Penting

Segala tulisan dalam blog ini hanya pandangan peribadi berdasarkan pendidikan, pengalaman, pembacaan dan pemerhatian penulis terhadap kehidupan seharian. Saya menggalakkan penyebaran informasi daripada blog ini. Namunbegitu, tindakan undang-undang akan diambil sekiranya segala informasi daripada blog ini digunakan untuk tujuan fitnah dan boleh memudharatkan orang lain. Selamat Membaca.

303 CHANNELS HANYA RM40 SEBULAN

Sunday 10 February 2013

Ucapan Selamat Tahun Baru Cina 2013: Iktibar Semangat Ular Semerah


Salam sejahtera kepada semua pembaca blog yang budiman. Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina kepada semua teman-teman berbangsa Tiong Hua yang menambutnya. Kepada teman-teman bukan berbangsa Tiong Hua pula saya mengucapkan selamat bercuti. Semoga kalian pergi dan pulang dalam keadaan paling selamat. Semoga perjalanan anda semua dipelihara Allah SWT. 

Saudara/i yang budiman, saya merasakan sambutan Tahun Baru Cina 2013 ini agak menarik lantaran mengikut kalendar kaum Cina tahun ini adalah Tahun Ular


Dalam astrologi Cina, bintang haiwan yang ditentukan oleh tahun melambangkan bagaimana anda dipandang orang lain atau cara anda menonjolkan diri. Ramai yang salah sangka bahawa bintang haiwan hanya ditentukan melalui tahun, sebaliknya ada juga lambang haiwan yang ditentukan melalui bulan (haiwan dalaman) dan jam seharian (haiwan rahsia).




Justeru, mengikut bacaan astrologi Cina mendakwa sifat-sifat tahun ular adalah seperti berikut:

1. Yin / Yang : YIN
2. Unsur Tetap : API
3. Sifat Positif : Berfikiran panjang, mistik, bijaksana, lemah lembut, sensual, kreatif, cermat, pintar, bercita-cita, berbudi bahasa, tenteram, kuat, setia, tekad, berwaspada dan bertanggungjawab.
4. Sifat Negatif: Menyendiri, komunikasi teruk, cemburu, hedonis, ragu diri, sentiasa menaruh kesangsian terhadap orang lain dan pendusta.

Oleh sebab itu, saya berharap sempena tahun ular ini kita dapat mengambil iktibar daripada sifat-sifat ular terutama yang positif tadi dalam memastikan perjuangan rakyat mencapai kemenangan. 

Berfikiran Panjang
Saya berharap semua pejuang PR dapat menggunakan akal yang panjang untuk berhadapan dengan segala muslihat UMNO/ BN untuk memenangi piliharaya dengan cara jijik dan tidak adil. 


Bijaksana
Sifat ini perlu dalam segala pertimbangan kita terutama dalam berhadapan dengan rakyat yang mahu melihat pimpinan parti politik adalah dikalangan bijaksana tidak seperti mereka yang berada dalam UMNO/BN yang selalunya tidak mempunyai kewarasan terutama dalam berhujah. Lihat sahaja Y.B. Dato Bung Mokhtar Raden dalam kebanyakan 'tweet'nya di laman sosial 'TWEETER' tidak menggambarkan beliau seorang pimpinan Melayu yang bijak sana. Beliau sering melemparkan perkataan maki-hamun termasuk perkataan lucah. Dan ia langsung tidak memberangsangkan minda. Justeru, sebagai sebahagian daripada kalangan komponen Pakatan Rakyat saya berharap saudara/i mempuncai indera yang lebih baik dan berhujahlah dengan bijaksana.

