Penting

Segala tulisan dalam blog ini hanya pandangan peribadi berdasarkan pendidikan, pengalaman, pembacaan dan pemerhatian penulis terhadap kehidupan seharian. Saya menggalakkan penyebaran informasi daripada blog ini. Namunbegitu, tindakan undang-undang akan diambil sekiranya segala informasi daripada blog ini digunakan untuk tujuan fitnah dan boleh memudharatkan orang lain. Selamat Membaca.

303 CHANNELS HANYA RM40 SEBULAN

Tuesday 14 February 2012

2. SIRI TULISAN DI MAJALAH ARENA BOLASEPAK: KECERGASAN FIZIKAL

Merupakan siri-siri tulisan saya dalam Majalah Arena Bolasepak dalam kolum ABS Cergas

Majalah Arena Bolasepak, keluaran 15 Februari 2009

KECERGASAN FIZIKAL
Salam sejahtera kepada semua pembaca ABS. Syabas dan tahniah kepada pembaca yang tidak jemu untuk memberikan sokongan kepada sukan bolasepak terutama bolasepak domestik. Sebagai pembuka kata, kecergasan menjadi buah mulut serta perbincangan segenap lapisan daripada perbuaan di kedai-kedai kopi oleh petani, nelayan, pesara dan sebagainya sehingga ke meja-meja di ‘coffee house’ di hotel-hotel sekitar kotaraya. Semuanya gara-gara komen Ketua Jurulatih bolasepak negara En. B. Sathianathan yang memberikan pendedahan ‘tak takut mati’ mengulas mengenai kekalahan pasukan kebangsaan kepada pasukan UAE 0-5 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur pada 21hb Januari yang lalu adalah di sebabkan kecergasan pemain negara yang diragui. Lantaran komennya “Liga M tiada kualiti” perlu dikaji. Namun begitu, sebagai pakar dalam bidang kecergasan saya lebih berminat untuk berbincang mengenai KECERGASAN FIZIKAL.

Para pembaca yang dimuliakan, keluaran lalu saya telah mendedahkan kepada semua mengenai ‘Apakah kecergasan serta definisi kecergasan dan gambaran kecergasan secara amnya’. Jadi, pada keluaran kali ini saya akan merungkai mengenai KECERGASAN FIZIKAL.

Kecergasan fizikal merupakan elemen yang sangat penting di dalam menyediakan seseorang atlit terutama pemain bolasepak untuk perlawanan. Selain itu, ia juga berkepentingan dalam mengurangkan risiko untuk mendapat kecederaan. Kajian juga banyak menunjukkan bahawa kebanyakan pemain mendapat kecederaan adalah disebabkan kondisi fizikal yang tidak efisyen. Dari segi prestasi permainan pula dapat dilihat dengan jelas sama ada seseorang pemain itu cergas atau sebaliknya apabila di minit-minit terakhir perlawanan.
Kecergasan pemain-pemain pasukan Manchester United dapat dibuktikan apabila pasukan tersebut sering menjaringkan gol di saat-saat akhir perlawanan. Dan contoh yang paling jelas adalah apabila pemain kebangsaan terkapai-kapai dan bergelumang dengan kecergasan di separuh masa kedua perlawanan menentang UAE tempoh hari. Dan natijahnya pasukan kebangsaan menghadiahkan 3 lagi gol pada separuh masa kedua kepada pasukan UAE.

Pembaca ABS yang budiman, terdapat 2 komponen penting di dalam kecergasan. Antaranya seperti di bawah:
Latihan kecergasan fizikal di gimnasium membantu pemain menjadi lebih cergas serta meningkatkan daya ketahanan.


KOMPONEN KECERGASAN FIZIKAL
1. Kecergasan berkaitan kesihatan (Helath Related Fitness)
Melibatkan beberapa komponen seperti kecergasan kardiovaskular, fleksibiliti, ketahanan otot, kekuatan dan komposisi badan.

2. Kecergasan berkaitan biomotor/ skil.(Biomotor Related Fitness)
Melibatkan komponen seperti keseimbangan, ketangkasan, kordinasi, kelajuan, kesedaran kinestetik, agiliti 

Setiap pemain yang mahu dirinya benar-benar cergas haruslah memastikan mereka mengusai kesemua komponen tersebut. Komponen Kecergasan Berkaitan Kesihatan adalah lebih kepada keperluan asas kepada kesihatan yang perlu ada pada setiap individu. Persoalannya bagaimana mahu memastikan anda menguasainya? Jawapannya adalah dengan latihan yang sistematik, bijaksana dan mempunyai pelan latihan yang menyeluruh. Setiap sesi latihan haruslah mempunyai objektif sebagai contoh hari Isnin objektif latihan adalah menguasai komponen fleksibiliti dan pengenalan kepada komponen ketahanan otot. Jadi dengan mengetahui objektifnya, jurulatih akan menyediakan latihan yang berkaitan komponen tersebut seperti untuk menguasai komponen fleksibiliti haruslah melakukan banyak senaman berkaitan regangan dan untuk menguasai komponen ketahanan otot haruslah melakukan aktiviti yang melibatkan fizikal seperti tekan tubi, senaman cangkung ‘squatting’ dan sebagainya.

SOAL JAWAB 
SOALAN 1
“Saya berumur 27 tahun dan pernah bermain bolasepak untuk pasukan Piala Presiden negeri pada beberapa tahun yang lalu. Kini saya hanya bermain untuk pasukan kelab yang bermain untuk liga dalaman negeri sahaja. Jadi, saya ingin tahu benarkah seperti menurut kebanyakan jurulatih yang saya temui mendakwa latihan bebanan di gymnasium boleh menyebabkan otot saya menjadi keras dan menyebabkan prestasi permainan saya akan merosot?” (Rahman Hassan Namat, BG FC)

JAWAPAN
Sebenarnya dakwaan latihan bebanan di gimnasium menyebabkan otot keras, seterusnya membantutkan seseorang pemain untuk mempamerkan skil seterusnya menjadi kurang lentur pada lenggok permainannya dan menyebabkan prestasi merosot adalah TIDAK BENAR. Dakwaaan tersebut adalah tidak benar dan hanya bersifat populis di kalangan jurulatih-jurulatih tanpa tauliah FAM. Hal tersebut terjadi kerana setiap jurulatih yang menghadiri kursus asas/awalan jurulatih atau kursus Lesen C akan didedahkan tentang skim latihan yang sistematik termasuk mengenai kepentingan latihan bebanan di gimnasium. 

Saya tidak bersetuju dengan pendapat tersebut kerana ramai pemain bolasepak masih lagi keliru tentang isu itu dan hasilnya mereka menjadi ragu-ragu untuk ke gimnasium. Natijahnya, mereka tidak cukup cergas kerana mengabaikan salah satu komponen penting dalam kecergasan iaitu ketahanan otot. Latihan di gimnasium akan membantu pemain menjadi lebih cergas dengan ketahan otot yang mereka miliki. Pemain yang melakukan senaman bebanan di gimnasium didapati lebih sukar mengalami kecederaan berbanding mereka yang tidak ke gimnasium.

Latihan di gimnasium bukan sahaja membantu pemain menjadi lebih cergas malah ia akan meningkatkan lagi keupayaan mental. Hal tersebut kerana pemain akan lebih yakin dengan diri mereka kerana telah membuat persediaan yang cukup dari sudut fizikal.

Oleh yang demikian saya menasihatkan saudara Rahman Hassan supaya melakukan latihan digimnasium dan usah ragu-ragu mengenai hal tersebut kerana ia boleh membantu saudara untuk menjadi lebih cergas.


