Penting

Segala tulisan dalam blog ini hanya pandangan peribadi berdasarkan pendidikan, pengalaman, pembacaan dan pemerhatian penulis terhadap kehidupan seharian. Saya menggalakkan penyebaran informasi daripada blog ini. Namunbegitu, tindakan undang-undang akan diambil sekiranya segala informasi daripada blog ini digunakan untuk tujuan fitnah dan boleh memudharatkan orang lain. Selamat Membaca.

303 CHANNELS HANYA RM40 SEBULAN

Monday 2 January 2012

Politik Membunuh Atlet Negara?

Salam sejahtera kepada teman-teman pembaca dan terima kasih atas segala utusan dan ucapan tahun baharu yg diberi dengan pelbagai nasihat dan ingatan. Segalannya pasti akan memberikan saya kekutan untuk terus hidup dan berjuang dengan gelombang kehidupan yang semakin mencabar ini.

Kala biasa saya gemar menulis mengenai isu politik massa dengan memberikan pandangan yang kadang-kadang di luar lingkup pemikiran biasa. Tapi, hari ini tulis pertama saya di tahun 2012 dengan membuka kata berkaitan sukan. 

Hari ini, penulisan akan terjurus kepada penghargaan buat atlet dan ahli sukan yang jarang mendapat perhatian olih kebanyakan politikus dan masyarakat terutama mereka yang di luar kelompok sukan. Olih kerana pembaca blog saya secara progresif adalah dikalangan peminat politik tanah air maka saya bermohon sembah untuk saudara/i mengambil sedikit masa untuk memahami betapa pentingnya untuk menghargai atlet atau ahli sukan.

Saya dapati ramai diantara teman-teman gemar memberikan pendapat negetif apabila anugerah atau hadiah berupa wang tunai diberikan sebagai insentif kepada kejayaan sesetengah individu yang mengharumkan nama sesebuah organisasi atau negeri atau negara dalam bidang sukan. Sebagai contoh Datuk Nicole Ann David menjadi jagoan dalam sukan squashy menjadikan Malaysia sebagai negara yang mula dikenali dalam sukan tersebut. Begitu juga sukan hoki terutama sewaktu zaman awal Minarwan Nawawi dahulu, skuad kebangsaan merupakan pasukan yang cukup ditakuti oleh kebanyakan negara eropah.  

Alet / Ahli Sukan juga merupakan aset negara dan ia sama penting dengan KLCC atau KLIA. Malah, menaikkan nama negara dengan kos berbilion seperti pembinaan kedua-dua mercu tersebut adalah lebih mahal daripada membangunkan sukan tanahair. Melahirkan seorang atau satu lagi individu serupa Datuk Nicole atau Datuk Lee Chong Wei mungkin tidak memakan sejumlah kos seperti yang dibelanjakan olih kerajaan untuk membina sebuah lapangan terbang yang canggih dan teratur tetapi syarikat penerbangan negara tidak pernah membuat untung seballiknya seringkali menggunakan peruntukan perbendaharaan negara untuk 'obat' menyelamatkan kepentingan syarikat penerbangan itu sahaja. Apa yang cuba saya maksudkan dalam perenggan ini adalah "jika mahu mencari nama atau memperkenalkan diri kepada dunia dengan pembinaan mercu-mercu tertentu dengan menggunakan dana negara berbilion banyakkan....kan lebeh baik memperuntukkan sekalian wang untuk membina seorang atlet peringkat dunia....pasti lebih jimat dan lebih cepat...." 

Kalau bukan kerna Bob Marley dan muzik Raggea-nya sudah pasti negara Jamaica baru dikenali kerna atlet pelari pecut yang memcipta rekod dunia iaitu Ussain Bolt. Dan ironinya Jamaica tidak perlu pula belanja bilion-bilion untuk menaikkan mercu seperti KLCC dan tidak ada juga airport di sana yang canggih seperti KLIA. Lapangan terbang antarabangsa yang mereka ada cuma seperti sekadar Lapangan Terbang negeri Melaka sahaja. Banyak lagi contoh lain seperti Samoa kalau bukan kerna sukan ragbi sudah pasti negara itu sanggat janggal didengari dan sekali lagi negara kecil itu tidak belanja bilion juga untuk dikenali sekadar juta-juta agaknya untuk naikkan sukan ragbi mereka. 

Kalau bukan keterbatasan waktu sudah pasti saya akan senaraikan satu persatu atlet dan negara mereka tidak belanja berbilion untuk naikkan nama negara melalui pembinaan mercu sebaliknya hanya melalui sukan.

Berbalik kepada perbincangan pokok kita mengenai mengapa perlu menghargai atlet dan ahli sukan?

