Penting

Segala tulisan dalam blog ini hanya pandangan peribadi berdasarkan pendidikan, pengalaman, pembacaan dan pemerhatian penulis terhadap kehidupan seharian. Saya menggalakkan penyebaran informasi daripada blog ini. Namunbegitu, tindakan undang-undang akan diambil sekiranya segala informasi daripada blog ini digunakan untuk tujuan fitnah dan boleh memudharatkan orang lain. Selamat Membaca.

303 CHANNELS HANYA RM40 SEBULAN

Sunday 1 September 2013

PA Ahli Parlimen Naik Tocang


PA lebih sudu dari KUAH!!

 Gambar hanya sebagai hiasan. Tidak ada kena mengena antara hidup atau mati.

Dilaporkan bahawa seorang PA kepada Ahli Parlimen PKR di Keadilan Johor telah menggunakan amanah yang dipertanggungjawabkan kepadanya untuk melakukan beberapa perkara tidak enak dipandang seperti berikut:

Tuesday 16 July 2013

Senaman dalam Islam - Part 2

Rasulullah SAW bersabda, “Ajarilah anak-anak kamu berkuda, berenang dan memanah”
(Riwayat Bukhari dan Muslim) 


Dalam penulisan yang lepas tajuk senaman dalam Islam, saya telah memberi beberapa dalil mengenai senaman dalam Islam. Justeru, penulisan kali ini saya akan memfokuskan kepada jenis-jenis sukan yang digalakkan dalam Islam menerusi saranan dan berdasarkan beberapa sejarah mengenai sukan tersebut dan Rasulullah S.A.W.

1. Sukan Memanah 



Bersabda Rasulullah SAW, “Kamu harus belajar memanah kerana memanah itu termasuk sebaik-baik permainanmu.” (Riwayat Bazzar, dan Thabarani)

Diriwayatkan oleh Imam Bukhari mengisahkan: “Nabi SAW melalui satu kawasan di mana sahabat sedang memanah. Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya datuk kamu, Nabi Ismail adalah seorang pemanah. Memanahlah dan aku bersama Bani Fulan (salah satu kumpulan pemanah).” Lalu kumpulan satu lagi berhenti memanah. Rasulullah SAW bertanya: “Kenapa kamu berhenti memanah?” Jawab sahabat: “Bagaimana kami hendak memanah kamu berada bersama kami.” Nabi SAW menjawab: “Memanahlah, aku bersama kamu semua.” (Hadis riwayat Bukhari) 

Sunday 14 July 2013

Rusuhan di Klang atau Pergaduhan?

Salam ramadhan buat semua pembaca yang budiman. Terima kasih kerna masih terus membaca blog saya.

Beberapa hari lepas saya mendapat pesanan ringkas (SMS) daripada seorang rakan baik di Klang menyakan ada rusuhan kaum di sana. Lantas bulu roma saya mulai naik serta semangat juga!!

Kemudian, untuk mendapat kepastian saya cuba hubungi sahabat tersebut. Namun, berkali gagal. Berbagai refleksi bermain dalam kotak fikiran saya. Apakah sahabat saya itu sedang berperang dengan rusuhan tersebut. Atau ia sekadar satu 'rumors' yang beredar dengan cepat dikala teknologi maklumat bukan lagi asing.
Setelah kurang lebih 2 jam berikutnya sahabat saya mula reply sms mengatakan bahawa dia dalam keadaan baik dan tidak ada apa-apa yang berlaku terhadapnya. Lantas saya hubungi beliau dan kami berbual hampir 20 minit lamanya. Saya cuma menyatakan kerisauan saya kepada kemungkinannya berlakunya rusuhan kaum tersebut. Hal ini kerana selama lebih 50 tahun selepas merdeheka ini orang Malaysia masih dihidup dalam keadaan rasa tidak selamat dan selasa diantara kaum. Pada pandangan saya segala program intergrasi kaum masih lagi GAGAL. Ya betul kerajaan ada sediakan program intergrasi nasional dan seumpamanya. Akan tetapi dalam masa yang sama mereka juga menyediakan program yang menolak intergrasi tersebut. Sebagai contoh Biro Tata Negara (BTN) yang menjalankan kursus-kursus kakitangan awam menggunakan platform tersebut untuk menyuntik semangat etniktisme Melayu. 

Sebab itu, saya rasa kemungkinan berlakunya rusuhan kaum itu ada. Namun, berita tersebut saya tidak mahu berkongsi dengan sesiapa selagi tidak mendapat kesahihan berita tersebut. Oleh kerana sebuah laman web (http://www.informasi.my/pergaduhan-berkumpulan-melayu-vs-india-di-klang-seorang-terbunuh-dan-empat-cedera/) telah menyiarkan berita tersebut. Maka, rasanya eloklah saya berkongsi maklumat yang sama.

