi Hekayat)

Sunday 10 February 2013

Ucapan Selamat Tahun Baru Cina 2013: Iktibar Semangat Ular Semerah


Salam sejahtera kepada semua pembaca blog yang budiman. Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina kepada semua teman-teman berbangsa Tiong Hua yang menambutnya. Kepada teman-teman bukan berbangsa Tiong Hua pula saya mengucapkan selamat bercuti. Semoga kalian pergi dan pulang dalam keadaan paling selamat. Semoga perjalanan anda semua dipelihara Allah SWT. 

Saudara/i yang budiman, saya merasakan sambutan Tahun Baru Cina 2013 ini agak menarik lantaran mengikut kalendar kaum Cina tahun ini adalah Tahun Ular


Dalam astrologi Cina, bintang haiwan yang ditentukan oleh tahun melambangkan bagaimana anda dipandang orang lain atau cara anda menonjolkan diri. Ramai yang salah sangka bahawa bintang haiwan hanya ditentukan melalui tahun, sebaliknya ada juga lambang haiwan yang ditentukan melalui bulan (haiwan dalaman) dan jam seharian (haiwan rahsia).




Justeru, mengikut bacaan astrologi Cina mendakwa sifat-sifat tahun ular adalah seperti berikut:

1. Yin / Yang : YIN
2. Unsur Tetap : API
3. Sifat Positif : Berfikiran panjang, mistik, bijaksana, lemah lembut, sensual, kreatif, cermat, pintar, bercita-cita, berbudi bahasa, tenteram, kuat, setia, tekad, berwaspada dan bertanggungjawab.
4. Sifat Negatif: Menyendiri, komunikasi teruk, cemburu, hedonis, ragu diri, sentiasa menaruh kesangsian terhadap orang lain dan pendusta.

Oleh sebab itu, saya berharap sempena tahun ular ini kita dapat mengambil iktibar daripada sifat-sifat ular terutama yang positif tadi dalam memastikan perjuangan rakyat mencapai kemenangan. 

Berfikiran Panjang
Saya berharap semua pejuang PR dapat menggunakan akal yang panjang untuk berhadapan dengan segala muslihat UMNO/ BN untuk memenangi piliharaya dengan cara jijik dan tidak adil. 


Bijaksana
Sifat ini perlu dalam segala pertimbangan kita terutama dalam berhadapan dengan rakyat yang mahu melihat pimpinan parti politik adalah dikalangan bijaksana tidak seperti mereka yang berada dalam UMNO/BN yang selalunya tidak mempunyai kewarasan terutama dalam berhujah. Lihat sahaja Y.B. Dato Bung Mokhtar Raden dalam kebanyakan 'tweet'nya di laman sosial 'TWEETER' tidak menggambarkan beliau seorang pimpinan Melayu yang bijak sana. Beliau sering melemparkan perkataan maki-hamun termasuk perkataan lucah. Dan ia langsung tidak memberangsangkan minda. Justeru, sebagai sebahagian daripada kalangan komponen Pakatan Rakyat saya berharap saudara/i mempuncai indera yang lebih baik dan berhujahlah dengan bijaksana.

Lemah Lembut & Sensual
Menurut astrologi Cina juga menyatakan bahawa ular sifatnya agak lemah lembut lantar pergerakannya yang lemah lembut tetapi pantas. Oleh itu, pergerakan kita untuk menuju kemenangan juga harus lembut dan pantas. Disamping itu sifat sensetif ular dalam kehidupan hariannya harus diambil sebagai tauladan sebagaimana Pakatan Rakyat yang sangat sensitif terhadap rakyat disekelian peringkat. Kepayahan dan kesusahan rakyat harus diambil tindakan serius dan segera. Isu kenaikan harga petrol, konsesi tol, konsesi air dan sebagainya menjadi perjuangan untuk memakmurkan rakyat Malaysia umumnya. Memahami kesusahan ini antara pengkhususan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang rata-rata lahir dari kalangan orang susah. Sebagaimana saya yang dibesarkan di Gerai Goreng Pisang, di gerbang masuk Taman Semerah amat mengenali kesusahan peniaga-peniaga kecil sebagaimana ibu saya ketika membesarkan saya. Sensitiviti ini mungkin tidak ada dikalangan pemimpin UMNO/BN dewasa ini yang kebanyakannya lahir di mahligai dan istana. Dan ia bersifat 'herediti' iaitu bersifat turun temurun. Lihat sahaja legasi Hussien Onn, legazi Tun Abd Razak dan terkini Legasi Mahathir dan ramai lagi legasi-legasi UMNO peringkat Bahagian.

Monday 4 February 2013

Pengumuman Penting



Salam sejahtera kepada sahabat semua, saya mengumuman bahawa saya telahpun meletakkan semua jawatan berkuatkuasa serta merta di syarikat seperti dibawah:


1. BIZMOM Corp. S.B. sebagai Pengarah Eksekutif/ Ketua Pegawai Pemasaran
2. Sports Galaxy S.B. sebagai Pengarah Eksekutif/ Pengurus Besar
3. Galaxy Niaga S.B. sebagai Pengarah 

Semoga dengan perletakan kesemua jawatan ini memberikan ruang lebih kepada saya untuk berkhidmat kepada Parti Keadilan Parit Sulong menjelang Pilihanraya Umum ke 13. Kepada teman-teman yang memerlukan khidmat saya boleh terus PM saya. Insyaallah sekiranya tiada masalah saya akan turun membantu.

Semoga Allah SWT memberkati pengobanan, iltizam dan usaha saya untuk memastikan kemenangan Pakatan Rakyat di semua peringkat Insyaallah.

Sekian, terima kasih.

Zaihan Zainal