Penting

Segala tulisan dalam blog ini hanya pandangan peribadi berdasarkan pendidikan, pengalaman, pembacaan dan pemerhatian penulis terhadap kehidupan seharian. Saya menggalakkan penyebaran informasi daripada blog ini. Namunbegitu, tindakan undang-undang akan diambil sekiranya segala informasi daripada blog ini digunakan untuk tujuan fitnah dan boleh memudharatkan orang lain. Selamat Membaca.

303 CHANNELS HANYA RM40 SEBULAN

Friday 11 April 2014

#PEMILIHAN2014: Ibarat Sireh Pulang Ke Gagang (Siri 1)

Salam sejahtera semua pembaca blog yang budiman.

Akhirnya, saya mempunyai ruang setelah beberapa bulan saya menyepikan diri daripada 'update' sebarang berita mahupun nukilan di laman blog ini.

Sebenarnya beberapa bulan lepas saya mengambil keputusan untuk menumpukan segala masa yang ada untuk kerja-kerja hakiki saya. Walaupun begitu segala perkembangan politik dan isu semasa khususnya mengenai ekonomi tidak pernah saya tinggalkan.

Daripada GST hinggakan MH370 benar-benar buat saya meronta untuk memberikan buah fikir. Tapi, saya tahan hingga ruang pagi Sabtu ini berulah saya membuka kembali blog ini.

Kini, bahang #PEMILIHAN2014 Parti Keadilan Rakyat sungguh panas. Ini berikutan pertandingan peringkat kepimpinan pusat yang ditandingi calon-calon hebat.

Pertandingan merebut jawatan Timbalan Presiden PKR adalah diantara yang menjadi minat bukan sahaja anggota parti seluruh negara malahan masyarakat umum turut memberikan perhatian. PKR merupakan sebuah parti yang unik berbanding parti-parti siasah lain di Malaysia. 



Jika, parti-parti lain memilih Presiden adalah ibarat memilih arah tuju dan perjalanan parti. Akan tetapi, jawatan Presiden dalam PKR sudah ibarat ekslusif buat keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim. Apatahlagi bila parti ini diketuai oleh Datuk Seri Wan Azizah Ismail atau sangat mesra dikalangan anggota parti dengan panggilan 'Kak Wan'. Sebab itu perebutan jawatan Timbalan Presiden menjadi perhatian.


Kak Wan diangkat sebagai Presiden sejak penubuhan Parti KeADILan Nasional pada tahun 1999. Sebagaimana saudara-saudari maklum bahawa penubuhan parti ini adalah hasil gerakan rakyat yang bangkit akibat kebejatan pimpinan negara diketuai Tun Dr. M ketika itu. Gerakan massa yang mencapai kemuncak apabila penahanan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998. 


Nama-nama seperti Azmin Ali, Ezam Md Nor, Lokman Nor Adam, Ruslan Kassim, Dr. Chandra Muzzafar, Annuar Shaari, Azwan Din, Marina Yusoff, Yahya Saari, Zainur Zakaria, Zahid Md Arip, Abd Rahman Osman dan ramai lagi adalah diantara mereka yang terawal membawa diri ke kancah pembelaan rakyat. Ini termasuk Naib Presiden UMNO sekarang iaitu Datuk Seri Zahid Hamidi yang ketika awal gerakan Reformasi merupakan Ketua Pemuda UMNO. Namun ramai diantara nama-nama ini telahpun meninggalkan parti atas sebab-sebab yang Allah SWT dan mereka sahaja ketahui.

Yang tinggal hanya beberapa kerat sahaja. Akan tetapi, pemimpin rakyat tidak pernah putus malahan kehadiran pemuda dan belia yang lebih berkualiti menyarung jersey parti ini memberikan nafas baru kepada perjuangan rakyat. Hal ini bertepatan dengan sokongan orang muda terhadap parti ini khususnya jika kita lihat pada keputusan PRU13 yang lalu.

Watak-watak baru seperti Rafizi Ramli, Amirudin Shaari, Nik Nazmi, Azmizam Zamanhuri dan lain-lain mencabar kenangan yang ditinggalkan nama-nama besar yang selalu mengegarkan pentas-pentas ceramah seperti saya sebut yang telah meninggalkan perjuangan PKR.

Kematangan pemimpin-pemimpin muda ini dilihat dengan debat calon Ketua AMK yang diadakan pada 1 Mac 2014 di Batu Pahat dengan calon menampilkan karisma mereka. Masing-masing mengemukakan gagasan dan tim masing-masing. 


bersambung...


"Semerah Anak Semerah,
Mana Takut Ombak Laut,
Adat Pendekar Pantang Menyerah,
Hadapan Tuan, Hamba Melutut..." 

Sekian,

Zaihan Zainal,
Naib Ketua,
PKR Cabang Parit Sulong




No comments:

Post a Comment