Melalui pengalaman dan pengamatan barangkali tidak lagi saya berjumpa dengan ahli sukan bidan terjun. Kelahiran setiap ahli sukan itu telah dikenalpasti sejak kecil. Mereka dilatih kemudiannya melalui bakat yang ada sejak dini hari. Sejak berumur 6-10 tahun sehingga dewasa. Atlet sukan sudah biasa hidup dengan mencabar diri sendiri. Mereka melakukannya setiap hari. Mereka dilatih untuk mencabar diri untuk malakukan lebih baik daripada potensi yang digapai semalam. Ahli sukan tidak pernah mahu kalah. Dan mereka dididik untuk menang. Dan seseungguhnya sukan itu adalah diantara menang atau kalah sahaja!! Yang seri pun kadang-kadang katanya yang satu itu pemenangnya hanya kerna prestasi hari itu.

Atlet dan ahli sukan memang wajar diberi ganjaran dan habuan kerna pengorbanan dan perjuangannya barangkali lebih patriotik daripada sekalian politikus yang ada. Politikus belum tentu juangnya kalau hanya menggunakan kedudukan untuk memperkayakan anak dan keluarga. Politikus juga belum tentu setianya kepada raja dan negara kalau hanya lahir daripada dulang emas yang kemudiannya menggantikan ayahandanya sebagai penyambung legasi keluarga sebagai pemimpin negara. Saya kira kalau mahu dibandingkan dengan penat lelah dan peluh keringat atlet dan ahli sukan lebih bermakna untuk negara berbanding politikus kebanyakkannya.

Pembaca yang saya hormati sekalian, atlet bangun seawal jam 6 pagi sebagai rutin mereka. Ada juga yang telah memulakan latihan pada waktu yang sama. Misalnya atlet berbasikal dimana jam loceng mereka telah memekakkan kesunyian seawal jam 5 pagi. Kemudian mula berkayuh jam 5.30pagi sehingga jam 6.30pagi sebelum berehat seketika (yang muslim akan tunaikan solat suboh).Selepas itu mereka meneruskan kayuhan sehingga kira-kira jam 8 pagi. Sebab itu barangkali bandar seperti Putrajaya, Shah Alam, Johor Bahru serta Seremban dan lainnya, kita sering lihat atlet berbasikal sedang mula pualang ke pusat latihan mereka tatkala kita bergelumang dengan cabaran didalam kereta menuju ke pejabat untuk bekerja. Dalam susun atur kata yang lain pula adalah disaat-saat kita masih nyenyak dikemuncak mimpi, ada individu dikalangan kita yang sudah mula mencari rezeki dengan keringat!! Jadi, tidak wajarkah kita menghargai atlet?

Selain itu, sukan-sukan lain pula biasanya memulakan latihan seawal jam 7-8 pagi. Kebanyakkan atlet yang memerlukan latihan dipadang terbuka memulakan latihan sebelum matahari naik tinggi. Latihan diwaktu pagi juga mampu membakar lemak dengan efisyen. Sebab itu ramai atlet yang mempunyai kadar lemak yang minimum berbanding orang biasa. Hal ini adalah disebabkan hormon 'cortisol' yang merembes waktu pagi. Justeru, kalau ada teman-teman yang mahu mengurangkan lemak dibadan bersenam waktu pagi adalah yang terbaik berbanding waktu petang.

Selepas waktu latihan, sekiranya atlet masih bersekolah mereka akan memulakan pembelajaran pada jam 10 pagi terutama mereka yang bersekolah di sekolah-sekolah sukan. Dan sekolah tamat jam 4 petang sebelum menyambung latihan jam 5-7. Selepas itu, mereka akan menyambung kelas pada jam 8-10 malam. Dan mereka kemudiannya akan mula masuk ke bilik masing-masing untuk tidur sehingga esok paginya dan menjalani rutin yang sama esok pagi. Justeru, dengan jadual yang ketat ini tidak wajarkah mereka diberikan sebarang penghargaan dalam bentuk material?

Sekiranya, mereka sudah tamat bersekolah jadual mereka masih tidak sanggat senggang kerana mereka perlu menjalani rutin yang lain pula seperti menghadiri sesi rehabilitasi atau sesi latihan di gymnasium atau sesi kaunseling dan psikologi. Selain itu, waktu luar latihan juga akan digunakan untuk program dengan penaja atau 'sponsor' yang tidak boleh dielak kerna sudah menandatangani kontrak. Tidak kurang juga menggunakan masa yang sedikit itu untuk menghadiri sesi fotografi dan program radio mahupun tv. Selepas hadiri segala ini mereka berpusu-pusu untuk hadiri latihan seterusnya.

Selain itu, atlet dan ahli sukan zaman ini semuanya terdedah dan mendapat nasihat daripada pelbagai pakar sehinggakan pemakanan dan diet mereka juga dikawal. Disaat-saat orang lain seperti kebanyakan pembaca blog ini boleh makan nasi lemak, roti canai mahupun apa sahaja yang diinginkan dan pada masa yang tiada had, atlet tidak sewenang-wenangnya boleh makan makanan seperti apa yang boleh saudara/i makan. Bagi mereka yang menjaga prestasi, kebiasaannya mereka sanggat menghargai diet dan pemakanan sehingga ada diantara mereka yang tidak pernah seumur hidup minum minuman berkarbonat seperti 'coke' dan lainnya. Makanan mereka senantiasa seimbang mengikut rantaian makanan yang bersesuaian dengan sukan yang mereka ceburi.

