Penting

Segala tulisan dalam blog ini hanya pandangan peribadi berdasarkan pendidikan, pengalaman, pembacaan dan pemerhatian penulis terhadap kehidupan seharian. Saya menggalakkan penyebaran informasi daripada blog ini. Namunbegitu, tindakan undang-undang akan diambil sekiranya segala informasi daripada blog ini digunakan untuk tujuan fitnah dan boleh memudharatkan orang lain. Selamat Membaca.

303 CHANNELS HANYA RM40 SEBULAN

Sunday 12 June 2016

PUASA, FIZIKAL DAN MENTAL


Salam sejahtera kepada sekalian pembaca blog saya. Saya juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan "SELAMAT BERPUASA" kepada seluruh umat Islam. Semoga Ramadhan tahun ini memberikan banyak manfaat dalam hidup saudara/i.

Selain daripada menunaikan ibadah berpuasa yang wajib (bagi yang berkuasa) dan ibadah sunat tarawikh, bazar ramadhan dan majlis iftar (berbuka puasa) tidak pernah lekang daripada masyarakat muslim Melayu di Malaysia. Juga tidak dapat dinafikan mengenai pakej-pakej "BUFFET IFTAR RAMADHAN" di kebanyakan restoran dan hotel bukan sahaja di kotaraya metropolitan Kuala Lumpur malah (klik untuk baca lagi)
di bandar-bandar seperti Sungai Petani, Kulai, Kuala Terengganu, Gua Musang dan lain-lain. Saban tahun ia semacam sudah menjadi satu acara wajib bagi umat Islam yang menunaikan ibadah berpuasa ini.

(klik gambar di atas untuk dapatkan CHANNELS EURO2016 PERCUMA)

Pada pendapat saya adalah tidak wajar untuk berbelanja berlebihan untuk juadah iftar hanya kerana kita berpuasa. Sedangkan tujuan utama Islam menganjurkan ibadah ini adalah untuk mengerti tentang amalan berpuasa sebagaimana umat terdahulu dan berpuasa itu untuk menambah ketakwaan kepada Allah SWT sebagaimana firman-Nya dalam surah Al-Baqarah ayat 138

SURAH AL- BAQARAH AYAT 183:
  • ERTINYA : WAHAI ORANG YANG BERIMAN, TELAH DIWAJIBKAN KE ATAS KAMU BERPUASA SEBAGAIMANA YANG TELAH DIWAJIBKAN KE ATAS ORANG-ORANG YANG TERDAHULU DARIPADA KAMU, MUDAH-MUDAHAN KAMU MENJADI ORANG YANG BERTAQWA.

TUJUAN DAN MATLAMAT BERPUASA:
  1. MENJADI WASILAH ( HUBUNGAN ROHANI ) ANTARA SESEORANG HAMBA DENGAN TUHANNYA.
  2. DAPAT MENGENDALIKAN HAWA NAFSU DARI KEINGINAN YANG TIADA TERBATAS DAN MENYALURKANNYA PADA JALAN YANG DIREDHAI ALLAH.
  3. BERPUASA DAPAT MENGINSAFI DIRI SENDIRI BAHAWA KITA ADALAH HAMBA ALLAH YANG LEMAH.
  4. BOLEH MENDIDIK JIWA UNTUK MENTAATI SEGALA SURUHAN ALLAH DAN RASULNYA.
  5. DAPAT MELATIH DIRI BERSIFAT SABAR, TABAH DALAM MENGHADAPI PENDERITAAN, KESUSAHAN DAN SEGALA CUBAAN DARI ALLAH.
  6. MENDATANGKAN PERASAAN KASIH SAYANG DAN TOLONG MENOLONG SESAMA MANUSIA TERUTAMA KEPADA ORANG YANG MEMERLUKAN.
  7. BOLEH MENDATANGKAN KESIHATAN DAN MELATIH DIRI UNTUK HIDUP LEBIH BERDISPLIN.
Justeru, bagi saya ibadah puasa ini mampu memberikan kebaikan kepada kesihatan fizikal dan mental. 

PUASA DAN KESIHATAN FIZIKAL
Puasa Ramadhan mampu memberikan kebaikan kepada kesihatan fizikal kerana selain menahan lapar, orang yang berpuasa juga dapat mengawal jumlah kalori yang masuk kedalam badan setiap hari. Mengikut perkiraan saya, orang Malaysia mengambil 3600 kalori sehari untuk 5 kali makan termasuk Sarapan Pagi, Minum pagi, Makan Tengahari, Minum Petang dan Makan Malam (lihat gambarajah)


Jadi, dengan amalan Puasa Ramadhan sepatutnya saudara/i dapat mengurangkan pengambilan kalori (makanan). Sedangkan keperluan kalori untuk setiap manusia adalah berdasarkan kepada aktiviti harian mereka. Sebagai anggaran setiap lelaki hanya memerlukan diantara 2000-2500 kalori dan perempuan diantara 1600-2000 kalori setiap hari.

Jika merujuk kepada gambar di atas sahaja telah menjadi bukti mengapa anda sering menambah berat badan saban tahun. Hal ini kerana setiap lebihan kalori tersebut akan ditukar menjadi berat badan melalui beberapa proses dalam badan.

Amalan Puasa Ramadhan dapat menurunkan berat badan kerana dengan mengurangkan kemasukan kalori dalam badan. Sebab itu, ramai diantara kita yang mendapati diri mereka KURUS selepas sebulan menunaikan ibadah ini. 

Namunbegitu, selalunya sambutan perayaan Aidilfitri telah mengagalkan gaya hidup sihat 30 hari dalam bulan Ramadhan. 

Selain itu, amalan berpuasa juga dapat mengurangkan pelbagai risiko penyakit diantaranya seperti :
1. Tekanan Darah tinggi
2. Penyakit berasas jantung (Heart related Diseases)
3. Gout
4. Coronary Artery Diseases (C.O.D)
5. Sleep Anea
6. Diabetik
7. Osteoprosis
dan lain-lain

PUASA DAN KESIHATAN MENTAL
Selain daripada memberikan kesejahteraan kepada fizikal, berpuasa juga mampu meningkatkan kesihatan mental. Latihan mengawal nafsu adalah yang paling penting dalam ibadah ini. Amalan berpuasa oleh agama Islam bukan sahaja menahan diri daripada berlapar dan dahaga, sebaliknya amalan berpuasa mestilah dilakukan dengan amalan mengawal nafsu. Sentiasa bersabar dalam melalui apa sahaja rintangan, mengawal kehendak untuk makan dan keperluan fizikal lain sehingga terbatal amalan tersebut.

Sebenarnya, secara tidak langsung amalan berpuasa ini membantu pengamal dalam kesihatan mental dan rohani. 

Oleh yang demikian, saya berharap agar saudara/i pembaca dapat melakukan ibadah berpuasa ini seperti tuntutan-Nya. Jangan terlalu mengikut selera dan nafsu ketika di Bazar Ramadhan mahupun di dewan makan buffet. Makan sekadar perlu.

Sekian, selamat beramal.

Zaihan Zainal
13 Jun 2016
6.30pg

No comments:

Post a Comment