Lemah Lembut & Sensual
Menurut astrologi Cina juga menyatakan bahawa ular sifatnya agak lemah lembut lantar pergerakannya yang lemah lembut tetapi pantas. Oleh itu, pergerakan kita untuk menuju kemenangan juga harus lembut dan pantas. Disamping itu sifat sensetif ular dalam kehidupan hariannya harus diambil sebagai tauladan sebagaimana Pakatan Rakyat yang sangat sensitif terhadap rakyat disekelian peringkat. Kepayahan dan kesusahan rakyat harus diambil tindakan serius dan segera. Isu kenaikan harga petrol, konsesi tol, konsesi air dan sebagainya menjadi perjuangan untuk memakmurkan rakyat Malaysia umumnya. Memahami kesusahan ini antara pengkhususan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang rata-rata lahir dari kalangan orang susah. Sebagaimana saya yang dibesarkan di Gerai Goreng Pisang, di gerbang masuk Taman Semerah amat mengenali kesusahan peniaga-peniaga kecil sebagaimana ibu saya ketika membesarkan saya. Sensitiviti ini mungkin tidak ada dikalangan pemimpin UMNO/BN dewasa ini yang kebanyakannya lahir di mahligai dan istana. Dan ia bersifat 'herediti' iaitu bersifat turun temurun. Lihat sahaja legasi Hussien Onn, legazi Tun Abd Razak dan terkini Legasi Mahathir dan ramai lagi legasi-legasi UMNO peringkat Bahagian.

Kreatif dan Pintar
Saya juga berharap kita dapat menjana minda dan otak agar lebih kreatif dan pintar dalam memastikan kemenangan Pakatan Rakyat. Akan tetapi berfikiran secara kreatif bukan bermaksud melakukan muslihat sebagaimana pimpinan UMNO lakukan. Tetapi, ia adalah gambaran jelas bahawa ahli-ahli Pakatan Rakyat mempunyai pemikiran yang kreatif dalam menyampaikan maksud-maksud perjuangan dalam pelbagai cara dan konteks.

Selain itu, dalam memastikan kemenangan rakyat di PRU 13 tahun ini adalah sangat penting kita memastikan segala sifat ular ini dapat dimenifestasikan dalam mencari kemenangan tersebut. Sifat lain seperti cermat, pintar, bercita-cita, berbudi bahasa, tenteram, kuat, setia, tekad, berwaspada dan bertanggungjawab harus juga diteladani agar kemenangan menjadi milik kita.

Kesimpulannya, saya merasakan bahawa sebagai seorang yang menjadi pelawan keapda UMNO/BN, kita harus mengambil budaya dan semangat ular ini untuk memastikan kemenangan rakyat di Nusajaya dan Putrajaya. Insyaallah.

Selamat Tahun Baru Cina...

Zaihan Zainal

Merupakan bekas atlet, pernah mewakili negeri Johor dalam sukan bolasepak sejak berumur 12 tahun sehingga 18 tahun. Melanjutkan pelajaran dalam bidang Sains Sukan selepas memperolehi keputusan cemerlang dalam SPM di Sekolah Menengah Semerah. Di UiTM menamatkan Diploma Kesihatan dan Kecergasan dan Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan (Kep). Memulakan karier di Institut Sukan Negara dibawah seliaan seorang berbangsa Jerman iaitu Jorg Taichmen kemudian dalam industri kecergasan sebelum bersama Pasukan Bolasepak PKNS FC yang bermain di Liga Perdana Malaysia 1 musim sebagai Pakar Kecergasan dan Kecederaan dan musim berikutnya dipancing oleh pasukan Selangor (FAS) selaku Ketua Unit Rehabilitasi selama beberapa musim sebelum membuat keputusan untuk mengusahakan perniagaan sendiri dan aktif dalam politik. Kini, menjawat sebagai Naib Ketua Cabang (Bahagian) PKR Parit Sulong, Johor. 
Pernah mengharumkan nama Malaysia semasa pertandingan rekacipta peringkat dunia di International Trade Fair (IENA), Nuremberg, Jerman pada 5-6 November 2009 dengan memenangi tempat kedua (pingat perak) dengan produk ciptaan bersama Sdr Mohd Noorazam Abd Razak, Pensyarah Kanan, UiTM dan Prof Dr Anuar Suun, Majlis Sukan Negara. Produk dikenali sebagai 'FLEXi Ice Bag' berkaitan alat kemudahan kecederaan dalam sukan.

No comments:

Post a Comment