Penting

Segala tulisan dalam blog ini hanya pandangan peribadi berdasarkan pendidikan, pengalaman, pembacaan dan pemerhatian penulis terhadap kehidupan seharian. Saya menggalakkan penyebaran informasi daripada blog ini. Namunbegitu, tindakan undang-undang akan diambil sekiranya segala informasi daripada blog ini digunakan untuk tujuan fitnah dan boleh memudharatkan orang lain. Selamat Membaca.

303 CHANNELS HANYA RM40 SEBULAN

Sunday 1 September 2013

PA Ahli Parlimen Naik Tocang


PA lebih sudu dari KUAH!!

 Gambar hanya sebagai hiasan. Tidak ada kena mengena antara hidup atau mati.

Dilaporkan bahawa seorang PA kepada Ahli Parlimen PKR di Keadilan Johor telah menggunakan amanah yang dipertanggungjawabkan kepadanya untuk melakukan beberapa perkara tidak enak dipandang seperti berikut:


1. Mendakwa ahli parti PKR sebagai ANJING!! (sila rujuk gambar print skrin seperti lampiran)

2. Ada ahli parti mendakwa bahawa PA ini menjual baju parti DEMI RAKYAT warna kuning dengan harga RM24.00

(ralat: saya baru diberitahu oleh sahabat untuk perbetulkan info: baju sukarelawan sebenarnya dijual pada harga RM24.00 sedangkan ianya dibuat dengan harga bawah RM15.00...harap maaf)

3. Sengaja mewakili Y.B Parlimen dalam acara-acara rasmi.

4. Membuat keputusan tanpa bawa berbincang dengan mana-mana anggota parti.

5. Pernah membuat dakwaan bahawa Y.B. menang kerusi Parlimen tersebut sebab ABIM bukan sebab ia bertanding atas tiket PKR.

6. P.A. kepada Y.B. Parlimen daripada parti PKR di Johor ini juga dikatakan angkuh dan agak biadap khususnya bila berhadapan dengan ahli parti.

Justeru, saya minta Y.B. Datuk Mohd Idris Jauzi untuk menjawab beberapa persoalan saya?

1. Sudah berapa lama PA ini jadi ahli parti?

2. Sudahkah beliau memahami prinsip dan asas perjuangan parti?

3. Mengikut semakan terkini saya pada 29hb Ogos 2013 di Pejabat Keadilan Nasional, P.A. ini belum didaftarkan sebagai ahli parti? Jika sudah buktikan dengan nombor keahlian kepada kami?

4. Jika beliau belum mendaftar sebagai ahli parti: maka. bagaimanakan beliau boleh diambil bekerja sebagai P.A. atau SU sulit kepada Y.B. Parlimen PKR. Hal ini kerana kekhuatiran kami bila orang2 seperti dilantik sebagai orang kanan Y.B. tanpa memahami 17 PRINSIP ASAS PERJUANGAN PKR sebagaimana yang ada dalam perlembagaan asas penubuhan parti ini; sudah tentu beliau tidak dapat 'delivered' semangat perjuangan itu kepada masyarakat.









Baju kuning DEMI RAKYAT ini dijual dengan harga RM24.00. Hanya boleh didapati dipejabat PKR di Rengit sahaja. Mungkin kainnya luar biasa.

Buat masa ini kita mahu Y.B. segera menjawab beberapa persoalan ini.

Menghambur ahli parti sebagai 'ANJING YANG MENYALAK' amat tidak boleh diterima orang Ahli Parti seperti saya. Kami berhempas pulas bekerja sejak parti ini ditubuhkan. Ada dikalangan kami yang gugur. Ada dikalangan kami yang putus mata pencarian....ada antara kami yang terlantar...Ada diantara kami yang meninggal dunia kerana asa perjuangan itu...

Justeru, saya mahu penjelasan segera oleh Y.B.




"Semerah Anak Semerah,
Mana Takut Ombak Laut,
Adat Pendekar Pantang Menyerah,
Hadapan Tuan, Hamba Melutut..."

Sekian,

Zaihan Zainal,
Naib Ketua,
PKR Cabang Parit Sulong

1 comment: