Penting

Segala tulisan dalam blog ini hanya pandangan peribadi berdasarkan pendidikan, pengalaman, pembacaan dan pemerhatian penulis terhadap kehidupan seharian. Saya menggalakkan penyebaran informasi daripada blog ini. Namunbegitu, tindakan undang-undang akan diambil sekiranya segala informasi daripada blog ini digunakan untuk tujuan fitnah dan boleh memudharatkan orang lain. Selamat Membaca.

303 CHANNELS HANYA RM40 SEBULAN

Sunday 16 November 2014

Salam sejahtera, masih tidak terlambat buat saya mengucapkan salam Aidilfitri buat semua.

Beberapa minggu kebelakangan ini saya agak sibuk kerna kembali bertumpu kepada kerja-kerja hakiki saya demi menyuap 7 orang anugerah Allah SWT kepada saya untuk dijaga disamping 2 isteri kesayangan saya.

Alhamdulillah, syukur tidak terhingga kepada Nya yang memberikan tenaga luar biasa buat saya untuk mencari rezeki buat keluarga. Oleh sebab saya sudah bercuti hampir beberapa bulan semasa pra dan pasca pilihanraya untuk memberikan tumpuan di DUN N17 Semerah tempoh hari, maka banyak kerja saya diuruskan oleh pembantu saya di pejabat. Sudah tentu ada bahagian-bahagian tertentu yang tidak dapat diselesaikan oleh beliau. Sebab itu, meja di pejabat saya agak kelam kabut. Saya menguruskannya sejak bulan Ramadhan yang lalu sehingga lewat Syawal ini. Insya Allah saya jangkakan akan selesai dalam beberapa hari lagi.

Justeru, kebejatan kerja hakiki dan sambutan Aidilfitri membataskan masa saya untuk terlibat dalam sebarang aktiviti politik. 

Namunbegitu, saya tidak un meninggalkan DUN Semerah sebegitu sahaja. Sebaliknya, pertemuan dan mesyuarat bulanan tetap diadakan. Saban hari pertambahan ahli terutama aktivis muda semakin meningkat. Dan saya sebut kepada teman-teman agar jangan biarkan momentum dan semangat rakyat dibiarkan. Justeru, pejabat PKR DUN Semerah yang terletak betul-betul berhadapan dengan Pejabat Pos Pekan Semerah sentiasa diimarahkan dengan pelbagai aktiviti.



Selain itu, pejabat ini juga menjadi Pusat Khidmat masyarakat bagi memereka yang memerlukan.


No comments:

Post a Comment