SOALAN 2
“Saya ingin tahu bolehkah saya melakukan latihan bebanan di gimnasium pada 1 hari sebelum perlawanan atau pagi hari perlawanan? (Joe, SA United)

JAWAPAN
Latihan bebanan di gimnasium adalah sangat tidak sesuai dilakukan pada 1 hari menjelang hari perlawanan apatah lagi pada pagi hari perlawanan. Hal tersebut kerana setiap kali saudara Joe melakukan latihan bebanan beberapa perubahan pada struktur otot dan perubahan fisiologi akan berlaku. Otot terdiri daripada beribu serat (fiber) yang secara berkumpulan dipanggil ‘bundle of fiber’ yang akan terikat diantara satu dengan lain yang akhirnya menjadi otot.

Setiap latihan bebanan akan menjurus pada setiap otot sebagai contoh saudara Amirulhadi Zainal seperti dalam gambar melakukan senaman ‘Leg Extension’. Senaman tersebut adalah untuk menguatkan otot peha depan (Quadriceps). Sekiranya saudara Joe melakukan senaman tersebut haruslah bersesuaian dengan berat bebanannya. Serat otot (fiber) akan mengalami kekoyakan kerana bebanan yang tidak tertampung. Justeru, otot tersebut akan menghantar impuls ke otak yang ia memerlukan tambahan fiber dan akhirnya otak akan memberi maklumbalas supaya fiber ditambah ke otot tersebut. Dan akhirnya dalam masa 12-24 jam jumlah serat di otot akan bertambah dan otot akan menjadi lebih besar. Sebab itu, kebiasaannya pemain akan mengalami sedikit ketegangan pada otot tersebut pada keesokan hari selepas melakukan latihan di gimnasium.

Oleh yang demikian, adalah tidak digalakkan untuk melakukan latihan bebanan pada sehari sebelum perlawanan mahupun pada pagi hari perlawanan.


Zaihan Zainal

Merupakan bekas atlet, pernah mewakili negeri Johor dalam sukan bolasepak sejak berumur 12 tahun sehingga 18 tahun. Melanjutkan pelajaran dalam bidang Sains Sukan selepas memperolehi keputusan cemerlang dalam SPM di Sekolah Menengah Semerah. Di UiTM menamatkan Diploma Kesihatan dan Kecergasan dan Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan (Kep). Memulakan karier di Institut Sukan Negara dibawah seliaan seorang berbangsa Jerman iaitu Jorg Taichmen kemudian dalam industri kecergasan sebelum bersama Pasukan Bolasepak PKNS FC yang bermain di Liga Perdana Malaysia 1 musim sebagai Pakar Kecergasan dan Kecederaan dan musim berikutnya dipancing oleh pasukan Selangor (FAS) selaku Ketua Unit Rehabilitasi selama beberapa musim sebelum membuat keputusan untuk mengusahakan perniagaan sendiri dan aktif dalam politik. Kini, menjawat sebagai Naib Ketua Cabang (Bahagian) PKR Parit Sulong, Johor. 
Pernah mengharumkan nama Malaysia semasa pertandingan rekacipta peringkat dunia di International Trade Fair (IENA), Nuremberg, Jerman pada 5-6 November 2009 dengan memenangi tempat kedua (pingat perak) dengan produk ciptaan bersama Sdr Mohd Noorazam Abd Razak, Pensyarah Kanan, UiTM dan Prof Dr Anuar Suun, Majlis Sukan Negara. Produk dikenali sebagai 'FLEXi Ice Bag' berkaitan alat kemudahan kecederaan dalam sukan.





Monday 13 February 2012

Sekali lagi: Politik atau Seni?


OLEH 
13 Februari, 2012 | kategori Kolum | komen [0] | Cetak
“Semua penulis adalah politisi”. Itu memang betul apabila politik tidaklah diartikan hanya rujuk Parti Politik. Heboh dikatakan orang, di twitter, di pejabat, warong sampai ke tangga masjid, yang penulis lirik Awan Nano itu adalah politisi.
Apakah yang kita faham tentang “politik”. Saya pernah beri ceramah awam di Muzium Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang tentang hubungan politik-dengan-seni. Rata-rata mahasiswa yang datang, adalah pelajar dalam bidang seni. Di sana, tiga tahun lalu, saya katakan semua karya seni yang dipapar atau dibaca oleh lebih dari seorang, maka karya itu sudah ada unsur politik. Sekali lagi, bukan politik ke-parti-an.
Begitu tafsir itu saya ambil daripada makna politik yang paling murni dan asasi. Apabila satu orang bertemu dengan satu orang, maka bermulalah apa yang disebut sebagai politik. Politik takkan wujud kalau seseorang itu terpendam sahaja di dalam biliknya dan tidak bertemu sesiapa. Begitu juga dengan karya, sekiranya sesebuah lukisan itu, sebagai contoh, digantung sahaja di dalam studio seorang pelukis dengan tak pernah dipamerkan kepada sesiapa, maka tak wujud tafsiran atau permulaan politik. Ia seakan-akan tiada kaitan dengan manusia, kecuali pengkaryanya.
Dalam kata mudah, semua lagu yang dimainkan di radio punya unsur untuk ‘mempengaruhi’ khalayak. Pengaruhnya tidak semestinya tentang menyokong mana-mana kelompok politik, tetapi mungkin sahaja menyebar rasa yang manusiawi. Begitu jugalah dengan filem mahupun apa sahaja bentuk karya, sekiranya dinikmati lebih daripada sang karyanya, maka, ia adalah politik.
Kesian apabila mendengar cerita penulis lirik lagu Awan Nano adalah seorang politisi. Ada yang mula-mula suka, kemudian memaksa telinga untuk tidak suka. Manusia sebegini bukan sahaja datang daripada satu parti sahaja, tetapi daripada pelbagai parti sama ada oposisi mahupun parti pemerintah.
Agaknya ini masalah “kemodenan”. Moden juga bermaksud apabila manusia menyusun cabang dan bidang-bidang di dalam kehidupan mereka. Di era pra-moden, manusia tidak menyusun apa-apa, termasuk tempat tinggalnya. Mereka tinggal di dalam gua, atau di mana-mana sahaja yang difikirkan selamat.
Apabila pengalaman pun terkumpul, barangkali ada yang mati dibaham harimau atau terpijak gajah ketika tidur, manusia mula menyusun hidup dan keperluan hidup untuk tujuan keselamatan. Begitu juga dengan rumah yang pada awalnya dibuat secara berselerak, semakin hari semakin tersusun—walaupun kadang-kala susunan itu juga membosankan. Itu cerita lain. Pokok pangkalnya, manusia “menyusun”.
Lihatlah bagaimana ketika waktu-waktu awal manusia mencipta kereta. Mereka tak terfikir untuk menyediakan tempat letak kereta. Hanya ketika kereta semakin dan semakin banyak, maka sepertimana hari ini, manusia pun merancang tempat letak kereta.
Ayuh dipanjangkan pula kepada bidang ilmu pengetahuan. Manusia mulai menyusun dan memisah-misahkan antara satu bidang dengan bidang yang lain. Sebagai contoh, seorang doktor perubatan bukan seorang pelukis. Seorang peguam bukan seorang ahli agama. Seorang peniaga bukan seorang birokrat. Banyak lagi contoh-contohnya.
Bahkan di sekolah atau universiti, bidang seni dipisahkan daripada bidang sains, bidang teknikal dipisahkan daripada bidang sastera. Pemisahkan ini ada pro dan ada kontra. Ada baik dan ada buruknya.
Pada peringkat awal ilmu berkembang, terutama sebelum dan sewaktu era Renaissance di Eropah, dinding pemisah atau disebut sebagai “dikotomi” itu belum begitu ketara. Seorang ahli kaji bintang, masih boleh sahaja dianggap sebagai seorang sasterawan. Seorang doktor boleh menjadi ahli falsafah kemasyarakatan. Seorang aktivis boleh sahaja menjadi seorang penulis puisi atau lirik. Tradisi ini masih kuat termasuk di dalam sejarah tamadun Islam, terutamanya di Andalusia.
Begitu juga selalu saya sebutkan dan jadikan contoh bagaimana pejuang kemerdekaan  dan pendiri pelbagai bangsa dahulu juga dalah seorang penulis. Soekarno, Hatta dan Muhammad Natsir di Indonesia, bukan hanya seorang ahli politik, tetapi juga seorang penulis. Ada yang menjadi seorang ahli agama. Begitu juga Mahatma Ghandi di India sampailah kepada Thomas Jefferson sebagai bapa pendiri bangsa Amerika Syarikat, juga adalah seorang penulis yang sangat tekun. Baru sahaja di dalam kolum saya yang lalu, “Politik hati Nurani Havel”, saya menulis kenang-kenangan terhadap mantan Presiden Czech.
Havel bukan sahaja seorang presiden, tetapi dia juga seorang sasterawan, seorang pembikin teater bahkan penulis skrip filem. Bagaimanakah lagi hendak saya jelaskan, selepas bertahun-tahun, tentang apa artinya “politik” sebagai bidang asas kemasyarakat. Betapa gelapnya hari-hari kita apabila disebut sahaja sebagai “politik”, terus dirujuk kepada “parti politik”.
Lantas, untuk mengembalikan kejernihan akal fikir masyarakat, sejak saya menemukan apa yang disebut sebagai Pencerahan sebagai cara untuk keluar daripada kebingungan yang sudah melebar. Gunalah apa sahaja istilah, sama ada perubahantranformasi,pembaharuan mahupun reformasi; itu semua tidak akan memberi arti apa-apa andai tidak dilatari dengan pencerahan. Bagi yang belum jelas, “pencerahan” itu merujukan kepada “kecelekan akal”.
Politik kekuasaan boleh membodohkan manusia. Tak kira oleh siapa dan parti apa. Sentiasa ada tendency atau kecenderungan untuk membodohkan manusia. Politikus yang ketagih kekuasaan memang suka andai orang lain, apatah lagi seniman tidak tahu apa itu maknanya politik. Mereka rasa ‘selamat’, tak dicabar. Apabila manusia (baca: rakyat) itu bodoh, maka senang untuk ‘ditawan’. Masyarakat yang terkena penyakit pembodohan akan menjadi bukan sahaja takut dan semakin takut, tetapi juga tidak kreatif. Mereka jumud. Beku.
Jumud, beku adalah permulaan kepada kemunduran tamadun. Memang ada politik yang bisa mengangkat atau menganjak tamadun, namun, ada juga mainan politik kekuasaan yang menarik kebelakang sesuatu tamadun itu. Contoh begini: begitu kasar, biadap dan kotornya mainan politik untuk merebut kekuasaan, maka semakin rosaklah tamadun. Kita boleh temukan gaya tulisan, bahkan lukisan yang bukan sahaja cenderung mencerca, bahkan memfitnah manusia terang-terangan. Lawak jenaka atau dengan alasan seni, maka apa sahaja hinaan seakan-akan terizinkan.
Keadaan ini, pada saya, semakin dan semakin merebak, terutama sejak hampir 15 tahun lalu. Apakah mainan politik sebegini mampu menjadikan kebenaran timbul? Bagi saya tidak. Apakah juga budaya dan tamadun bangsa kita akan berkembang segar dengan cara yang barbarik dan bebalis? Juga tidak dan tidak.
Terpulanglah sama ada untuk mengancurkan bangsa ini secara pelan-pelan, mahupun  mahu membinanya agar setiap nyawa itu bahagia. Sama ada saya dipanggil dengan gelar “ahli politik” atau “seniman”, saya tak punya pilihan kecuali dengan sedar memilih yang kedua.