Namun begitu, eloklah rakan-rakan pembaca menguatkan lagi tali ikatan diantara kaum ini. Janganlah mudah mendengar asutan-asutan berbaur perkauman. Cuma saya berharap agar kerajaan Malaysia mengambil iktibar untuk memastikan intergrasi ini bertambah kukuh. Semoga rakyat Malaysia hidup lebih selamat dan terjamin.

Ringkasan berita tersebut seperti di bawah:


Saturday 13 July 2013

Senaman dan Sukan dalam Islam - Part 1

Messut Ozil, pemain tengah Real Madrid sedang berdoa sebelum masuk bermain.

Salam sejahtera pembaca blog yang budiman. Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Salam Ramadhan kepada semua. Semoga bulan yang penuh keberkatan ini digunakan sepenuhnya untuk melakukan perkara-perkara kebaikan. Justeru, saya terpanggil untuk menulis mengenai Senaman dan Sukan dalam Islam.

Senaman dan sukan bukanlah sesuatu yang asing dalam agama Islam. Banyak hujah-hujah yang menyokong amalan senaman dan sukan dalam Islam oleh para sarjana Islam sejak sekian lama. 

Antara amalan orang Islam adalah SOLAT. Dan solat fardhu adalah wajib. Umat Islam menunaikan solat fardhu sebanyak 5 kali setiap hari. Solat Subuh (2 rakaat), Solat Zohor (4 rakaat), Solat Asar (4 rakaat), Solat Maghrib (3 rakaat) dan Solat Isyak (4 rakaat). Manakala 'rakaat' pula adalah saat pelaku solat berdiri dan bertakbir serta setiap kali berdiri setelah sujud. Dan ramai pengkaji sains bersetuju bahawa pergerakan-pergerakan dalam solat itu juga merupakan senaman. Justeru, sehari sahaja umat Islam melakukan 17 rakaat solat fardhu.

Selain itu, terdapat juga amalan solat sunat. Solat sunat ini adalah amalan sembahyang yang tidak diwajibkan tetapi mendapat pahala sekiranya melakukannya dan tidak mendapat dosa sekiranya meninggalkannya. Ada pelbagai solat sunat. Diantaranya solat sunat sebelum solat fardhu atau solat sunat selepas solat fardhu. Maknanya, mereka boleh melakukan solat sunat sebelum dan sesudah solat fardhu sekiranya seorang muslim itu mahu meningkatkan amalan dan pahala yang diperolehi. Namun begitu, bukan setiap solat fardhu dibolehkan solat sunat. Bahkan adalah diharamkan sebarang jenis solat sunat selepas Fardhu Suboh dan Asar. 

Zinedine Zidane, pemain lagenda Perancis dan Dunia juga seorang Muslim dan banyak melakukan kebajikan semasa bermain dan selepas bersara.

Thursday 4 July 2013

7 Dosa Besar Ikhwan Muslimin di Mesir: Khalid Fahmy





Salah seorang mangsa terbesar peristiwa semalam di Mesir adalah Duta Besar AS, Anne Patterson. Sejak beberapa bulan yang lalu, dia berkeras untuk berpegang kepada bacaan yang serong tentang senario politik di Mesir, sering melepaskan Ikhwan Muslimin dalam banyak hal. Satu langkah yang pelik minggu lepas, dia juga melawat Khayrat El-Shater, orang kuat Ikhwan di pejabat peribadinya dan memberi cerita yang salah kepada John Kerry tentang penentangan terhadap Presiden Morsi.

Bagaimanapun mangsa terbesar dalam hal ini adalah Morsi dan Ikhwan Muslimin, yang berpegang kepada bacaan yang merosakkan tentang peta politik selepas revolusi dan berjaya memperdaya Patterson (dan banyak diplomat Barat yang lain dan juga wartawan) dengan pandangan mereka yang delusional.

Tuesday 7 May 2013

Penipuan Pilihanraya Turun Ke Jalanraya, Anak Semerah Bersedia!

Salam sejahtera kepada pembaca yang budiman.


Pilihanraya UMUM ke 13 telah selesai kurang lebih 32 jam yang lalu ketika artikel ini ditulis. Keputusan mengejutkan apabila BN berjaya bertahan di Pusat Kerajaan Putrajaya untuk tempoh lagi 5 tahun. Menurut banyak sumber termasuk Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat tidak menerima keputusan tersebut kerana banyak bukti audio-visual samada gambar, video dan saksi melihat kebejatan tersebut.



