Penting

Segala tulisan dalam blog ini hanya pandangan peribadi berdasarkan pendidikan, pengalaman, pembacaan dan pemerhatian penulis terhadap kehidupan seharian. Saya menggalakkan penyebaran informasi daripada blog ini. Namunbegitu, tindakan undang-undang akan diambil sekiranya segala informasi daripada blog ini digunakan untuk tujuan fitnah dan boleh memudharatkan orang lain. Selamat Membaca.

303 CHANNELS HANYA RM40 SEBULAN

Tuesday 8 September 2015

Malaysia Kalah 10-0 : Salah Dollah??


Salam sejahtera kepada pengunjung blog ini. Terlebih dahulu, saya mohon ampun dan maaf kerana mengambil masa yang sangat panjang sebelum mengentri tulisan ini hari ini. Ketika ini saya di dalam kawasan Lapangan Terbang Antarabangsa Penang, Bayan Lepas. Sementara menanti penerbangan berikutnya, saya mempunyai hampir 3 jam untuk berlegar-legar di dalam kawasan airport ini. Sebenarnya ia agak luar biasa kerana setiap kali kunjungan saya ke Penang adalah sangat rencam aktivitinya selain makan-dan-makan-dan-makan!! 

Biasanya sampai je airport akan 'check in' dan terus masuk berlepas 'boarding'.

Sambil duduk di suatu sudut di cafe menikmati roti bakar dan hot chocolate minda saya masih berlegar mengenai kekalahan pasukan bolasepak kebangsaan kepada pasukan UAE beberapa hari sudah dengan kos sehingga 10 biji defisit gol. Ini juga luar biasa.

Bukan tidak biasa pasukan bolasepak kebangsaan dikalahkan dengan pasukan-pasukan luar apatahlagi UAE merupakan diantara 10 pasukan teratas di Asia ketika ini. Namun, jaringan sebanyak 10 biji gol agak tidak munahsabah jika dibandingkan usaha dan melihat ketekunan barisan jurulatih dan pemain-pemain dalam persiapan sebelum ke Abu Dhabi minggu lalu.

Dollah Salleh, Ketua Jurulatih pasukan dengan kredibiliti dan rekod mengancam dan selalunya mempunyai 'sentuhan ajaib' atau 'magic touch' juga kelihatan terkedu dengan keputusan kekalahan pedih tersebut. Jika dilihat daripada rekod Dollah Salleh sewaktu menjadi pemain dahulu sangat mengujakan. Jurulatih yang dilahirkan di Melaka ini adalah pemain penyerang bersama dengan teman rapatnya iaitu Zainal Abidin Hassan. Beliau menjaringkan 142 gol daripada 257 perlawanan kelab selepas mula bermain secara serius pada 1985 dengan pasukan Johor. Beliau juga menjaringkan 48 gol daripada 97 (caps) penampilan dengan pasukan kebangsaan.

Kejayaan pertama Dollah Salleh selepas bersara daripada bermain bolasepak adalah dengan mengangkat MPPJ FC (sekarang MBPJ) merangkut Piala Malaysia pada 2003. Ini merupakan pertama kali dalam sejarah pasukan berstatus kelab berjaya memenangi Piala Malaysia. Kejayaan ini membuka ruang semangat kepada pasukan dengan memenangi Piala Sumbangsih dan Liga Perdana pada musim berikutnya 2004.

Menyaksikan kejayaan demi kejayaan yang ditempa Dollah Salleh menjadikan beliau sebagai jurulatih muda dengan kelasnya yang tersendiri. Oleh kerana terpesona dengan kejayaan-kejayaan instan Dollah Salleh dilamar oleh Persatuan Bolasepak Selangor dengan kontrak jangka panjang bermula tahun 2005. Dan usaha FAS ketika itu benar-benar berbaloi apabila Dollah Salleh berjaya mengemudi pasukan dengan membawa pulang 3 Piala pada hujung musim tersebut. Namunbegitu, gelaran 'Treble Champion' tidak dapat dipertahankan pada musim 2006 apabila tidak memenangi sebarang piala kecuali Piala Menteri Besar (iaitu tournament diantara pasukan dalam Selangor sahaja seperti Selangor senior, PKNS FC, Selangor Piala Presiden dan PKNS Piala Presiden).