Hasmi bin Hashim, 35—seorang aktivis politik, aktif memain peranan sebagai intelektual awam dengan kritikan sosial, politik-kekuasaan dan kebudayaan. Di dalam arena penulisan lirik lagu, beliau antara lain memakai nama pena Buddhi Hekayat.

Sunday 12 February 2012

Safee diganding dengan Ramli Manchester United



Keriangan seorang anak dengan kata-kata "Ayah..ayah ..Ramli score 2 gol hari ni..."... Disambut dengan reaksi ayahnya..."Hey..anak jiran sebelah tu score 9A tau??!!" Korang ingat lagi tak iklan TM pemain Malaysia pertama dapat wakil team Manchester United (MUFC)? Ya. Ramli namanya atau nama sebenarnya adalah Zainal FitriRamli adalah karekter yang agak popular seiring dengan kebangkitan Harimau Malayasejak tahun lepas, 2011. Insyaallah, minggu depan Ramli Manchester United menjadi gandingan terbaru Safee Sali.

Info pasal gandingan Ramli dan Safee Sali diperolehi dan telah disahkan oleh Pengurus Safee Sali, Zakaria Abd. Rahim atau lebih dikenali sebagai Zack Rahim. Insyaallah entri berkenaan Zack Rahim akan menyusul suatu hari nanti kat blog Pesta Irama Jiwa ni. Rajin-rajin la singgah kalau nak kenal dengan Zack Rahim. Dipercayai gandingan Ramli dan Safee Sali bakal menjadikan mereka gandingan paling mantap di Asia. Bayangkan Ramli pernah main untuk Manchester United, bukan setakat main tapi siap score gol kemenangan sedangkan Fernando Torres dah hampir setahun tak dapat score untuk Chelsea FCSafee Salipulak striker, kapten dan pemain import Pelita Jaya FC yang digeruni, penjaring gol dan paling popular diIndonesia. Memang padu gandingan diorang.

Tapi gandingan Ramli dan Safee Sali hanya akan berlaku dalam iklan 100Plus bukan dalam mana-mana perlawanan Pelita Jaya FC atau skuad Harimau Malaya. Inilah salah satu usaha Zack Rahim dalam memastikan karier Safee Sali berjaya dan memartabatkan bolasepak tanahair. Orang macam Zack Rahim lah yang diperlukan dalam industri bolasepak tanahair sejak dulu lagi. Bukan mereka-mereka yang hanya mengejar kemewahan, keuntungan dan populariti demi memenuhi nafsu peribadi contohnya bookie dan penerima rasuah!!! Takpe, InsyaAllah aku akan buat satu entri pasal Zack Rahim dengan usaha beliau pulak lepas ni. Aku harap Zack Rahim baca entri aku dan dapat tolong bagi input skit. Sementara tu kalau korang baca entri ni hari ni dan korang rindu nak tengok aksi Safee Sali jangan lupa ada live streaming game Pelita Jaya FC lawan Persib Bandung kat www.mivo.tv jam 7:00 malam ni. Malam ni pulak jam 11:15 malam gameHarimau Muda lawan Bahrain untuk perlawanan timbal balik Kelayakan Olimpik. Game kat Manama, Bahrain. Boleh tengok kat RTM1 atau Astro Arena. P/s: Korang rasa Safee Sali nak simpan emas fizikal tak? Bukan apa...emas kan penyimpan nilai pendapatan terbaik. Kalau la Safee Sali nak beli emas dari aku, kecik tapak tangan, padang bola ku tadahkan..."Safee, kalau nak simpan emas atau perak fizikal, beli la dari aku ye...? Hehehe...