Pengorbanan atlet ini sanggat patut diberikan penghargaan sewajarnya apabila ada juga dikalangan mereka yang masih menjalankan latihan atau menghadiri kejohanan-kejohanan tertentu terutama peringkat antarabangsa di waktu kita berseronok menikmati pagi raya bersama keluarga. Mereka pula masih berada beribu-ribu batu daripada ibonda tercinta sedang memerah keringat untuk negara.

Atlet dan ahli sukan dikelaskan sebagai golongan yang istimewa kerana bakat mereka dan diiktiraf oleh United Nation (UN) atau Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Sebab itu mereka layak untuk menerima pelbagai anugerah dan sumbangan dalam bentuk material daripada negara kerana jasa dan pengorbanan mereka. Memang ramai atlet dan ahli sukan dan sudah menjadi kaya di Malaysia. Akan tetapi melalui sistem penghargaan negara yang ada masih terdapat lebih ramai yang tidak mendapat pembelaan sewajarnya walaupun pengorbanan dan nama mereka besar dalam arena industri sukan negara. 

Harus diketahui bahawa 'life span' atau jangka hayat seseorang atlet dan ahli sukan itu tidak panjang. Dalam kebanyakan sukan jangka hayat seseorang berada di puncak prestasi adalah sewaktu berumur 22-30 tahun. Jadi, mereka betul-betul hanya mempunyai 8 tahun untuk menunjukkan prestasi cemerlang dan ia tidak termasuk dengan waktu-waktu tertentu yang menyebabkan seseorang atlet atau ahli sukan itu berada di luar prestasi atau mengalami kecederaan.

Justeru, apakah kejayaan seseorang atlet atau ahli sukan yang berjaya menempa nama peringkat antarabangsa dan mengharumkan nama negara dengan jangka waktu singkat yang ada itu tidak harus diberikan penghargaan sewajarnya? Sedangkan negara memberi pelbagai insentif kepada Datuk Azhar Mansor iaitu individu yang berjaya mengelilingi dunia secara solo dengan kapal layar serta memberikan pangkat datuk juga kepada Malik Mydin yang berjaya berenang di Selat Inggeris yang diketahui akan kesejukan dan paling mencabar. Yang peliknya beliau dilindungi oleh sangkar. Selain itu, beliau juga dilantik menjadi Pengarah Majlis Sukan Pulau Pinang dan kini menjadi Pengerusi Airport Limo Malaysia. Bagaimana pula mereka yang benar-benar naik ke podium kerna menang dalam acara sukan yang diceburi? Adakah mereka menerima pelbagai insentif seperti kedua-dua Datuk yang rapat dengan Tun Dr Mahathir ini? Atau apakah ahli sukan dan atlet juga kena mula merapatkan diri dengan Perdana Menteri yang berkuasa sekarang untuk pastikan masa depan mereka terjamin?...


Zaihan Zainal

Merupakan bekas atlet, pernah mewakili negeri Johor dalam sukan bolasepak sejak berumur 12 tahun sehingga 18 tahun. Melanjutkan pelajaran dalam bidang Sains Sukan selepas memperolehi keputusan cemerlang dalam SPM di Sekolah Menengah Semerah. Di UiTM menamatkan Diploma Kesihatan dan Kecergasan dan Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan (Kep). Memulakan karier di Institut Sukan Negara dibawah seliaan seorang berbangsa Jerman iaitu Jorg Taichmen kemudian dalam industri kecergasan sebelum bersama Pasukan Bolasepak PKNS FC yang bermain di Liga Perdana Malaysia 1 musim sebagai Pakar Kecergasan dan Kecederaan dan musim berikutnya dipancing oleh pasukan Selangor (FAS) selaku Ketua Unit Rehabilitasi selama beberapa musim sebelum membuat keputusan untuk mengusahakan perniagaan sendiri dan aktif dalam politik. Kini, menjawat sebagai Naib Ketua Cabang (Bahagian) PKR Parit Sulong, Johor. Pernah mengharumkan nama Malaysia semasa pertandingan rekacipta peringkat dunia di International Trade Fair (IENA), Nuremberg, Jerman pada 5-6 November 2009 dengan memenangi tempat kedua (pingat perak) dengan produk ciptaan bersama Sdr Mohd Noorazam Abd Razak, Pensyarah Kanan, UiTM dan Prof Dr Anuar Suun, Majlis Sukan Negara. Produk dikenali sebagai 'FLEXi Ice Bag' berkaitan alat kemudahan kecederaan dalam sukan.


No comments:

Post a Comment