Saya sendiri secara peribadi masih boleh menerima kekalahan PR di banyak tempat. Namun, kekalahan dengan ada unsur-unsur penipuan amatlah tidak saya boleh terima. 


Tuesday 30 April 2013

Sambutan Hari Buroh dan Sejarahnya


Salam sejahtera pembaca blog yang budiman.
Saya percaya saudara/i adalah dalam keadaan ghairah dan teruja akibat aktiviti kempen yang berjalan sepanjang hari. Ketika artikel ini ditulis, kempen pilihanraya sudah memasuki hari ke 11 sejak hari penamaan calon pada 20 April 2013 yang lalu. Sebenarnya 'kempen' yang dimaksudkan adalah kempen rasmi PRU13. Sebab setahu saya BN/UMNO telahpun hebat memperkudakan jentera dan aperatus kerajaan sejak 2 tahun yang lalu untuk kempen 5 Mei 2013 ini. Setiap media yang ada dibawah kawalan sudah hebat membantu kemenangan kerajaan sedia ada untuk kebenaran terus merakus sumber negara di Putrajaya sepenggal lagi. Begitu juga dengan parti-parti dibawah Pakatan Rakyat juga tidak kurang hebat dengan program ceramah dan hebahan di pelbagai pelosok kawasan dan daerah. Kempen mereka diperkuatkan lagi di medium media baharu seperti blog dan media sosial. Mereka pun sudah mula merancang sejak 2 tahun lalu. Cuma yang beda, UMNO/BN juga ada media sebagaimana yang ada oleh PR kecuali media massa seperti TV/Radio dan akhbar harian.
Justeru, kerancakan saudara/i berkempen mestilah jangan dilupai norma-norma sebagai manusia dan insan. Janganlah terlalu taksub terhadap parti masing-masing sehingga menjadikan saudara mara dan sahabat handai sebagai musuh. Janganlah juga jadikan alasan untuk tidak bertegur sapa dengan kawan-kawan yang tidak sealiran dengan parti politik yang disokong. 

BUROH
Buroh ditakrifkan sebagai seseorang yang melakukan sesuatu sebagai sumber pendapatan atau tujuan tertentu.
Pekerja adalah perkataan lain kepada buroh. Ini termasuk dengan pekerja-pekerja atau jentera parti juga boleh dianggap buroh. Justeru, saya ingin mengambil kesempatan kali ini untuk mengucapkan selamat hari buroh kepada semua.
Dalam masa yang sama, elok juga kalau saya menulis sedikit mengenai sejarah bagaimana masyarakat dunia menyanjung 1 Mei setiap tahun sebagai sambutan Hari Buroh Sedunia.

Friday 26 April 2013

Ceramah Umum PRU13 Oleh Sdr Zaihan Zainal


CERAMAH PRU13 Oleh Zaihan Zainal
Naib Ketua PKR Cabang Parit Sulong
Tarikh : 24hb April 2013
Masa : 9.00 mlm
Lokasi : Kg Parit Kuda Darat
DUN : Semerah
Parlimen : Parit Sulong

Ceramah HASMI HASHIM a.k.a. BUDDHI HEKAYAT di MUAR


Ceramah PRU13 Oleh Hasmi Hashim
Ketua PKR Cabang Parit Sulong
Lokasi : Kg Melayu, Parit Bugis,
(Parit Yusof)
Parlimen : Muar
DUN : Sg Balang
Tarikh: 25hb April 2013
Masa : 9.00 mlm

Thursday 18 April 2013

Saya Pileh Politik Marathon

Setelah hampir 30 bulan bekerja keras untuk DUN Semerah, akhirnya pimpinan membuat keputusan untuk tidak memberikan tanggungjawab kepada saya sebagai calon PKR DUN N17 Semerah. Walaubagaimanapun, saya dan kawan-kawan tidak akan berkecil hati. Kami tekad pada perjuangan untuk membebaskan anak bangsa daripada sistem bobrok dan pembodohan UMNO BN terhadap rakyat di Johor khususnya Semerah BP. Semangat saya tidak pernah luntur. Perjuangan saya hanya satu PR mesti menang!!


Justeru, kesempatan ini saya ambil untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu menjayakan pelbagai program semenjak tahun 2010. Saya sangat terhutang budi dengan pasukan DEMI RAKYAT SEMERAH yang saya kira berjaya memberikan impak terus kepada penduduk di Semerah melalui program turun bersama rakyat. DEMI RAKYAT SEMERAH telah membawa saya terus kepada ahli masyarakat. Sebagai contoh program DEMI RAKYAT KE LAUT menjadikan saya nelayan sehari sehingga terkesan sehingga kini betapa susah nelayan di Semerah mencari sumber rezeki. Manakala program DEMI RAKYAT MENYAWIT pula membawa saya bersama beberapa pekebun kecil (sawit) ke kebun sawit mereka. Pengalaman menyawit sendiri betul-betul mencabar sehingga malam selepas program tersebut buat saya terus tertidur awal. Dan ia membantu saya mengetahui pelbagai masalah yang dihadapi masyarakat peladang dan pekebun kecil. Selain itu, program DEMI RAKYAT SEMERAH juga mengadakan pelbagai program lain.

