Penting

Segala tulisan dalam blog ini hanya pandangan peribadi berdasarkan pendidikan, pengalaman, pembacaan dan pemerhatian penulis terhadap kehidupan seharian. Saya menggalakkan penyebaran informasi daripada blog ini. Namunbegitu, tindakan undang-undang akan diambil sekiranya segala informasi daripada blog ini digunakan untuk tujuan fitnah dan boleh memudharatkan orang lain. Selamat Membaca.

303 CHANNELS HANYA RM40 SEBULAN

Sunday 16 November 2014

Pengerusi Dan Ahli SPR Perlu Letak Jawatan - Prof. Mohammad Agus


Setelah hampir seminggu pilihan raya selesai, masih ada suara yang tidak puas hati. Saya tidak lihat sebabnya adalah keengganan rakyat untuk menerima keputusannya, tetapi ada sebab lain berkaitan hal ini.

Jika ditanya apa sebabnya, saya akan katakan ia bukan berkaitan dengan pengundi hantu dari Bangladesh, Nepal, India dan Pakistan kerana sukar untuk saya membuktikannya.

Saya juga tidak akan katakan soal berat sebelah media perdana kerana laporan media pembangkang dan alternatif lainnya pun sama. Saya juga tidak akan katakan kerana senarai nama pengundi yang bertindih kerana ramai yang sukar mempercayainya.

Tetapi saya akan katakan saya tidak puas hati kerana saya berasa tertipu dengan penggunaan dakwat kekal yang tidak kekal. Soalan saya ialah kenapa susahnya SPR menyediakan dakwat kekal? India, Indonesia, Bangladesh dan Pakistan yang gunakan dakwat ini tidak ada masalah pun untuk kekal selama tujuh hari. Dakwat kita belumpun sampai tujuh jam sudah tanggal dan ini boleh dirasai oleh semua pengundi.

Maka, siapa yang patut dipersalahkan? Saya tidak salahkan UMNO dan BN, tetapi saya salahkan SPR. Dengan kegagalan ini, jika tanpa jawapan yang memuaskan, sampai ketikanya Pengerusi SPR dan ahli-ahlinya meletakkan jawatan.

Semoganya kelemahan dalam pengendalian pilihan raya kali ini tidak berlaku lagi dalam PRU ke-14 nanti. Negara kita berhak mendapat pengurusan pilihan raya yang lebih baik.

Kalaulah Prof. Mohammad Agus yang banyak memainkan peranan dalam memberikan idea dan kritis politik Malaysia selama ini dan dikenali sebagai seorang yang agak 'favor' kepada UMNO dalam banyak bingkisan dan 'ole-ole' beliau selama ini akhirnya juga terpaksa mengkritik salah satu Bahagian UMNO di Malaysia ini iaitu SPR.

Bagi saya pula sebagai rakyat Malaysia merasakan kita harus bangkit menentang kejahatan dan penyelewengan ini. Ia bukan sekadar pengundi daripada Bangla, Myanmar, India, Indonesia dll tetapi lebih tepat keputusan selepas pengundi import ini mejalankan tugas mereka di bilik-bilik saluran mengundi. Malah ia adalah penyelewengan selepas itu. Sebab itu saya mendesak semua anak-anak Johor yang celik hati untuk bersama dengan saya malam esok jam 8.30 di Johor Bahru untuk menunjukkan kepada Dunia bahawa rakyat Johor juga prihatin dengan halatuju masa depan negara.

Menurut Y.B. Rafizi Ramli yang mengetuai tim yang akan mengkaji dan bertindak mengenai segala kecurangan pilihanraya ke 13 terdapat hampir 30 Parlimen yang diragui sehahihan keputusannya. Ini berikutan dengan beberapa peristiwa luar biasa sebagai contoh banyak tempat pengiraan undi di parlimen-parlimen ini berlaku 'BLACKOUT', peti undi hilang, kotak undi dijumpai, jumlah kehadiran pengundi dengan jumlah total pengundi BN+pengundi PR+undi rosak+undi tidak dipulangkan berbeza hampir 200-400 undi dan pelbagai keraguan luar kotak fikiran orang waras.

Sebelum kami perlukan permit kami nak tau beberapa jawapan mengenai persoalan berikut:

1.Penipuan BN ada permit polis? 
2.Kertas undi hilang ada permit polis?
3.Blackout waktu pengiraan undi ada permit polis?
4.Jumlah kertas undi yg dikeluarkan dgn jumlah keseluruhan undi berbeza ada permit polis?
5.Kotak undi perlukan 5 jam untuk tiba di tempat pengiraan undi walaupun jaraknya 20km ada permit polis?
6.Dakwat kekal 7 minit (SPR janji 7 hari) ada permit polis?
7.Bangla+Indon+Myanmar+India+Pakistan bole dpt IC dan mengundi ada permit polis?
8.Petugas SPR bawa keluar kertas undi drpd bilek saluran mengundi ada permit polis?
9.Petugas BN berikan duit sebagai ganjaran mengundi BN kpd pengundi ada permit polis?

kalau salah 1 drpd soalan diatas ada jawapan Ada permit polis, saya x turun JB 15hb ni...

Kalau x ada, saya menyeru teman2 anak2 Johor jom turun sama2 ke JB untuk memberikan solidariti kepda kehendak rakyat untuk membuat PERUBAHAN TETAPI TELAH DINAFIKAN OLIH SPR melalui kaedah PELACURAN PILIHANRAYA!

Justeru, saya mendesak saudara saudari untuk hadir tunjukkan sokongan orang Johor juga mahukan perobahan!!

Anak2 Semerah yg ingin sertai sila PM sy.

Sekian, TQ

Semerah anak Semerah,
Mana takut Ombak Laut,
Adat pendekar pantang kalah,
Di hadapan Tuan, Hamba melutut...

No comments:

Post a Comment