1. SIRI TULISAN DI MAJALAH ARENA BOLASEPAK: PENGENALAN KECERGASAN

Merupakan siri-siri tulisan saya dalam Majalah Arena Bolasepak dalam kolum ABS Cergas (1)





Majalah Arena Bolasepak, keluaran 15 Januari 2009

Salam sejahtera kepada semua pembaca majalah bolasepak nombor 1 di Malaysia iaitu Arena Bolasepak (ABS). Baru-baru ini saya telah berbincang dengan editor ABS iaitu Saudara Ritchee Rachman yang mahu saya kembali menulis artikel didalam ABS mulai keluaran ini. Kali ini saya akan menulis berkenaan dengan KESIHATAN DAN KECERGASAN dalam bolasepak. Sebelum ini saya juga pernah menulis dikolum klinik terapi untuk keluaran pada tahun sebelum ini.
Untuk perhatian pembaca saya adalah seorang Pakar Kesihatan dan Kecergasan di beberapa pusat kecergasan dan badan sukan tertentu sebagai penasihat dan jururunding kecergasan. Pernah berkhidmat di Unit Terapi Kecergasan, Institut Sukan Negara dibawah seliaan Mr Jorg Taichmen seorang pakar terapi kecergasan daripada Jerman yang telah banyak menunjuk ajar saya dalam berhadapan dengan atlit peringkat dunia.

Selepas itu, saya telah mendapat tawaran bekerja di sektor swasta dalam bidang berkaitan seperti di Celebrity Fitness sebelum mendapat tawaran yang lebih baik di Fitness First. Di sana saya telah menjadi pakar rujuk untuk kes-kes ahli yang menghadapi kecederaan atau untuk mendapatkan khidmat nasihat dan program rehabilitasi selepas kecederaan.
Sedang saya meniti hirarki posisi di Fitness First, tawaran menjadi Jurulatih Kecergasan merangkap Terapi Sukan untuk pasukan Bolasepak PKNS FC tidak saya lepaskan walaupun dalam masa yang sama mendapat tawaran biasiswa daripada universiti tempatan untuk program pensyarah muda di sebuah universiti di Australia. Sebenarnya memang menjadi idaman saya sejak dahulu lagi untuk bekerja secara langsung dalam industri sukan prestasi tinggi secara professional terutama sukan bolasepak yang sangat saya suka.

Pengalaman bermain bolasepak sehinggat ke peringkat kebangsaan sewaktu zaman persekolahan dahulu sedikit sebanyak membuatkan saya sangat menghargai kerjaya saya ketika itu. Lantaran selepas 1 musim di PKNS FC saya telah berhijrah ke Pasukan Liga Super Selangor sebagai Ketua di Unit Rehabilitasi Sukan. Begitulah serba sedikit latarbelakang saya sebelum saya meneruskan perbincangan kita mengenai kecergasan.


Persoalan utama adalah APAKAH KECERGASAN?


DEFINISI KECERGASAN

Menurut Organisasi Kesihatan Dunia atau ‘World Health Organization’ (WHO) kecergasan adalah ‘kebolehan melakukan sebarang kerja tanpa rasa penat, serta mempunyai cukup tenaga untuk berekreasi dan mempunyai lebihan tenaga untuk melalui peristiwa kecemasan’.
Atau dalam ertikata lain, KECERGASAN juga boleh ditakrifkan sebagai kebolehan seseorang individu melakukan sebarang perkara melibatkan fizikal atau mental tanpa rasa penat. Sebagai tambahan juga WHO mentafsir kecergasan harus ada elemen aktiviti fizikal melalui senaman atau aktiviti rekreasi. Selain itu, seseorang yang benar-benar cergas harus ada keupayaan untuk berdepan dengan keadaan cemas seperti apabila Amir berhadapan dengan anjing yang sedang marah lalu mengejarnya dan Amir berjaya melepaskan diri daripada anjing tersebut setelah melompat satu batang longkang yang besar tanpa menyedarinya. Contoh ini boleh membuktikan bahawa Amir adalah seorang yang cergas.

Selain itu, saya juga boleh memberi contoh lain menurut takrifan WHO itu bahawa Presiden George W. Bush juga cergas apabila dapat mengelak 2 balingan tepat sepasang kasut oleh seorang wartawan Iraq yang sangat marah kepadanya kerana telah merosakkan Negara bertuahnya. Jika presiden Amerika itu seorang yang cergas sudah pasti beliau menguruskan masa senamannya dengan berkesan walaupun berhadapan dengan jadual yang padat.

Dalam bolasepak pula, contoh terbaik ialah apabila situasi di jatuhkan pihak lawan ketika melompat tinggi untuk menanduk bola. Pada kebiasaannya pemain akan jatuh kebawah dan yang membezakan pemain cergas atau tidak ialah pemain yang tidak cergas sepenuhnya akan jatuh dengan kecederaan yang maksimum manakala pemain yang cergas akan lebih selamat. Ini kerana elemen yang ada dalam kecergasan membantunya untuk bertindak balas melalui titik keseimbangan yang lebih optimum secara optimum.

Justeru, persoalannya ADAKAH ANDA CERGAS?

Bagaimanakah anda tahu tentang kecergasan anda? Atau bagaimana saya ingin tahap kecergasan saya dipertingkatkan? Dan pelbagai lagi persoalan yang timbul berkenaan itu. Lantaran itu, sepanjang musim 24 keluaran seterusnya akan saya rungkaikan satu persatu daripada elemen kecergasan sehingga bagaimana cara senaman yang betul dan proses membuat program kecergasan. Jadi saya harap saudara pembaca sekelian dapat bersama dengan saya sepanjang tempoh tersebut.
Antara topik-topik yang menarik yang akan saya huraikan setiap keluaran mulai keluaran akan datang adalah seperti
- kecergasan fizikal
- kecergasan mental
- komponen-komponen kecergasan
- kecergasan berkaitan kesihatan
- kecergasan berkaitan biomotor (skil @kemahiran)
- kesihatan dan kecergasan
- cara yang efektif untuk memanaskan badan
- regangan dalam sukan dan bolasepak
- latihan kecergasan secara am
- rancangan latihan kecergasan
- latihan kecergasan di padang bolasepak
- latihan kecergasan di kolam renang
- latihan kecergasan di dalam gymnasium
- latihan kecergasan di luar (tasik @ taman-taman rekreasi)
- latihan kecergasan di pasir pantai
- latihan kecergasan sebelum pembedahan
- latihan kecergasan selepas pembedahan tahap 1
- latihan kecergasan selepas pembedahan tahap 2
- latihan kecergasan selepas pembedahan tahap 3
- latihan kecergasan untuk kekuatan bahagian bawah (pinggang ke bawah cnth kaki)
- latihan kecergasan untuk kekuatan bahagian atas (pinggang ke atas cnth perut, pinggang
dan tangan)
- tips ingin menjadi pemain yang cergas dan kuat

Selain itu, melalui Kolum ABS CERGAS juga memberi peluang kepada semua pembaca, untuk bersoal jawab dengan saya mengenai masalah atau apa sahaja persoalan mengenai kesihatan dan kecergasan. Sebarang pertanyaan boleh di email terus kepada saya di abscergas@yahoo.com

Monday 6 February 2012

Sertai Kempen RM10 Setiap Solat Jumaat


Jumlah kutipan derma solat jumaat di sebuah masjid sekitar KL adalah antara RM3500-RM5500 setiap solat jumaat...kehadiran muslim yg bersolat Jumaat dianggarkan 3000-8000 setiap hari Jumaat bergantung kepada lokasi masjid...jadi, setiap penganut solat jumaat hanya menyumbang 50-80 sen jika diambil kira dari jumlah kutipan...BAGAIMANA MAHU BICARA SOAL PERJUANGAN ISLAM,KEBANGKITAN,JIHAD,MEMBELA ISLAM DSB seperti yg sering diwar-warkan sekiranya umat islam janya mampu menyumbang RM0.50 setiap minggu bersamaa RM2.00 sebulan...sedang di rumah ibadat penganut agama lain yg mengumpulkan bawah 200 orang penganut setiap minggu mampu mengutip lebih RM100K sebulan....ALASAN BIASA penganut solat jumaat adalah sedekah itu ikhlas...jadi kira 50 sen lebih berkat dari RM1.00 yg tidak ikhlas.....bagaimana mahu ikhlas kalau hati nurani tiada kesedaran akan keperluan umat.....