Monday 8 April 2013

Gotong Royong Di Sebuah Sekolah di DUN Semerah

Salam sejahtera buat teman-teman pembaca.

Alhamdulillah berkat rahmat yang diberikannya, saya masih kuat meredah masa. Akibat kekangan masa dan saya sendiri yang mengendalikan blog ini, memang agak sukar bagi saya mengambil masa yang sesuai untuk menukilkan sebarang catatan buah fikiran seberapa ketika ini. Seingat saya hanya sempat berkongsi pengalaman meredah samudera bersama beberapa nelayan tempatan semata-mata ingin meraih pengalaman bagaimana nelayan mencari sesuap nasi beberapa minggu lalu. Pengalaman itu bukan boleh dibayar dengan wang ringit. Perit jerih mereka mencari sesuap nasi menjadikan saya lebih bermuhasabah atas segala nikmat dan kekuatan yang diberikan Allah SWT.

Oleh sebab itu, keazaman saya untuk berkhidmat untuk masyarakat semakin membuak. Justeru beberapa hari kemudian saya tidak melepaskan masa bila mendengar kata ada program gotong royong dijalankan di salah sebuah sekolah sekitar DUN Semerah. Saya diminta untuk tidak mengumumkan nama sekolah tersebut akibat ketakutan kepada kerajaan BN yang akan mengambil tindakan terhadap penganjur. Saya mengambil keputusan untuk mengurangkan risiko akan cikgu yang membenarkan saya menyertai program tersebut. Kehadiran ibu bapa kepada anak-anak murid serta penduduk di kawasan kejiranan membantu saya mengenali lebih rapat dengan budaya 'GOTONG ROYONG' ini.

Pagi itu udara sangat nyaman mungkin kerna turut meraikan kehadiran para tetamu yang datang dengan ikhlas untuk membersih, mencantikkan kawasan sekolah dan sekitarnya.

Asalnya, saya hadir sebagai orang biasa kerana ingin membantu mereka melakukan aktiviti gotong royong ini. Akan tetapi, saya begitu terharu apabila kehadiran saya sebagai anak muda begitu dialukan oleh ibubapa serta guru-guru pagi itu. In sya Allah saya mohon mereka turut mendoakan perjuangan saya supaya anak-anak saya dan mereka mendapat manfaat daripada perjuangan yang saya percaya ini.

Sunday 10 March 2013

Nelayan-nelayan Semerah Menderita

Nama Program : DEMI RAKYAT TURUN KE LAUT
9 Mac 2013, Semerah

Salam sejahtera buat sekalian pembaca budiman. Semoga saudara saudari serta saya dan keluarga senantiasa mendapat perlindungan Allah SWT. Semoga Tuhan melipatgandakan rezeki kita hari ini dan esok. Semoga Allah SWT memelihara pejuang-pejuang agama yang gugur sebelum kita.

Pada 9 Mac 2013, hari Sabtu lalu saya menyertai program Demi Rakyat Turun Ke Laut bersama teman-teman di Semerah. Program ini bertujuan untuk mendapatkan gambaran sebenar kehidupan nelayan-nelayan yang tinggal di DUN N17 Semerah. Kebanyakan mereka adalah nelayan pesisir pantai. Keupayaan bot/ perahu serta enjin bot hanya khusus untuk bermain sekitar pesisir pantai.

Program bermula jam 7.30 pagi dengan bersarapan di Warung Zakaria. Hari ini saya kepingin makan roti canai tampal. Iaitu roti canai kosong ditampal dengan telur goreng (mata kerbau separuh masak). Cicahnya dengan kari Melayu dan sambal pedas. Rasanya amat berbeza dengan kebanyakan roti canai mamak terutama di Lembah Klang. Warung Abang Zakaria ini amat popular bagi penduduk sekitar Pekan Semerah untuk mendapatkan roti canai untuk sarapan pagi. Selain roti canai, warung ini juga popular dengan nasi lemak panasnya. Sekiranya anda berpeluang ke kawasan Semerah pastikan dapat menikmati roti canai Melayu ini. Biasanya pukul 10.30 pagi dah habis. Jadi, anda kena datang awal sikit daripada biasa.
Abang Zakaria di Warung Roti Canai Lokasi sebelah Dewan Orang Ramai Semerah


