Penting

Segala tulisan dalam blog ini hanya pandangan peribadi berdasarkan pendidikan, pengalaman, pembacaan dan pemerhatian penulis terhadap kehidupan seharian. Saya menggalakkan penyebaran informasi daripada blog ini. Namunbegitu, tindakan undang-undang akan diambil sekiranya segala informasi daripada blog ini digunakan untuk tujuan fitnah dan boleh memudharatkan orang lain. Selamat Membaca.

303 CHANNELS HANYA RM40 SEBULAN

Friday 30 December 2011

Pengkhiantan Anak Melayu di Mesjid Tmn Desajaya, JB

Semalam 30 Disember 2011, kita telah digemparkan dengan berita mengatakan bahawa terdapat 6 kepala haiwan yang dikenali sebagai khinzir atau babi di hadapan pintu Masjid Al Falahiah, Tmn Desajaya, Johor Baharu. Disebabkan berita tersebut sekalian anak muda muslim di Johor dengan digegarkan dengan gegak gempita supaya segera mempertahankan institusi yang paling utama dalam pembangunan umat iaitu mesjid.

Meninggalkan kepala haiwan dihadapan pintu masuk pagar luar mesjid merupakan tindakan yang boleh membangkitkan kemarahan umat islam kerana beberapa faktor.

Yang pertama: diketahui mesjid menjadi tempat beribadah umat islam dan adalah perlu suci lagi menyucikan sebelum memasukinya.

Yang kedua; haiwan yang bernama babi itu dalam masyarakat Melayu Islam merupakan haiwan yang paling jijik dan kotor sejak sekian lama dididik. Ia seangkatan jijiknya dengan anjing. Bagi masyarakat Melayu Islam telahpun dimomokkan sejak saban zaman bahawa kedua binatang ini adalah haram hatta disentuh boleh mendatangkan mudharat. Dan mengambil haiwan ini walaupun anjing yang boleh memberi manfaat kepada pembela juga dipandang sinis dan dianggap satu kesalahan yang besar dalam masyarakat terutama dikampung. Walaupun anjing boleh dibela untuk membantu menjaga rumah atau kebun dan sebagainya. Sedangkan, tiadalah tidak boleh terkena langsung atau bersentuh langsung diantara kulit muslim dan haiwan ini. Kerna syarak membenarkannya walaupun haram. Cuma, kena membasuh dengan cara yang betul yang dikenali sebagai 'samak'.

Saudara/i, pembaca yang dikasehi sekalian,
Seperti dimaklum umum bahawa haiwan yang ditemui tanpa badan dan kaki itu merupakan haiwan yang dijadikan makanan dagingnya oleh umat manusia yang lainnya. Memang menjadi tabie untuk orang-orang bangsa lain terutama cina Malaysia untuk menjadikan daging haiwan tersebut sebagai makanan harian. Jadi, tidak mustahil negeri Johor merupakan antara negeri pengeluar daging BABI terbesar di Malaysia dan ia bertepatanlah dengan penduduk negeri Johor selain daripada Melayu, mereka antara terbesar berbanding bangsa lain.

Saya secara peribadi menganggap perbuatan khianat itu adalah dilakukan tidak dilakukan oleh orang cina. Hal ini kerana beberapa sebab yang percaya.

Dengan keazaman luar biasa untuk meninggalkan kepala haiwan ini dihadapan pintu masuk mesjid sudah pasti menjadikan individu berbangsa cina sebagai suspek utama walaupun kebarangkalian bangsa lain itu lebih tinggi. Maka, dengan menjadikan orang cina di Johor sebagai suspek yang bertanggungjawab terhadap perbuatan biadap itu sudah pasti mengundang kebencian dan pandangan serong umat Melayu Islam. Dan secara lahiriyahnya, orang cina tidak akan berani melakukan perbuatan tersebut kerana sudah tentu mereka khuatir kerana sudah pasti polis akan dapat menjejak dari pengeluar mana dan siapa yang beli babi dan kepala itu.

Selain itu, kalau benar orang cina yang melakukan perbuatan ini, sudah pasti kepala babi tersebut tidak menggunakan plastik. Sebaliknya, sudah pasti mereka angkat begitu sahaja tanpa alas plastik. Jadi, kalau benar telahan saya menunjukkan bukan orang cina yang meletakkan kepala babi di hadapan pintu masuk mesjid itu sudah pasti ia adalah kemungkinan yang jelas meunjukkan perbuatan tersebut adalah khianat.

Dan saya amat terguris dan berkecil hati sekiranya ia dilakukan oleh anak-anak Melayu Islam. Saya tidak mampu mengambarkan kesedihan itu dan sekiranya ia dilakukan bertujuan untuk memecahbelahkan perpaduan negara, maka tindakan tegas dan pantas harus diambil oleh pihak polis. Andaikata, perbuatan itu ada berkaitan dengan permainan politik pihak tertentu; sudah pasti saya dan teman-teman di Johor tidak akan teragak-agak untuk memastikan pihak yang berkhianat ini harus dihukum dengan tanpa belas ikhsan.

Diakhir kata, saya berharap agar pihak PDRM Johor dapat menjalankan tugas denga penuh amanah dan bertanggungjawab. Semoga isu ini tiada membawa kemudharatan kepada negara.

Demi Rakyat Semerah,
zaihan zainal

No comments:

Post a Comment