Justeru, KEMPEN RM10.00 SETIAP JUMAAT OLEH SETIAP MUSLIM dilancarkan. Sekiranya setiap muslim faham akan keperluan kewangan oleh pentadbir masjid, sudah tentu RM1000 pon tiada masalah. Manakala dengan RM10.00 setiap minggu maka RM40.00 setiap bulan untuk setiap seorang muslim belanjakan kepada agama. Dan persoalannya RM10 BOLEH BUAT ANDA MISKIN?ATAU RUGI? Sekiranya semua umat Islam faham akan keperluan ini barulah boleh cerita soal KEMENANGAN ISLAM.

Kempen ini bukan nak menilai keikhlasan sangat. Akan tetapi, ia lebih daripada itu dengan melihat keadaan semasa mesjid-mesjid perlukan banyak dana utk kepentingan ummah seperti melaksanakan pelbagai program. Justeru, saya memohon agar pembaca-pembaca meletak ketepi seketika soal ikhlas. Hal ini kerana saya percaya bab keikhlasan itu diantara manusia dengan Allah. Sebaliknya kempen ini lebih penting daripada persoalan keikhlasan individu iaitu kempen ini menjurus tentang survival umat Islam.

Di zaman serba moden ini masakan umat islam maseh mengharapkan setiap program mesjid dibiayai oleh individu tertentu seperti politikus yg akhirnya menjadikan institusi mesjid tempat raih sokongan dan undi? Hal ini disebabkan dana yg mesjid ada tidakmencukupi. Justeru, pihak mesjid terpaksa melakukan dan memohon kepada sesiapa saja yang berpotensi memberikan sumbangan. Dan dalam soal ini, politikuslah yg paling mudah untuk mendapatkan keperluan tersebut. Natijahnya, apabila sebut mengenai politikus sudah tentu apa sahaja yg dilakukan pasti mahukan publisiti dan sumbangan kepada kerjaya politiknya dan akhirnya mesjid terpaksa menjadikan program mereka ikut telunjuk politik dan kepentingan individu tertentu.


Jadi adalah diharap dengan kempen sumbangan RM10 setiap muslim setiap solat jumaat akan dpt memakmurkan mesjid dan ummah. Cuba pembaca bayangkan kalau sebuah mesjid dikunjungi 3000 orang pada satu-satu solat Jumaat dan setiap orang menghulurkan RM10. Maka, pendapatan hari itu sahaja mencecah RM30,000. Jadi, kalau sebulan maksudnya sudah boleh mendapat RM120,000. Oleh itu, berbekalkan pendapatan mesjid sebanyak RM120,000 sudah tentu pihak mesjid tidak lagi perlu menagih politikus dan individu berkepentingan untuk memberikan sumbangan dsb. Sebaliknya pelbagai program mengimarahkan mesjid bole dilaksanakan serta boleh menjadi sumber untuk sumbangan dan keperluan masyarakat setempat. Ibu tunggal,anak yatim,fakir miskin dan lain-lain tidak perlu lagi untuk berhadapan dengan kerenah birokrasi Pusat Zakat serta jabatan agama islam dll. Dan yang paling penting mereka tidak lagi perlu untuk menyertai program-program kemasyarakatan yang sering dilakukan oleh institusi2 agama lain di Malaysia.

Misalnya dalam kes isu gereja di Kota Damansara yg menjadi polimek tahun lepas; apakah kita hanya mengambil jalan mudah dengan menyalahkan mubaligh atau pastor2 kritian yg mengadakan program makan malam serta sumbangan kebajikan kpd seluruh masyarakat sekeliling termasuk beberapa keluarga muslim yg daif dan memerlukan?

Apakah kita tidak lihat betapa lekanya institusi berkaitan seperti MAIS,Pusat Zakat dll yang sepatutnya menjadi pelindung kepada golongan fakir ini misalnya Pusat Zakat mungkin sahaja tidak memainkan peranan seoptimum mungkin yg menyebabkan golongan susah ini menghadiri progam di gereja. Akibat kerenah birokrasi diperingkat pengagihan zakat juga mungkin menjadi punca. Manakala, sekiranya zakat diluluskan pula, si penerima terpaksa menunggu Sultan dan kenamaan lain untuk diadakan program penyerahan zakat yang akan diberitahu kelak akan bila tarikhnya. Sedangkan dalam masa yg sama dapur sudah 4 hari tidak berasap.


Justeru, saya menjemput teman-teman untuk sertai grop kempen ini di Facebook dan mohon 'add' rakan-rakan FB anda juga di http://www.facebook.com/group.php?gid=126043147434110&v=wall

Semoga usaha ini dapat membantu perjuangan dan kelangsungan umat islam. Bukan sekadar berHIMPUN dan sorak sertai naik banner 'Pertahankan Aqidah' dan sebagainya. Tapi RM10 seminggu ini akan membawah umah lebih tinggi daripada itu.

Sekian.

Zaihan Zainal

Merupakan bekas atlet, pernah mewakili negeri Johor dalam sukan bolasepak sejak berumur 12 tahun sehingga 18 tahun. Melanjutkan pelajaran dalam bidang Sains Sukan selepas memperolehi keputusan cemerlang dalam SPM di Sekolah Menengah Semerah. Di UiTM menamatkan Diploma Kesihatan dan Kecergasan dan Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan (Kep). Memulakan karier di Institut Sukan Negara dibawah seliaan seorang berbangsa Jerman iaitu Jorg Taichmen kemudian dalam industri kecergasan sebelum bersama Pasukan Bolasepak PKNS FC yang bermain di Liga Perdana Malaysia 1 musim sebagai Pakar Kecergasan dan Kecederaan dan musim berikutnya dipancing oleh pasukan Selangor (FAS) selaku Ketua Unit Rehabilitasi selama beberapa musim sebelum membuat keputusan untuk mengusahakan perniagaan sendiri dan aktif dalam politik. Kini, menjawat sebagai Naib Ketua Cabang (Bahagian) PKR Parit Sulong, Johor. 
Pernah mengharumkan nama Malaysia semasa pertandingan rekacipta peringkat dunia di International Trade Fair (IENA), Nuremberg, Jerman pada 5-6 November 2009 dengan memenangi tempat kedua (pingat perak) dengan produk ciptaan bersama Sdr Mohd Noorazam Abd Razak, Pensyarah Kanan, UiTM dan Prof Dr Anuar Suun, Majlis Sukan Negara. Produk dikenali sebagai 'FLEXi Ice Bag' berkaitan alat kemudahan kecederaan dalam sukan.

Sunday 5 February 2012

Anak Muda Pasca Konvensyen- part 2: Tawaran PRU untuk Anak Muda

Salam sejahtera kepada sekalian pembaca. Selamat menyambut Tahun Baru Cina (sekiranya tidak terlewat) dan Selamat menyambut Ulang Tahun Kelahiran Nabi Muhammad SAW atau Maulidurasul. 

Konvensyen PR yang diadakan di Kedah tempohari sudah hampir 20 hari tamat. Konvensyen tersebut dihadiri hampir 8000 orang perwakilan daripada ahli dan anggota parti-parti komponen pada 14 Januari 2012 yang lalu memberikan semangat dan kekuatan membarang dikalangan perwakilan yang menghadiri sidang sehari suntuk itu. Pelbagai isu dikupas. Ia tiada had seperti sesetengah parti berasaskan bangsa yang sering melaung-laungkan lagu-lagu hidup bangsa parti yang didokong sambil dikalangan perwakilan berkokok bangsa lain sebagai 'pariah' atau bangsat sepanjang perhimpunan.

