Penting

Segala tulisan dalam blog ini hanya pandangan peribadi berdasarkan pendidikan, pengalaman, pembacaan dan pemerhatian penulis terhadap kehidupan seharian. Saya menggalakkan penyebaran informasi daripada blog ini. Namunbegitu, tindakan undang-undang akan diambil sekiranya segala informasi daripada blog ini digunakan untuk tujuan fitnah dan boleh memudharatkan orang lain. Selamat Membaca.

303 CHANNELS HANYA RM40 SEBULAN

Tuesday 17 January 2012

Anak Muda Pasca Konvensyen Pakatan Rakyat Alor Setar


Salam sejahtera kepada teman-teman dan sekalian pembaca yang tidak putus-putus berharapan agar sinar baru akan menjelma dalam lanskap politik negara. Bermulanya dengan perjuangan pada 1998 selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi mantan Timbalan Perdana Menteri akibat khianat dan dusta teman-teman politik beliau yang akhirnya menjadi musuh.

Sinar itu bermula sesudah gerakan Reformasi yang pada masa yang sama akibat daripada gerakan serupa juga yang turut melanda negara-negara sekitar. Indonesia dan Filipina antara negara yang sukses melalui 'Spring' tersebut. 

Disaat-saat itu wajah Allahyarham Ustaz Fadhil Noor dan pemimpin-pemimpin daripada pembangkang mula muncul dan memberikan simpati terhadap nasib seorang rakyat Malaysia yang sebaris negarawan hebat lain yang sepatutnya bersedia ditolak naik olih Tun Mahathir sebagai 'suksesor'nya kelak. Akan tetapi aksi ngeri itu dilakukan olih Tun dengan dilatarbelakangkan pelbagai dakyah yang dimainkan setiap hari sebagai percubaan mencabul minda bawah sedar rakyat Malaysia ketika itu. Makanya, ada yang terpengaruh dan ada yang terbangkit untuk membela. Dan saya tergolong dalam kumpulan yang mahu membela.

Kumpulan pembela ini bukan sahaja terdiri daripada pengikut mantan TPM itu dari dalam UMNO yang berani malahan daripada pelbagai genre dan pengikut pelbagai tradisi. Politikus-politikus yang selama ini menjadi seteru mantan TPM sudah menjadi orang terhadapan dalam mempertahan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam gerakan tersebut. Seperti yang semua sedia tahu peringkat permulaan itu berakhir dengan penubuhan Parti Keadilan Nasional selepas mantan TPM itu disumbat ke penjara. Perjuangan tidak sia-sia apabila bertanding dalam PRU 1999 telah memberikan tekanan kepada parti pemerintahan Tun Mahathir apabila keputusan pola pengundian tika itu orang Melayu tidak memberikan undi kepada UMNO dan BN.

Kemudian, kesedaran pimpinan UMNO untuk memastikan mereka menang PRU dengan mudah pada pilihanraya 2004 selain bantuan SPR dengan program 'Persempadanan Semula' yang sengaja dibuat untuk pastikan setiap kawasan pilihanraya dipenuhi degan pengundi UMNO/BN berdasarkan pengundian sebelumnya. Dan ia menyaksikan kemenangan maha hebat kemudi PM ketika itu melalui jajaran 'Islam Hadhari-nya'. 

Selepas beberapa tahun Tun Abdullah dengan konsepnya tidak menunjukkan peningkatan yang ketara dimata dan nurani rakyat selain daripada ramainya ahli UMNO yang tidak berpuas hati dengan 'Budak Tingkat 4' terutama golongan UMNO kontraktor parti jumud kuno Melayu ini akhirnya kecundang di Semenanjung Malaysia pada PRU12 tahun 2008 yang lalu. Selain Kelantan terus menyandang, Selangor, Perak, Kedah, dan Penang turut jatuh bertukar tangan kepada PR. Kalau penduduk wilayah KL tidak dinafikan hak memilih pemimpin peringkat DUN sudah pasti KL juga mempunyai Ketua Menteri yang baru dan keinginan tinggi rakyat ketika itu sudah pasti kebahu PR.

Menyedari kemenangan PR pada PRU 2008 adalah disebabkan momentum mantan Timbalan Presiden mereka dahulu, maka UMNO melalui kumpulan pemikir mereka merasakan mantan ini harus dihalang daripada terus bergerak. Maka, Saiful Bukhari pon mula menjadi selebriti dunia politik Malaysia. Walaupun pelajarannya terkandas di UNITEN kerana tidak lulus pelbagai matapelajaran, beliau berjaya menghiasi muka depan pelbagai akhbar saban hari. Proses mahkamah yang prosiding meragukan sejak hari pertama bermula memang agak memenatkan barang sesiapa yang mengikutinya secara langsung. Apatahlagi Datuk Seri Anwar Ibrahim dan keluarga yang terpaksa mengharunginya sepanjang hampir 2 tahun lebih yang berakhir minggu sudah sebelum Konvensyen Pakatan Rakyat di Kedah 4 hari lalu 14 Januari 2012.
Dianggarkan kehadiran perwakilan hampir 8000 orang walaupun penganjur mensasarkan hanya sekitar 6000 orang perwakilan sahaja.

