Penting

Segala tulisan dalam blog ini hanya pandangan peribadi berdasarkan pendidikan, pengalaman, pembacaan dan pemerhatian penulis terhadap kehidupan seharian. Saya menggalakkan penyebaran informasi daripada blog ini. Namunbegitu, tindakan undang-undang akan diambil sekiranya segala informasi daripada blog ini digunakan untuk tujuan fitnah dan boleh memudharatkan orang lain. Selamat Membaca.

303 CHANNELS HANYA RM40 SEBULAN

Friday 21 November 2014

Lee Chong Wei Digantung? Part 2

(baca artikel 1)


Salam sejahtera, saya mengucapkan sejuta penghargaan buat saudara/i yang terus-terus menyokong blog ini. Pada posting yang lalu saya menulis mengenai Lee Chong Wei dengan segala kejayaan dan anugerah yang beliau perolehi. 


Kejayaan beliau memenangi lebih daripada 50 kejohanan dunia dan telah bermain di peringkat akhir (final) pertandingan dunia sebanyak lebih 80 kali dengan membawa 'Jalur Gemilang' bersama mengiringi sepanjang perjalanan itu mesti dihargai walaupun kini beliau berdepan dengan hukuman berat BWF (Badminton of World Federation) akibat kegagalan ujian doping. 

Keputusan ujian doping itu membuktikan bahawa Dato' Lee Chong Wei adalah positif menggunakan dadah terlarang mengikut aturan yang ditetapkan oleh IBF Medical Board.

Jadi, untuk memudahkan pembaca memahami masalah yang dihadapi oleh wira badminton negara ini eloklah kalau saya beri sedikit informasi berkenaan apa itu Doping?

Sunday 16 November 2014

Pengerusi Dan Ahli SPR Perlu Letak Jawatan - Prof. Mohammad Agus


Setelah hampir seminggu pilihan raya selesai, masih ada suara yang tidak puas hati. Saya tidak lihat sebabnya adalah keengganan rakyat untuk menerima keputusannya, tetapi ada sebab lain berkaitan hal ini.

Jika ditanya apa sebabnya, saya akan katakan ia bukan berkaitan dengan pengundi hantu dari Bangladesh, Nepal, India dan Pakistan kerana sukar untuk saya membuktikannya.

Saya juga tidak akan katakan soal berat sebelah media perdana kerana laporan media pembangkang dan alternatif lainnya pun sama. Saya juga tidak akan katakan kerana senarai nama pengundi yang bertindih kerana ramai yang sukar mempercayainya.

Tetapi saya akan katakan saya tidak puas hati kerana saya berasa tertipu dengan penggunaan dakwat kekal yang tidak kekal. Soalan saya ialah kenapa susahnya SPR menyediakan dakwat kekal? India, Indonesia, Bangladesh dan Pakistan yang gunakan dakwat ini tidak ada masalah pun untuk kekal selama tujuh hari. Dakwat kita belumpun sampai tujuh jam sudah tanggal dan ini boleh dirasai oleh semua pengundi.
Salam sejahtera, masih tidak terlambat buat saya mengucapkan salam Aidilfitri buat semua.

Beberapa minggu kebelakangan ini saya agak sibuk kerna kembali bertumpu kepada kerja-kerja hakiki saya demi menyuap 7 orang anugerah Allah SWT kepada saya untuk dijaga disamping 2 isteri kesayangan saya.

Alhamdulillah, syukur tidak terhingga kepada Nya yang memberikan tenaga luar biasa buat saya untuk mencari rezeki buat keluarga. Oleh sebab saya sudah bercuti hampir beberapa bulan semasa pra dan pasca pilihanraya untuk memberikan tumpuan di DUN N17 Semerah tempoh hari, maka banyak kerja saya diuruskan oleh pembantu saya di pejabat. Sudah tentu ada bahagian-bahagian tertentu yang tidak dapat diselesaikan oleh beliau. Sebab itu, meja di pejabat saya agak kelam kabut. Saya menguruskannya sejak bulan Ramadhan yang lalu sehingga lewat Syawal ini. Insya Allah saya jangkakan akan selesai dalam beberapa hari lagi.

Lee Chong Wei Digantung? Part 1

Salam sejahtera para pembaca budiman, sudah lama saya tidak menulis di laman blog ini. Bukanlah bererti yang saya langsung tidak menulis. Tetapi, penulisan saya ditumpukan pada penulisan ilmiah selama beberapa bulan denga fokus penerbitan buku. Lantaran dengan tugas dan kerja hakiki. Masa yang diperuntukan agak terbatas diantara menulis dan kerja harian. Jadi, ruang masa yang berlegar saya hanya peruntukan untuk menulis naskah ilmiah tersebut.


Namun apabila polimek 'DOPING' yang melanda pemain raket utama negara iaitu Dato Lee Chong Wei menyebabkan saya meronta-ronta untuk menukilkan pendapat saya mengenai isu tersebut.

Penulisan kali ini agak berbeza kerana tidak tahan rasa untuk jari jemari saya mengutarakan pandangan dan komen berkaitan dengan isu pemain badminton no 1 negara iaitu Dato' Lee Chong Wei yang sedang berhadapan dengan kesulitan ketika ini apabila menanti keputusan 'International Badminton Federation' atau Persekutuan Badminton Antara Bangsa (IBF) bakal mengenakan hukuman gantung kepada beliau.