Sepanjang perjalanan konvensyen, pelbagai golongan berucap dengan pelbagai hujah. Selain wakil politik PR, golongan pelajar, pesara kerajaan, wakil FELDA dan sebagainya turut tampil menyampaikan usul mereka. Selain isu biasa mengenai kebejatan dan kebobrokan kepimpinan kerajaan BN di pelbagai peringkat, para perwakilan juga dihidangkan dengan kejayaan-kejayaan pimpinan kerajaan PR di Selangor, Kedah, Penang dan Kelantan.

Namun, sehingga ke saat-saat akhir konvensyen saya tertunggu-tunggu apakah yang akan diperoleh anak muda daripada konvensyen tersebut. Kekecewaan ini menyelubungan perjalanan pulang saya ke ibukota malam itu. Tidak banyak benda baru yang ada dalam tawaran konvensyen tersebut untuk anak muda selain merujuk semula  pelan komprehensif 'BUKU JINGGA'. Walaupun pelan tersebut sanggat tangkas dan realistik, namun 'ekspektasi' saya mungkin terlalu menggunung sehingga masih mahukan sesuatu yang lebih untuk ditawarkan sebagai 'menefesto PR' pada pilihanraya nanti untuk dihidangkan kepada anak muda. 

Kenapa anak muda?

Selain saya yang masih lingkungan anak muda (awal 30-an), peratus pengundi terbesar dalam PRU 13 nanti juga merupakan anak-anak muda. Jadi, tips utama kemenangan parti-parti bertanding adalah bergantung kepada pemahaman mereka terhadap generasi ini. Parti yang dilihat membuat tawaran yang mampu mempersona golongan ini dijangka memberikan peluang raih undi tinggi daripada mereka. Seterusnya berbekalkan undi sedia ada daripada pendokong tegar masing-masing memungkinkan parti itu ke persada Presin 1 Putrajaya.

Menurut The Malaysian Insider sebuah laman berita dalam talian pada 28 JUN 2009 "Ekoran daripada statistik daripada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang menunjukkan lebih empat juta orang pengundi layak untuk mengundi tetapi masih belum terdaftar sebagai pengundi, telah menyebabkan berlakunya perlumbaan diantara parti-parti politik di Malaysia untuk mendaftarkan pengundi baru.
Daripada jumlah tersebut, jika dipecahkan mengikut negeri Selangor mempunyai jumlah yang paling tinggi iaitu seramai 787,000 orang. Diikuti oleh Johor - 605,000, Perak - 526,000 dan Sarawak - 473,000.
Dikatakan majoriti yang tidak mendaftar sebagai pengundi ini adalah golongan muda yang baru mencecah 21 tahun. Di Malaysia, umur layak mengundi bermula dari 21 tahun. Pilihanraya umum akan datang akan diadakan selewat-lewatnya sehingga tempoh pemerintahan sekarang tamat pada 2013.
Daripada populasi penduduk yang hampir 27 orang juta, terdapat 11 juta pengundi yang telah berdaftar. Ertinya, jika lebih empat juta yang belum berdaftar berjaya didaftarkan, Malaysia akan mempunyai lebih kurang 15 juta orang pengundi."http://www.themalaysianinsider.com/opinion/article/perlumbaan-mendaftarkan-pengundi-baru
Justeru, memahami akan keperluan, kehendak dan beban tanggungan anak muda lingkuangan ini adalah sangat kritikal dalam memastikan undi mereka memihak kepada Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional!!

Kegagalan Kerajaan UMNO/BN memahami keperluan Anak Muda
Kegagalan kerajaan Barisan Nasional dalam memahami golongan muda adalah antara punca utama mereka mula menyokong wadah-wadah politik selain UMNO/BN. Antara punca kegagalan itu pula adalah berasaskan laporan-laporan yang diterima daripada pelbagai organisasi berkaitan belia samada agensi kerajaan seperti Jabatan Belia dan Sukan mahupun persatuan-persatuan belia yang rata-rata dipengerusikan atau dipresidenkan oleh 'belia-belia tua' yang kebanyakannya sudah menjadi bapa atau datuk kepada belia. Sebagai contoh persatuan belia yang paling ramai ahli seperti Pertubuhan Belia 4B dipimpin oleh YAB Datuk Seri Muhammad Ali Rustam yang merupakan juga Ketua Menteri Melaka. Dan kepimpinannya bukan sekadar setahun dua, malah hampir lebih sedekat. Sebab itu, sepanjang umur saya sebagai belia peringkat awal (umur 20-30 tahun) saya lihat program-program yang ditawarkan tidak menepati citarasa saya dan teman-teman ketika itu. Apatah lagi belia pada umur yang sama ketika ini yang mempunyai minat lebih mencabar dan berunsur teknologi. 

Justeru, apakah Pakatan Rakyat juga akan mengulangi kesilapan berulang UMNO/BN nanti? Apakah PR bersedia untuk benar-benar memahami akan segala keperluan dan tanggungan beban yang dipikul anak-anak muda zaman ini? 

Walaupun sehingga ke saat terakhir Konvensyen Pakatan Rakyat ke 3 di Kedah tempohari tidak menyatakan draf yang lebih terperinci berkaitan anak-anak muda, saya sangat berharap agar kepimpinan di peringkat perencana disetiap parti telahpun bersedia dengan tawaran menefesto menjurus kepada keperluan golongan pengundi baru ini. Berdasarkan daripada keadaan semasa, kadar penganguran yang semakin meningkat, pertambahan pekerja sektor binaan dan perindustrian dikalangan pendatang asing yang tidak terkawal, kadar inflasi yang senantiasa meningkat, tekanan hidup tidak selaras dengan pendapatan perkapita terutama dikalangan orang Melayu dan sebagainya menyebabkan golongan muda berada didalam keadaan dilemma dan ketakutan untuk hidup.

Peluang Pekerjaan dan Gaji 
PR harus menyediakan pelan terancang melalui Manefesto PRU 13 nanti untuk menangani masalah asas ini. PR juga perlu memberi keyakinan kepada rakyat khususnya golongan muda tentang apakah mekanisme yang akan digunakan oleh PR setelah mendapat mandat memerintah sebagai persiapan berdepan krisis ini. Peluang pekerjaan dan gaji yang masuk akal dizaman ini adalah suatu harapan yang mahu dilihat olih golongan pengundi baru. Tidak kira samada lepasan SPM atau masih bergelar mahasiswa atau dikalangan mereka yang telah menamatkan jurusan masing-masing yang pelbagai. Sebagai contoh sejurus menamatkan Ijazah pertama pada tahun 2003, saya telah diterima bekerja di sebuah kelab golf terkemuka di negeri Johor sebagai Ketua Kordinator Sukan dan Rekreasi dengan gaji RM900. Dan setelah bertahun lamanya pekerja sektor awam mahupun swasta masih memperoleh gaji permulaan diantara RM800-1200. Malah zaman ini ada lagi golongan pekerja yang memperoleh gaji RM600 sebulan. Justeru, golongan pengundi baru ini mahukan suatu kepastian daripada PR mahupun BN sebelum membuat undi.

