Penting

Segala tulisan dalam blog ini hanya pandangan peribadi berdasarkan pendidikan, pengalaman, pembacaan dan pemerhatian penulis terhadap kehidupan seharian. Saya menggalakkan penyebaran informasi daripada blog ini. Namunbegitu, tindakan undang-undang akan diambil sekiranya segala informasi daripada blog ini digunakan untuk tujuan fitnah dan boleh memudharatkan orang lain. Selamat Membaca.

303 CHANNELS HANYA RM40 SEBULAN

Thursday 21 February 2013

Pengumuman Siapa Calon N17 Semerah

Salam sejahtera kepada semua pembaca yang budiman.


Sebagaimana yang semua tahu bahawa ketika artikel ini ditulis (22 Februari 2013 masa: 12.20pm) angin bukan sepoi-sepoi tapi bagaikan ribut mengatakan bahawa Parlimen Malaysia bakal dibubar dalam lingkungan beberapa jam sahaja lagi. Sebagai perkhabaran angin mengatakan bahawa Parlimen ini akan dibubarkan pada hari ini sejak beberapa hari lalu memang heboh. Apatahlagi terdapat beberapa orang sahabat dan isteri kepada seorang sahabat yang lain menyatakan bahawa mereka terpaksa kerja 'overtime' semalam gara-gara persiapan 'Press Conference' mengenai pembubaran institusi membuat dasar terbesar di Malaysia iaitu Parlimen.

Sebenarnya keputusan untuk mengadakan satu lagi Pilihanraya Umum iaitu yang ke-13 memang agak misteri sejak ia diperkenalkan oleh British semasa Tunku Abdul Rahman ditabal sebagai PM pertama lebih 50 tahun dulu. Akan tetapi manusia yang paling berpengaruh mengetahu akan tarikh keramat tersebut selain daripada PM dan isteri serta anak-anak mereka. 'Ahli Nujum' lah yang paling mempunyai pengaruh kuat samada menentukan tarikh tersebut atau tidak. Kalaulah PM paling lama di seantero Asia iaitu Tun M dikatakan amat kuat Nujum Siam-nya. Kawan dan lawan pula mengusik-usik nakal PM Bersama NR/RM mempunyai seorang 'guruji' asal India. Dan keunikan mengenai penentuan tarikh pilihanraya di Malaysia sangat berlainan dengan negara-negara lain. Sebagai contoh negara-negara yang menjunjung demokrasi secara tulin akan terus membuat pengumuman tentang tarikh pilihanraya selepas sahaja mereka memenangi pilihanraya sebelumnya. Tetapi tidak di Malaysia.

Sebagaimana juga digembar gemburkan oleh kepimpinan UMNO Bahagian Parit Sulong bahawa calon-calon yang akan bertanding pada PRU13 ini adalah seperti berikut:
1. Parlimen P149 Parit Sulong : Dato' Ahmad Zahari, Ketua UMNO Bahagian Parit Sulong (Penyandang ADUN Seri Medan)
2. DUN N17 Semerah            : Dato' Ariss Shamsudin (Penyandang ADUN Semerah)
3. DUN N18 Seri Medan       : Dato' Zulkarnain Kamisan (Ketua Pemuda UMNO Johor)

Manakala, pihak pelawan yang senantiasa mendapat sokongan kuat daripada rakyat tidak kira daripada pelbagai golongan pula sebagai sudah dipakati adalah seperti berikut:
1. Parlimen P149 Parit Sulong  : Ybhg. IR Tn Hj Khairudin, YDP PAS Kawasan Pt Sulong
2. DUN N17 Semerah            :  (calon belum diumumkan oleh PKR)
3. DUN N18 Seri Medan        :  Ybhg. Ustaz Rosdi, Setiausaha PAS Kaw. Pt Sulong