Beberapa orang sahabat, saya dan Sdr Norisham Amar yang juga merupakan Pengarah Pusat Bertindak Demi Rakyat Semerah telah bersedia untuk turun ke laut pagi itu. Kami menantikan En.Wahid yang merupakan nelayan di DUN Semerah. Beliau 'parking' botnya di Jeti Sungai Sarang Buaya. Selepas bersarapan, kami terus menyediakan keperluan seperti air minuman, tuala, topi dan sebagainya. Kemudian, setibanya di jeti Sungai Sarang Buaya kami telah dinantikan oleh En Wahid dengan bot serta kelengkapan menangkap ikan.
Jeti Sungai Sarang Buaya
Tepat jam 9.00 pagi En Wahid mula menghidupkan botnya. Dan tidak lama kemudian kami mula beredar. Mengharungi sungai itu menuju ke muara mengambil masa diantara 10-15 minit. Kelihatan botnya berusia lebih 8 tahun. Diceritakan pula pada kami ketika perjalanan dalam bot tersebut bahawa beliau pernah kehilangan sebuah bot dan enjin pada beberapa tahun dahulu. Ketika itu, beliau sangat susah selain daripada anak-anaknya yang masih bersekolah. Selepas kehilangan bot tersebut, beliau berasa hampir putus asa kerana itulah satu-satunya sumber pendapatannya iaitu menangkap ikan. Dan bot diperlukan untuk menangkap ikan. Cuba anda bayangkan bagaimanakah perasaan anda sekiranya anda di tempat En Wahid ketika itu?

Beliau menghadapi dugaan tersebut dengan penuh sabar dan tabah. Beliau telah bergolok gadai dan meminjam daripada kawan-kawan untuk membeli kelengkapan baru yang menjangkau perbelanjaan sehingga RM20,000.00.
Terima kasih En Wahid kerana memberikan peluang buat tim Demi Rakyat Semerah menjayakan program ini.

Setibanya di lokasi pertama, kami menyertai nelayan lain dikenali sebagai Abang Daud. Beliau memaklumkan telah berada di situ dengan jaring-jaringnya sejak 1 jam yang lalu. Tidak lama kemudian beliau menarik jaring ke atas dan jaring sepanjang 500 meter itu tidak ada seekor ikan pun yang beliau dapat.

Begitu juga dengan pengalaman kami selama 4 jam berada di laut tidak mendapat sebarang hasil tangkapan. 

Menurut En Wahid ikan memang dikatakan pupus dikawasan tersebut sejak sebelum perayaan Tahun Baru Cina yang lalu. Selama beberapa minggu nelayan pesisir pantai berhadapan dengan masalah ini. Beliau yang nampak hampir sugul memberitahu kami bahawa ini masalah utama yang dihadapi oleh nelayan-nelayan pesisir pantai di sekitar DUN N17 Semerah. 

Epidemik ketiadaan ikan di pesisir pantai ini terjadi beberapa bulan selepas kerajaan negeri Johor membenarkan pengeskportan pasir pantai yang disedut dari kawasan sekitar Muar yang hanya beberapa batu nautika daripada kawasan mereka mencari sesuap nasi. Projek tersebut mendapat sokongan kuat Y.B. Robiah Kosai, ADUN Sg Balang selain restu M.B. Ghani Othman dan kerajaan negeri pimpinannya. Saya sangat meragui projek penjualan pasir berkenaan. Hal ini kerana saya sangat percaya bahawa proses pengambilan pasir tersebut mengganggu ekologi dan sistem sekitarnya sehingga membawa kepada kemusnahan terumbu-terumbu karang yang menjadi pusat dan habitat ikan-ikan pesisir pantai. Natijahnya, ikan-ikan yang sedia ada tidak ada tempat sesuai untuk bertelur. Dan akhirnya jumlah anak ikan hidup berkurang. Sudah tentu selepas itu kadar ikan juga akan berkurang yang menyebabkan nelayan pesisir pantai di sekitar DUN Semerah berhadapan dengan masalah tidak cukup makan!!
Hasil buangan kolam udang di Sarang Buaya di salurkan terus ke pesisir pantai.

Tuesday 5 March 2013

Lahad Datu Persis Tragedi Memali?