Keperluan Anak Muda
Pada tahun 2002 saya pernah menyediakan kertas kajian mengenai belia dan keperluannya untuk salah satu subjek matapelajaran dalam silibus ijazah pertama saya. Hasil dapatan daripada kajian tersebut bolehlah dirumuskan bahawa ada 3 teras aktiviti utama yang menjadi kegemaran dikalangan belia di peringkat nasional diantara 15-35 tahun iaitu sukan bolasepak / futsal, sukan permotoran dan hiburan seperti konsert atau instrumen muzik dan menari. Dan ia menjadi lebih unik apabila aktiviti-aktiviti tersebut hanya disertai oleh anak-anak muda ini tidak bertindan diantara setiap aktiviti. Secara majoritinya setiap belia yang minat pada bolasepak/ futsal tidak pula akan menyertai sukan permotoran atau muzik. 

1. Sukan Bolasepak/ Futsal

PR harus menyedari bahawa sukan bolasepak adalah menjadi sukan kegemaran majoriti masyarakat Malaysia. Samada seseorang itu pandai bermain bolasepak atau tidak, sukan ini mendapat tempat teratas dikalangan masyarakat pelbagai golongan. Kebiasaannya padang tempat orang ramai bermain bolasepak adalah di padang-padang sekolah, padang-padang majlis daerah atau perbandaran dan sebagainya yang boleh dimain secara percuma. Namunbegitu, muktahir ini keluasan padang-padang tersebut mulai berkurang apabila lot tersebut telah dinaikkan bangunan terutama di sekolah. Malah ada diantara sekolah yang membangunkan bangunan-bangunan baru di tapak padang sehingga keluasannya semakin berkurang. Dan ada juga dilaporkan sekolah yang langsung tidak ada lagi padang. Justeru, bagaimana untuk melahirkan generasi yang cerdas minda kalau fizikalnya tidak cergas. Seperti menurut Albert Bandura dalam teori 'mind body problem' yang sangat popular bahawa badan yang cergas akan menjadikan seseorang lebih cerdas dan sihat dalam cara berfikir.

Lantaran daripada masalah kekurangan padang untuk bermain bolasepak, masalah kesuntukan masa bersenggang akibat daripada jadual kerja juga menjadi diantara penghalang kepada peminat untuk bermain bolasepak. Justeru, kemunculan padang-padang yang mempunyai lampu limpah atau 'spot light' membolehkan masyarakat yang meminati sukan ini terus bermain bolasepak disebelah malam walaupun menelan kos diantara RM400-800 setiap malam. Kebiasaannya, mereka mengadakan perlawanan persahabatan dengan setiap pasukan menampung sebahagian perbelanjaan dan mereka berkongsi diantara satu dengan yang lain untuk memastikan kelangsungan hobi mereka ini.

Selain itu, bagi menampung keperluan ini pasaran sukan tempatan juga berkembang pesat apabila pembukaan demi pembukaan pusat permainan futsal bagai cendawan tumbuh. Futsal pula merupakan pecahan daripada permainan bolasepak dan diiktiraf cara permainannya oleh FIFA iaitu badan tertinggi sukan bolasepak peringkat dunia. Futsal berasal daripada bahasa portugis iaitu bahasa rasmi rakyat di Brasil. Mereka menggelar futsal daripada gabungan 2 perkataan iaitu futbol(bolasepak) + salon(dewan tertutup). Kebanyakan pusat-pusat permainan futsal ini dijalankan secara komersial.

Oleh yang demikian, PR harus mengambil kesempatan dengan mendekati golongan ini melalui pelbagai program atau pertandingan di peringkat DUN mahupun Parlimen. Dengan cara itu, pemimpin PR akan dilihat lebih dekat dengan golongan ini. Misalnya penganjuran pertandingan Futsal boleh sahaja menarik minat atau 'crowd' sehingga 1000-1500 orang sehari. Berbekalkan pengalaman sebagai Pengarah Projek Pertandingan Futsal Jaguh Kampung 2009 di 7 negeri, saya boleh pastikan bahawa tawaran hadiah  juara RM5000 dengan kadar yuran RM200-250 akan menyaksikan penyertaan diantara 100-250 pasukan. Justeru, menjelang PRU13 ini masih tidak terlambat sekiranya parti-parti komponen mengambil peluang ini untuk mendekati dengan lebih dekat masyarakat dengan cara penganjuran pertandingan futsal. Anak-anak muda ini akan rasa PR lebih dekat dengan mereka. Harus diingat juga bahawa kehadiran 'crowd' tidak bergantung semata-mata pemain malah mereka pasti membawa penyokong pasukan dan ahli keluarga. Jadi, kesempatan untuk menyampaikan dasar-dasar perjuangan adalah lebih mudah daripada hanya mengharapkan penganjuran ceramah politik semata-mata.

2. Sukan Permotoran
Sukan permotoran samada motosikal ataupun kereta merupakan majoriti kedua yang paling ramai diminati oleh golongan belia. Motosikal adalah yang paling ramai. Mungkin sahaja lambakan model-model baru motosikal umpamanya menjadikan sukan ini sangat diminati. Hal ini juga disebabkan oleh jumlah penunggang motosikal yang tinggi. Ia lebih murah berbanding sukan melibatkan kereta. Sebelum zaman Sepang International Circuit (SIC), Litar Lumba Batu 3, Shah Alam dan Litar Lumba Larkin Johor merupakan tempat dimana muda mudi yang minat sukan permotoran menunjukkan bakat. 

Litar Lumba Batu 3 Shah Alam merupakan lokasi yang banyak menyimpan segala kenangan era awal sukan permotoran negara. Saya sendiri pernah terlibat dengan mengendalikan pengurusan kecederaan dan kecemasan semasa ditempatkan di litar lumba tersebut sebagai sebahagian daripada latihan amali untuk subjek 'Sports Injury' semasa di universiti suatu ketika dahulu. Litar Lumba Batu 3 merupakan tempat dimana negara melahirkan ramai pelumba-pelumba melalui bakat-bakat yang dikesan daripada perlumbaan-perlumbaan amatur setiap minggu. Yuran dan caj yang dikenakan sangat berpatutan. Justeru, anak muda kampung yang berminat boleh menyertai pelbagai siri perlumbaan yang sering diadakan saban hari melibatkan motor kapcai dan bawah 125cc. 

Dan tidak lama selepas itu segala kegemilangan litar tersebut berakhir apabila keputusan bijak Datuk Seri Khir Toyo sebagai Menteri Besar ketika itu menyerahkan lot litar tersebut kepada syarikat pembinaan milik adik beliau iaitu Lebar Daun untuk membangunkan projek perumahan mewah D'Kayangan. Banglo dan Semi-D dan berharga atas RM700,000 sahaja yang ada disitu. Maka, saat itu muda-mudi di Selangor mulai hilang arah kerana minat berlumba tidak dapat diekspresikan di litar lumba. Hal ini kerana SIC, Sepang mengenakan caj yang sangat mahal. Sekiranya, tiada sponsor sudah pasti belia tidak berkemampuan untuk menunjukkan bakat di SIC. Walaupun SIC kini aktif mengadakan siri perlumbaan dikalangan motorsikal berkuasa tinggi yang dimiliki oleh kebanyakan mereka yang berumur 35 tahun ke atas. 