Sehingga tahun 2008, Selangor masih tidak dapat memenangi sebarang piala lantas pintu keluar dibuka oleh FAS kepada Dollah Salleh selepas tamat musim. Musim itu agak 'sangkak' bagi Dollah Salleh dan Selangor. Perlawanan akhir Piala FA dan Piala Malaysia ditewaskan oleh pasukan Kedah dengan penyerang berbisa Marlon Alex James. Ketika itu saya turut bersama dalam pasukan Selangor sebagai salah seorang pegawai. Begitu juga kedudukan di Liga SUPER, pasukan sentiasa bersaing dengan Kedah sepanjang musim. Tahun itu, tahun gemilang buat Kedah apabila memenangi trebel pula!!

Pada 2009, Dollah Salleh kembali memimpin pasukan kelab. Kali ini Kuantan Port-Shahzan Muda. Kelab milik kerabat Pahang ini tidak begitu menyerlah walaupun Dollah berjaya membawa pasukan ini ke tahap sedikit tinggi berbanding sebelum itu. Namun, Dollah juga seperti bola yang sentiasa bergolek. Dia ke Pahang menggantikan Tajudin Nor pada pertengahan musim.

Semasa bersama dengan Pahang, Dollah telah membawa beberapa pemain terbaik liga untuk menyertainya termasuk Razman Roslan dan lain-lain. Dan sekali lagi Dollah menggunakan 'magic touch'nya dengan membawa pasukan Pahang yang ketandusan piala hampir 21 tahun. Kejayaan memenangi Piala Malaysia pada 2013 menaikkan semangat penyokong dan pemain Pahang. Namunbegitu, Dollah Salleh sudah berjanji dengan pimpinan pasukan PDRM FC pada tahun yang sama untuk menyertai pasukan polis selepas tamat kontrak dengan Pahang. Walaupun serba salah kerana selepas memenangi Piala Malaysia, Pahang cuba mengelakkan Dollah daripada meninggalkan Kuantan. Namun, alasan berjauhan dengan keluarganya yang tinggak di Lembah Klang menyebabkan beliau terpaksa berpisah dengan pasukan Tok Gajah.


Dollah kemudiannya menyertai PDRM FC pada musim 2014 sebagaimana yang dirancang dan sekali lagi beliau memberikan 'magic touch'nya apabila dengan diam-diam pasukan PDRM memenangi Liga Perdana walaupun baru setahun membimbing pasukan itu. 

Kemudian, pada hujung tahun 2014, selepas tamat Liga Malaysia, Dollah Salleh diberikan kepercayaan dan tanggungjawap untuk menggalas tugasan kebangsaan. 


Justeru, berdasarkan prestasi dan kesah 'magic touch' Dollah Salleh saya percaya beliau bukanlah sengaja ataupun membiarkan pasukan negara diratah dengan mudah sehingga tewas 10 biji gol.

Diantara kata-kata beliau sewaktu ditemuramah selepas membuat pengumuman melepaskan jawatan Ketua Jurulatih adalah "saya dan pemain telah berusaha 200% untuk menghadapi perlawanan itu, tapi segala perancangan serba tak menjadi....".

Mengenali Dollah secara personal dan profesional menjadikan saya begitu menghormati beliau. Dollah Salleh mudah tersenyum. Dia selalu mendapatkan pandangan saya mengenai Sains Sukan. Tidak ramai jurulatih-jurulatih yang menggunakan pandangan dan kaedah Sains ini. Apatahlagi dengan status dan rekod Dollah sebagai pemain dan jurulatih. Boleh sahaja beliau abaikan keberadaan saya dalam pasukan. 

Ramai yang tidak tahu bahawa Dollah Salleh orangnya sangat lembut hati dan sensitif. Kepayahan hidup ketika membesar di Singapura menjadikan dia sangat tabah dan baik hati. Dollah Salleh sanggup memberikan RM100 kepada orang yang memerlukan walaupun dalam koceknya hanya ada RM100 sahaja. Dollah Salleh amat lembut tutur katanya dan sukar menyinggung perasaan orang lain walaupun terkadang dia yang makan hati. Selain itu, sikap merendah diri yang ada padanya membuatkan ramai yang selesa.

Saya melihat kekalahan memalukan itu bukan berpunca daripada Dollah Salleh. Tapi kekhilafan itu adalah berpunca daripada suhu yang terlalu tinggi, padang rumput artificial, kurang kesefahaman, pemain masih penat (tidak sampai 10 hari daripada tarikh akhir perlawanan liga) dan lain-lain.

Saya akan memperincikan faktor-faktor itu pada penulisan akan datang. Pastikan bersama blog saya lagi.

No comments:

Post a Comment