Justeru, persoalan mengenai siapakah calon BN di Parit Sulong sudah diketahui. Seperti juga calon daripada parti PAS yang akan bertanding juga sudah dikenalpasti selain menanti saat yang betul diumum sebagai calon secara formal. Akan tetapi kebingungan dipihak PR pula ia masih menjadi tanda tanya mengenai siapakah calon untuk kerusi DUN N17 yang akan mewakili PKR. Kalaulah pada PRU 12 dahulu parti ini diwakili Ketua Cabang-nya iaitu Sdr Hasmi Hashim yang juga dikenali sebagai 'Buddhi Hekayat' dalam dunia penulisan dan seni. PRU13 pula pihak PKR masih lagi merahsiakan tentang siapakah calon N17 Semerah ini. Menurut kehendak pengundi dan penduduk tempatan kehadiran Hasmi Hashim sebagai calon kali kedua di kerusi ini memang luar biasa. Pemenang Anugerah Juara Lagu menerusi lirik lagu AWAN NANO nyanyian Hafiz pada tahun 2012 ini telah pun menyatakan hasratnya untuk tidak bertanding dikerusi ini. Selain menulis lirik, novel, kolum di media 'mainstream', beliau juga aktif menjadi panel dalam banyak forum peringkat nasional dan antarabangsa. Selain itu, bekas pelajar SMK Semerah ini juga adalah seorang Sutradara drama dan filem. Justeru, beliau begitu optimis untuk memperjuangkan isu terkait dengan kebudayaan, belia dan seni sebagai agen pembuat dasar di peringkat pusat.
Hasmi Hashim (Buddhi Hekayat)


Beberapa nama besar lain juga disebut-sebut sebagai calon untuk kerusi N17 Semerah ini termasuk Sdr Nazri Ismail yang juga Ketua AMK Johor. Namunbegitu, beliau berhadapan dengan persepsi sebagai bukan anak tempatan. Akan tetapi ramai yang masih tidak tahu bahawa Ibu dan bapa mertua Nazri Ismail merupakan orang Parit Sulong. Justeru, bukan sedikit yang diketahui Nazri mengenai Parit Sulong termasuk Semerah.
Nazri Ismail, Ketua AMK Johor

Selain itu, Sdr Khuzzan, Setiausaha Cabang BP merangkap Timbalan Pengarah Jabatan Pilihanraya Negeri  (JPRN) Johor juga dikatakan diantara calon yang bakal menjadi nadi diantara rakyat dan kerajaan negeri. Beliau juga dikatakan sebagai calon luar. Tetapi, ramai juga yang tidak tahu bahawa Sdr Khuzzan pernah menjadi Setiausaha PKR Cabang Pt Sulong sebelum beliau berpindah ke Cabang Batu Pahat. Jadi, pengetahuan mengenai Semerah juga tidak harus dipandang enteng oleh pimpinan. Beliau merupakan aktivis parti yang konsisten dalam perjuangan sejak sebelum parti ini ditubuh sebagai organisasi kekuasaan.
Sdr Khuzzan, Timbalan Pengarah JPRN Johor

Adalah bertambah menarik apabila calon kerusi DUN N17 Semerah daripada PKR ini mendapat perhatian ramai pemimpin di Pt Sulong dan kawasan sekitar. Dikatakan terdapat hampir 13 nama dihantar untuk dipertimbangkan kepimpinan tertinggi untuk dinobat sebagai calon. Dan ia bertambah unik kerana tidak termasuk dengan beberapa nama yang saya sebut tadi.

Memang ramai yang merungut mengenai nama calon di semua kerusi yang dipertandingkan mewakili untuk PKR diseluruh negara. Ia termasuk kerusi-kerusi yang pernah dimenangi parti ini juga tiada jaminan buat Y.B-Y.B yang sedang berkhidmat. Kali ini kepimpinan parti diperingkat pusat benar-benar mengambil serius mengenai siapakah calon-calon yang akan bertanding untuk kesemua kerusi parti itu. Kali ini saya merasakan bahawa parti bukan sahaja melihat dan memilih kebarangkalian calon boleh menang. Tetapi juga, tentang kebarangkalian calon mampu menterjemahkan hasrat dan nurani parti kepada rakyat. Jadi, ia bukan kerja senang, Ia memerlukan masa untuk mengamati calon-calon hebat ini sebelum membuat keputusan ini. Walaupun kita masih lagi berteka teki mengenai siapakah calon N17 Semerah ini, senarai calon tersebut telah ada dalam kotak selamat pimpinan peringkat pusat.