Akhirnya, anak muda di Selangor dan sekitar khususnya hilang arah dan panduan yang menyebabkan mereka mengambil keputusan untuk berlumba di jalanraya sahaja a.k.a LUMBA HARAM. Apabila anak-anak muda ini terlibat dengan aktiviti lumba haram, maka risiko untuk mereka terjebak dengan gejala negetif lain itu tinggi. Umpamanya, apabila mereka berkumpul untuk menonton lumba haram sudah pasti ianya tiada kawalan keselamatan. Justeru, anasir negetif seperti penyalahgunaan dadah, masalah seks rambang/ bebas dan sebagainya yang berkaitan mula meningkat. Ia dapat dibuktikan apabila penutupan Litar Lumba Batu 3 telah menyebabkan kadar kematian penunggang motosikal meningkat saban tahun. Sebagai contoh Pendedahan membimbangkan itu didedahkan oleh Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) negeri, Mohd. Rusdi Ismail menerusi statistik kemalangan yang dicatatkan JKJR dari tempoh awal Januari hingga penghujung Disember 2009.
”Daripada 377 kes kemalangan maut, 232 merupakan angka korban yang membabitkan pembonceng dan penunggang motosikal di sekitar negeri ini. ”Lebih mendukacitakan, kebanyakan kes maut yang membabitkan kumpulan tersebut merupakan golongan belia yang berusia 15 hingga 40 tahun,” katanya kepada Utusan Malaysia pada 28 Febuary 2010Menurut Mohd. Rusdi, kes kemalangan yang melibatkan pembonceng dan penunggang motosikal di negeri ini adalah sebanyak 5,152 bagi tahun lalu berbanding kereta iaitu 22,333 kes.”Walaupun kes kemalangan yang membabitkan pembonceng dan penunggang motosikal lebih rendah berbanding kereta, namun angka kematian membabitkan pengguna motosikal lebih tinggi berbanding kenderaan lain.”Statistik juga menunjukkan, daripada 5,152 kes kemalangan membabitkan motosikal, 232 maut, 484 cedera parah, manakala 983 cedera ringan,” ujarnya. http://belajarmemandu.wordpress.com/2010/03/01/70-peratus-kemalangan-maut-libatkan-penunggang-dan-pembonceng-motosikal/

Justeru, saya melihat pembinaan litar lumba peringkat daerah sangat mendesak untuk memastikan masalah lumba haram, kemalangan motorsikal yang meragut ramai nyawa anak-anak muda yang merupakan aset penting negara. Gejala sosial seperti lumba haram, masalah dadah, seks bebas sudah pasti dapat dibendung apabila anak-anak muda mempunyai akses yang mudah untuk berlumba secara sah dan halal. Jika, kerajaan PR bersedia untuk menangani masalah ini menyediakan satu litar lumbar untuk satu daerah adalah cara yang terbaik. Selain daripada menjauhkan penyakit sosial, pembinaan litar lumbar disetiap daerah juga dapat membantu pihak berkuasa memainkan peranan dalam memberi penerangan mengenai pelbagai perkara berkaitan. Sebagai contoh setiap pelumba perlu menghadiri kursus keselamatan jalanraya daripada PDRM/JPJ. Selain itu, agensi-agensi seperti AADK, Yayasan Aids Malaysia dsb juga boleh memainkan peranan dalam pelbagai program. 

Sebab itu, apabila beberapa bulan sudah apabila isu pemuda-pemuda yang menyokong BN telah mengadakan perarakan membantah KM Lim Guan Eng di Pulau Pinang dan ada diantaranya yang membawa sepanduk mahukan Litar Lumba mendapat kritikan ramai dikalangan pendokong PR tetapi tidak saya. Kerana sejak sekian lama saya merasakan ia adalah keperluan mendesak oleh kalangan belia kebanyakan. Sebab itu, saya percaya sepanduk itu ditulis sendiri oleh anak-anak muda bermotosikal yang dipergunakan oleh UMNO ketika itu demi politik sempit mereka. Namun, persoalan keperluan litar lumba perlu diambil perhatian!!

Isu litar lumba mungkin tidak begitu elit kepada politikus kebanyakannya. Sebab itu, ramai pemimpin UMNO sendiri tidak lihat ia sebagai suatu keperluan seperti apa yang dilakukan oleh Khir Toyo dulu. Latas bagi anak-anak muda yang hampir 50-70% daripada jumlah 4 juta pengundi baru adalah penunggang motosikal dan mempunyai minat mendalam dalam sukan permotoran. Justeru, apakah pimpinan PR tidak mahu mengambil kesempatan dengan menawarkan Litar Lumba disetiap daerah diseluruh negara atau sekurang-kurangnya di setiap negeri sebagai sebahagian Manefesto PRU 13 nanti?

3. Muzik & Seni Budaya

Memang tidak dapat dinafikan bahawa bidang ini mempunyai pengikut yang sangat tinggi dikalangan generasi pengundi baru yang 4 juta orang itu. Namun, pendekatan yang bijak harus diambil oleh PR demi memenangi hati golongan yang cenderung terhadap minat muzik dan seni budaya.
Pelbagai program boleh disusun untuk memenuhi keperluan itu. Selain konsert yang hanya sekadar hiburan, elemen penerapan nilai mulia dikalangan muda mudi dapat digunakan selain menyediakan platform yang lebih baik dan dalam lingkaran positif seperti ura-ura Selangor mahu mengazetkan Petaling Jaya sebagai Bandar Seni Budaya sejak PR mentadbir negeri ini lebih 3 tahun dahulu. Kalau benar ia berlaku, maka Selangor merupakan negeri pertama yang berbuat demikian. Selangor bakal memartabatkan seni budaya sebagai suatu industri yang serius. Justeru, ia diharap akan meningkatkan jumlah karya-karya seni dan budaya yang lebih bermutu.
Ia akan dilihat oleh pemain-pemain industri bahawa kerajaan PR Selangor benar-benar serius dalam memartabatkan dunia seni budaya.
Penglibatan anak-anak muda dalam bidang seni budaya dan kreatif sangat ramai. Apatahlagi dengan graduan-graduan daripada Fakulti Seni Persembahan UiTM selain AKSARA dsb pasti akan merancakkan industri tersebut. Jadi, PR juga harus meneliti keperluan golongan ini. Mereka juga tergolong daripada 4 juta pengundi muda dan baru. 
Kesimpulan
Saya sangat berharap agar ahli pembuat dasar bersama Pakatan Rakyat telah pun menyediakan tawaran hebat dan realistik untuk golongan muda ini. Kerana jumlah 4 juta pengundi muda dan baru pertam kali mengundi itu adalah sangat ramai dan saya sangat percaya ia menjadi penentu kerajaan yang akan mentadbir Putrajaya pasca PRU 13 dan negeri Johor sahaja mempunyai anggaran 605,000 orang pengundi baru.
Sekian.
Zaihan Zainal

Merupakan bekas atlet, pernah mewakili negeri Johor dalam sukan bolasepak sejak berumur 12 tahun sehingga 18 tahun. Melanjutkan pelajaran dalam bidang Sains Sukan selepas memperolehi keputusan cemerlang dalam SPM di Sekolah Menengah Semerah. Di UiTM menamatkan Diploma Kesihatan dan Kecergasan dan Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan (Kep). Memulakan karier di Institut Sukan Negara dibawah seliaan seorang berbangsa Jerman iaitu Jorg Taichmen kemudian dalam industri kecergasan sebelum bersama Pasukan Bolasepak PKNS FC yang bermain di Liga Perdana Malaysia 1 musim sebagai Pakar Kecergasan dan Kecederaan dan musim berikutnya dipancing oleh pasukan Selangor (FAS) selaku Ketua Unit Rehabilitasi selama beberapa musim sebelum membuat keputusan untuk mengusahakan perniagaan sendiri dan aktif dalam politik. Kini, menjawat sebagai Naib Ketua Cabang (Bahagian) PKR Parit Sulong, Johor. 
Pernah mengharumkan nama Malaysia semasa pertandingan rekacipta peringkat dunia di International Trade Fair (IENA), Nuremberg, Jerman pada 5-6 November 2009 dengan memenangi tempat kedua (pingat perak) dengan produk ciptaan bersama Sdr Mohd Noorazam Abd Razak, Pensyarah Kanan, UiTM dan Prof Dr Anuar Suun, Majlis Sukan Negara. Produk dikenali sebagai 'FLEXi Ice Bag' berkaitan alat kemudahan kecederaan dalam sukan.