Tragedi Berdarah Memali
( 19 Nov 1985 – 19 Nov 2008 )


Tanggal 19 Nov 1985, Kg. Memali, Mukim Siong, Baling, Negeri Kedah Darul Aman di bumi Malaysia menjadi saksi satu tragedi yang sangat dahsyat dalam sejarah tanah air. Lebih 3000 anggota keselamatan dihantar oleh Tan Seri Musa Hitam selaku Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri untuk menangkap Allahyarham Ibrahim Mahmud. Ketika itu, Musa Hitam menjadi Pemangku PM kerana Mahathir Muhammad dikatakan tidak ada di Malaysia kerana lawatan ke China. (Namunbegitu, Tun Musa Hitam pernah mendakwa bahawa Mahathir sebenarnya ada di Kuala Lumpur ketika tragedi ini berlaku).

Ustaz Ibrahim Mahmud a.k.a Ibrahim Libya

Monday 4 March 2013

Program Jelajah Berbasikal DUN N17 Semerah

Salam sejahtera kepada semua pembaca, pada 3 Mac 2013, saya diringi teman telah sukses menjelajah dengan berbasikal ke sekitar DUN Semerah bermula di Pasar Tani di Taman Semerah-Parit Simen-Simpang Lima-Peserai-Pasar Besar Batu Pahat-Simpang Lima-Batu Puteh-Sg Nibong-Semerah mengambil masa 4 jam meliputi perjalanan 50km termasuk beramah mesra dan mendekati masalah masyarakat.

Saya memulakan pagi itu dengan bersarapan dengan beberapa orang rakan di Gerai Roti Canai Abang Zakaria, sebelah Dewan Orang Ramai, Pekan Semerah. Roti canai 2 keping banjir ditambah dengan sambal membuka selera sarapan pagi tidak seperti hari-hari lain.

Jam 7.30pg tepat kami memulakan kayuhan 'Demi Rakyat Semerah' menuju Pengkalan Nelayan atau Jeti Parit Simen (jarak lebih kurang 6km dari Semerah). Tiba di jeti jam 7.45pg. Nelayan belum lagi pulang daripada tengah laut. Menurut Razman, seorang anak muda lepasan SPM yang kelihatan gigih menjadi pembantu kepada peraih ikan bagi nelayan-nelayan yang berpengkalan di Jeti Parit Simen ini bahawa nelayan biasanya keluar selepas solat Suboh iaitu diantara jam 6.00-6.30 pagi dan akan hanya pulang bersama hasil tangkapan diantara jam 10.00-11.00 pagi. Ketika itu, Razman sedang membuat persiapan membersihkan bakul dan bekas untuk menjual hasil tangkapan malam sebelum pagi itu. Jadi, tips untuk dapatkan ikan yang lagi segar kata Razman datang selepas jam 10 pagi.
Jeti Parit Simen, Semerah

Selepas berkenalan dan berbual dengan anak muda ini, saya dan teman-teman meninggalkan Razman meneruskan kerja beliau. Jam 7.55pg saya meneruskan kayuhan ke perkarangan Medan Selera Benteng, Peserai untuk menyertai acara senaman pagi dengan muzik bersama lebih kurang 15-20 orang kakak, abang dan makcik-makcik.

Tiba di perkarangan letak kereta / parkir Medan Selera Benteng kelihatan Abang Selamat dan teman-teman mereka telah mulakan program pagi itu seperti hari-hari minggu yang biasa. Aktiviti senamrobik ini adalah bertujuan sebagai riadah untuk mengeluarkan peluh mereka selain daripada mengeratkan ukhwah diantara satu sama lain. Saya turut menyertai mereka beberapa minit sebelum meneruskan perjalanan.
Aktiviti Senamrobik di Medan Selera Benteng, Peserai

Thursday 21 February 2013

Pengumuman Siapa Calon N17 Semerah

Salam sejahtera kepada semua pembaca yang budiman.


Sebagaimana yang semua tahu bahawa ketika artikel ini ditulis (22 Februari 2013 masa: 12.20pm) angin bukan sepoi-sepoi tapi bagaikan ribut mengatakan bahawa Parlimen Malaysia bakal dibubar dalam lingkungan beberapa jam sahaja lagi. Sebagai perkhabaran angin mengatakan bahawa Parlimen ini akan dibubarkan pada hari ini sejak beberapa hari lalu memang heboh. Apatahlagi terdapat beberapa orang sahabat dan isteri kepada seorang sahabat yang lain menyatakan bahawa mereka terpaksa kerja 'overtime' semalam gara-gara persiapan 'Press Conference' mengenai pembubaran institusi membuat dasar terbesar di Malaysia iaitu Parlimen.