Konvensyen sehari itu diadakan di Stadium Sultan Abdul Halim Muad'zam Shah, Suka Menanti, Alor Setar, Kedah Darul Aman. Kehadiran perwakilan daripada seluruh jentera parti gabungan serata Malaysia memeriahkan pekan Alor Setar sepanjang hujung minggu tersebut. Ia bermula dengan kesungguhan rakyat menuntut perubahan peringkat pusat. Ia bermula seawal jam 7.30 pagi membuka pendaftaran peserta dan jam tepat 9 pagi terus bermula sesi formal di dalam dewan. Walaupun depan separa penuh akibat perwakilan sibuk bersapa dan bertanya khabar teman-teman seperjuangan lain yang datang dari serata pelosok negara serta ada yang sedang bersarapan diwarung dan restoran sekitar program dimulai tanpa menunggu kerusi kosong dipenuhkan.

Sesudah mula dengan wakil tertinggi pemimpin parti-parti gabungan, perwakilan bangun untuk turut sama berikrar taat setia dalam perjuangan untuk membebaskan Malaysia daripada anasir rasuah, penyalahgunaan kuasa dan sebagainya menjadi pra-persediaan sebelum mentadbir Putrajaya selepas ini. 
Ada juga yg menggukan gambar ini oleh akhbar didikan pemerintah sebagai bukti Konvensyen PR hambar.

Sepanjang perjalanan konvensyen, pelbagai golongan berucap dengan pelbagai hujah. Selain wakil politik PR, golongan pelajar, pesara kerajaan, wakil FELDA dan sebagainya turut tampil menyampaikan usul mereka. Selain isu biasa mengenai kebejatan dan kebobrokan kepimpinan kerajaan BN di pelbagai peringkat, para perwakilan juga dihidangkan dengan kejayaan-kejayaan pimpinan kerajaan PR di Selangor, Kedah, Penang dan Kelantan.

Namun, sehingga ke saat-saat akhir konvensyen saya tertunggu-tunggu apakah yang akan diperoleh anak muda daripada konvensyen tersebut. Kekecewaan ini menyelubungan perjalanan pulang saya ke ibukota malam itu. Tidak banyak benda baru yang ada dalam tawaran konvensyen tersebut untuk anak muda selain merujuk semula  pelan komprehensif 'BUKU JINGGA'. Walaupun pelan tersebut sanggat tangkas dan realistik, namun 'ekspektasi' saya mungkin terlalu menggunung sehingga masih mahukan sesuatu yang lebih untuk ditawarkan sebagai 'menefesto PR' pada pilihanraya nanti untuk dihidangkan kepada anak muda. 

Kenapa anak muda?

Selain saya yang masih lingkungan anak muda (awal 30-an), peratus pengundi terbesar dalam PRU 13 nanti juga merupakan anak-anak muda. Jadi, tips utama kemenangan parti-parti bertanding adalah bergantung kepada pemahaman mereka terhadap generasi ini. Siapa yang dilihat membuat tawaran yang mampu mempersona golongan ini dijangka memberikan peluang raih undi tinggi daripada mereka. Seterusnya berbekalkan undi sedia ada daripada pendokong tegar masing-masing memungkinkan parti itu ke persada Presin 1 Putrajaya.

Justeru apa tawaran konvensyen untuk anak muda?
(bersambung)


Zaihan Zainal

Merupakan bekas atlet, pernah mewakili negeri Johor dalam sukan bolasepak sejak berumur 12 tahun sehingga 18 tahun. Melanjutkan pelajaran dalam bidang Sains Sukan selepas memperolehi keputusan cemerlang dalam SPM di Sekolah Menengah Semerah. Di UiTM menamatkan Diploma Kesihatan dan Kecergasan dan Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan (Kep). Memulakan karier di Institut Sukan Negara dibawah seliaan seorang berbangsa Jerman iaitu Jorg Taichmen kemudian dalam industri kecergasan sebelum bersama Pasukan Bolasepak PKNS FC yang bermain di Liga Perdana Malaysia 1 musim sebagai Pakar Kecergasan dan Kecederaan dan musim berikutnya dipancing oleh pasukan Selangor (FAS) selaku Ketua Unit Rehabilitasi selama beberapa musim sebelum membuat keputusan untuk mengusahakan perniagaan sendiri dan aktif dalam politik. Kini, menjawat sebagai Naib Ketua Cabang (Bahagian) PKR Parit Sulong, Johor. 
Pernah mengharumkan nama Malaysia semasa pertandingan rekacipta peringkat dunia di International Trade Fair (IENA), Nuremberg, Jerman pada 5-6 November 2009 dengan memenangi tempat kedua (pingat perak) dengan produk ciptaan bersama Sdr Mohd Noorazam Abd Razak, Pensyarah Kanan, UiTM dan Prof Dr Anuar Suun, Majlis Sukan Negara. Produk dikenali sebagai 'FLEXi Ice Bag' berkaitan alat kemudahan kecederaan dalam sukan.

No comments:

Post a Comment