Penting

Segala tulisan dalam blog ini hanya pandangan peribadi berdasarkan pendidikan, pengalaman, pembacaan dan pemerhatian penulis terhadap kehidupan seharian. Saya menggalakkan penyebaran informasi daripada blog ini. Namunbegitu, tindakan undang-undang akan diambil sekiranya segala informasi daripada blog ini digunakan untuk tujuan fitnah dan boleh memudharatkan orang lain. Selamat Membaca.

303 CHANNELS HANYA RM40 SEBULAN

Tuesday 14 June 2016

Sunday 12 June 2016

PUASA, FIZIKAL DAN MENTAL


Salam sejahtera kepada sekalian pembaca blog saya. Saya juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan "SELAMAT BERPUASA" kepada seluruh umat Islam. Semoga Ramadhan tahun ini memberikan banyak manfaat dalam hidup saudara/i.

Selain daripada menunaikan ibadah berpuasa yang wajib (bagi yang berkuasa) dan ibadah sunat tarawikh, bazar ramadhan dan majlis iftar (berbuka puasa) tidak pernah lekang daripada masyarakat muslim Melayu di Malaysia. Juga tidak dapat dinafikan mengenai pakej-pakej "BUFFET IFTAR RAMADHAN" di kebanyakan restoran dan hotel bukan sahaja di kotaraya metropolitan Kuala Lumpur malah (klik untuk baca lagi)

Monday 30 May 2016

Jejak Asnaf DUN Semerah

Assalamualaium wbkt.

Kepada sekalian pembaca yang budiman. Saya mohon maaf kerana menyepi agak lama sebelum memulakan entri ini. Ia adalah kerana masa saya begitu komited dan bersugguh dalam kerja hakiki saya demi untuk membesarkan 7 anak bersama 2 isteri kesayangan saya.

Namun, keazaman saya untuk memulakan penulisan berkaitan dengan beberapa topik seperti sukan, politik dan masa depan negara serta aktiviti saya akan dimulakan sekarang. 

Pada minggu lalu, kesempatan semasa pulang ke Semerah saya ambil untuk berkongsi perolehan bersama asnaf, anak yatim, ibu tunggal dan mereka yang memerlukan. Ia mendapat kerjasama aktivis NGO Anak Semerah.

Lokasi adalah sekitar DUN Semerah. 

Semoga semua penerima dapat memperolehi nikmat daripada usaha kecil saya ini. Seandainya, anda mahu menyumbang kepada asnaf, anak yatim dan ibu tunggal terus kepada mereka bolehlah terus menghubungi saya melalui appikasi whatsapp di no tel 0182523474.

Insya Allah semoga kita bertemu lagi di posting akan datang.

Sekian.