Sebenarnya keputusan untuk mengadakan satu lagi Pilihanraya Umum iaitu yang ke-13 memang agak misteri sejak ia diperkenalkan oleh British semasa Tunku Abdul Rahman ditabal sebagai PM pertama lebih 50 tahun dulu. Akan tetapi manusia yang paling berpengaruh mengetahu akan tarikh keramat tersebut selain daripada PM dan isteri serta anak-anak mereka. 'Ahli Nujum' lah yang paling mempunyai pengaruh kuat samada menentukan tarikh tersebut atau tidak. Kalaulah PM paling lama di seantero Asia iaitu Tun M dikatakan amat kuat Nujum Siam-nya. Kawan dan lawan pula mengusik-usik nakal PM Bersama NR/RM mempunyai seorang 'guruji' asal India. Dan keunikan mengenai penentuan tarikh pilihanraya di Malaysia sangat berlainan dengan negara-negara lain. Sebagai contoh negara-negara yang menjunjung demokrasi secara tulin akan terus membuat pengumuman tentang tarikh pilihanraya selepas sahaja mereka memenangi pilihanraya sebelumnya. Tetapi tidak di Malaysia.

Sebagaimana juga digembar gemburkan oleh kepimpinan UMNO Bahagian Parit Sulong bahawa calon-calon yang akan bertanding pada PRU13 ini adalah seperti berikut:
1. Parlimen P149 Parit Sulong : Dato' Ahmad Zahari, Ketua UMNO Bahagian Parit Sulong (Penyandang ADUN Seri Medan)
2. DUN N17 Semerah            : Dato' Ariss Shamsudin (Penyandang ADUN Semerah)
3. DUN N18 Seri Medan       : Dato' Zulkarnain Kamisan (Ketua Pemuda UMNO Johor)

Manakala, pihak pelawan yang senantiasa mendapat sokongan kuat daripada rakyat tidak kira daripada pelbagai golongan pula sebagai sudah dipakati adalah seperti berikut:
1. Parlimen P149 Parit Sulong  : Ybhg. IR Tn Hj Khairudin, YDP PAS Kawasan Pt Sulong
2. DUN N17 Semerah            :  (calon belum diumumkan oleh PKR)
3. DUN N18 Seri Medan        :  Ybhg. Ustaz Rosdi, Setiausaha PAS Kaw. Pt Sulong

Justeru, persoalan mengenai siapakah calon BN di Parit Sulong sudah diketahui. Seperti juga calon daripada parti PAS yang akan bertanding juga sudah dikenalpasti selain menanti saat yang betul diumum sebagai calon secara formal. Akan tetapi kebingungan dipihak PR pula ia masih menjadi tanda tanya mengenai siapakah calon untuk kerusi DUN N17 yang akan mewakili PKR. Kalaulah pada PRU 12 dahulu parti ini diwakili Ketua Cabang-nya iaitu Sdr Hasmi Hashim yang juga dikenali sebagai 'Buddhi Hekayat' dalam dunia penulisan dan seni. PRU13 pula pihak PKR masih lagi merahsiakan tentang siapakah calon N17 Semerah ini. Menurut kehendak pengundi dan penduduk tempatan kehadiran Hasmi Hashim sebagai calon kali kedua di kerusi ini memang luar biasa. Pemenang Anugerah Juara Lagu menerusi lirik lagu AWAN NANO nyanyian Hafiz pada tahun 2012 ini telah pun menyatakan hasratnya untuk tidak bertanding dikerusi ini. Selain menulis lirik, novel, kolum di media 'mainstream', beliau juga aktif menjadi panel dalam banyak forum peringkat nasional dan antarabangsa. Selain itu, bekas pelajar SMK Semerah ini juga adalah seorang Sutradara drama dan filem. Justeru, beliau begitu optimis untuk memperjuangkan isu terkait dengan kebudayaan, belia dan seni sebagai agen pembuat dasar di peringkat pusat.
Hasmi Hashim (Buddhi Hekayat)

Sunday 10 February 2013

Ucapan Selamat Tahun Baru Cina 2013: Iktibar Semangat Ular Semerah


Salam sejahtera kepada semua pembaca blog yang budiman. Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina kepada semua teman-teman berbangsa Tiong Hua yang menambutnya. Kepada teman-teman bukan berbangsa Tiong Hua pula saya mengucapkan selamat bercuti. Semoga kalian pergi dan pulang dalam keadaan paling selamat. Semoga perjalanan anda semua dipelihara Allah SWT. 

Saudara/i yang budiman, saya merasakan sambutan Tahun Baru Cina 2013 ini agak menarik lantaran mengikut kalendar kaum Cina tahun ini adalah Tahun Ular


Dalam astrologi Cina, bintang haiwan yang ditentukan oleh tahun melambangkan bagaimana anda dipandang orang lain atau cara anda menonjolkan diri. Ramai yang salah sangka bahawa bintang haiwan hanya ditentukan melalui tahun, sebaliknya ada juga lambang haiwan yang ditentukan melalui bulan (haiwan dalaman) dan jam seharian (haiwan rahsia).