Selain nama-nama yang disebut serta senarai nama yang 13 itu, antara lain nama yang menjadi sebutan juga adalah saya. Sebagai anak tempatan yang membesar di Semerah. Dibesarkan di tepi jalan membantu ibu berniaga goreng pisang dahulu sedikit sebanyak membantu saya mengenali keperitan dan kepedihan hidup sebagai rakyat bawah. Iltizam ingin melihat kemajuan di DUN Semerah dan kesejahteraan negara Malaysia dibawah pemerintahan selain daripada UMNO/BN sangat berkobar. Akan tetapi, saya sedaya upaya menggalakkan agar parti memilih calon yang lebih baik daripada saya untuk dicalonkan di kerusi DUN N17 Semerah.

Insyaallah, saya berjanji akan membantu siapa sahaja calon yang bertanding untuk PKR di DUN N17 Semerah khususnya dan di Parlimen Pt Sulong secara amnya. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengajak sekalian ahli parti terutama di Cabang Pt Sulong agar bersama-sama kita berkerja bersungguh-sungguh untuk memastikan calon parti menang. Marilah kita fokus untuk menumbangkan regim. Marilah mula berpolitik matang seperti dianjurkan oleh pimpinan. 

Lupakanlah persoalan mengenai SIAPAKAH YANG AKAN DICALONKAN UNTUK KERUSI N17 SEMERAH?

Marilah untuk tidak lagi bertanya tentang AHLI KUMPULAN MANAKAH YANG AKAN MENJADI CALON N17?

Berhentilah mengugut TIDAK MAHU BEKERJA UNTUK PARTI SEKIRANYA BUKAN GOLONGAN KAMI YANG MENJADI CALON!!

Sebaliknya, marilah kita bersama bersatu untuk tidak lagi tikam menikam tatkala wisel perlawanan bakal ditiup pada bila-bila masa. Berkorbanlah sedikit untuk kepentingan diri sendiri demi untuk memenuhi keperluan orang lain. Insyaallah, semoga Allah SWT membalas pengorbanan kita yagn sedikit itu.

Jazakallah.

Zaihan Zainal


Merupakan bekas atlet, pernah mewakili negeri Johor dalam sukan bolasepak sejak berumur 12 tahun sehingga 18 tahun. Melanjutkan pelajaran dalam bidang Sains Sukan selepas memperolehi keputusan cemerlang dalam SPM di Sekolah Menengah Semerah. Di UiTM menamatkan Diploma Kesihatan dan Kecergasan dan Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan (Kep). Memulakan karier di Institut Sukan Negara dibawah seliaan seorang berbangsa Jerman iaitu Jorg Taichmen kemudian dalam industri kecergasan sebelum bersama Pasukan Bolasepak PKNS FC yang bermain di Liga Perdana Malaysia 1 musim sebagai Pakar Kecergasan dan Kecederaan dan musim berikutnya dipancing oleh pasukan Selangor (FAS) selaku Ketua Unit Rehabilitasi selama beberapa musim sebelum membuat keputusan untuk mengusahakan perniagaan sendiri dan aktif dalam politik. Kini, menjawat sebagai Naib Ketua Cabang (Bahagian) PKR Parit Sulong, Johor. 
Pernah mengharumkan nama Malaysia semasa pertandingan rekacipta peringkat dunia di International Trade Fair (IENA), Nuremberg, Jerman pada 5-6 November 2009 dengan memenangi tempat kedua (pingat perak) dengan produk ciptaan bersama Sdr Mohd Noorazam Abd Razak, Pensyarah Kanan, UiTM dan Prof Dr Anuar Suun, Majlis Sukan Negara. Produk dikenali sebagai 'FLEXi Ice Bag' berkaitan alat kemudahan kecederaan dalam sukan.

No comments:

Post a Comment