Justeru, mengikut bacaan astrologi Cina mendakwa sifat-sifat tahun ular adalah seperti berikut:

1. Yin / Yang : YIN
2. Unsur Tetap : API
3. Sifat Positif : Berfikiran panjang, mistik, bijaksana, lemah lembut, sensual, kreatif, cermat, pintar, bercita-cita, berbudi bahasa, tenteram, kuat, setia, tekad, berwaspada dan bertanggungjawab.
4. Sifat Negatif: Menyendiri, komunikasi teruk, cemburu, hedonis, ragu diri, sentiasa menaruh kesangsian terhadap orang lain dan pendusta.

Oleh sebab itu, saya berharap sempena tahun ular ini kita dapat mengambil iktibar daripada sifat-sifat ular terutama yang positif tadi dalam memastikan perjuangan rakyat mencapai kemenangan. 

Berfikiran Panjang
Saya berharap semua pejuang PR dapat menggunakan akal yang panjang untuk berhadapan dengan segala muslihat UMNO/ BN untuk memenangi piliharaya dengan cara jijik dan tidak adil. 


Bijaksana
Sifat ini perlu dalam segala pertimbangan kita terutama dalam berhadapan dengan rakyat yang mahu melihat pimpinan parti politik adalah dikalangan bijaksana tidak seperti mereka yang berada dalam UMNO/BN yang selalunya tidak mempunyai kewarasan terutama dalam berhujah. Lihat sahaja Y.B. Dato Bung Mokhtar Raden dalam kebanyakan 'tweet'nya di laman sosial 'TWEETER' tidak menggambarkan beliau seorang pimpinan Melayu yang bijak sana. Beliau sering melemparkan perkataan maki-hamun termasuk perkataan lucah. Dan ia langsung tidak memberangsangkan minda. Justeru, sebagai sebahagian daripada kalangan komponen Pakatan Rakyat saya berharap saudara/i mempuncai indera yang lebih baik dan berhujahlah dengan bijaksana.

Lemah Lembut & Sensual
Menurut astrologi Cina juga menyatakan bahawa ular sifatnya agak lemah lembut lantar pergerakannya yang lemah lembut tetapi pantas. Oleh itu, pergerakan kita untuk menuju kemenangan juga harus lembut dan pantas. Disamping itu sifat sensetif ular dalam kehidupan hariannya harus diambil sebagai tauladan sebagaimana Pakatan Rakyat yang sangat sensitif terhadap rakyat disekelian peringkat. Kepayahan dan kesusahan rakyat harus diambil tindakan serius dan segera. Isu kenaikan harga petrol, konsesi tol, konsesi air dan sebagainya menjadi perjuangan untuk memakmurkan rakyat Malaysia umumnya. Memahami kesusahan ini antara pengkhususan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang rata-rata lahir dari kalangan orang susah. Sebagaimana saya yang dibesarkan di Gerai Goreng Pisang, di gerbang masuk Taman Semerah amat mengenali kesusahan peniaga-peniaga kecil sebagaimana ibu saya ketika membesarkan saya. Sensitiviti ini mungkin tidak ada dikalangan pemimpin UMNO/BN dewasa ini yang kebanyakannya lahir di mahligai dan istana. Dan ia bersifat 'herediti' iaitu bersifat turun temurun. Lihat sahaja legasi Hussien Onn, legazi Tun Abd Razak dan terkini Legasi Mahathir dan ramai lagi legasi-legasi UMNO peringkat Bahagian.

Monday 4 February 2013

Pengumuman Penting



Salam sejahtera kepada sahabat semua, saya mengumuman bahawa saya telahpun meletakkan semua jawatan berkuatkuasa serta merta di syarikat seperti dibawah:


1. BIZMOM Corp. S.B. sebagai Pengarah Eksekutif/ Ketua Pegawai Pemasaran
2. Sports Galaxy S.B. sebagai Pengarah Eksekutif/ Pengurus Besar
3. Galaxy Niaga S.B. sebagai Pengarah 

Semoga dengan perletakan kesemua jawatan ini memberikan ruang lebih kepada saya untuk berkhidmat kepada Parti Keadilan Parit Sulong menjelang Pilihanraya Umum ke 13. Kepada teman-teman yang memerlukan khidmat saya boleh terus PM saya. Insyaallah sekiranya tiada masalah saya akan turun membantu.

Semoga Allah SWT memberkati pengobanan, iltizam dan usaha saya untuk memastikan kemenangan Pakatan Rakyat di semua peringkat Insyaallah.

Sekian, terima kasih.

Zaihan Zainal