Penting

Segala tulisan dalam blog ini hanya pandangan peribadi berdasarkan pendidikan, pengalaman, pembacaan dan pemerhatian penulis terhadap kehidupan seharian. Saya menggalakkan penyebaran informasi daripada blog ini. Namunbegitu, tindakan undang-undang akan diambil sekiranya segala informasi daripada blog ini digunakan untuk tujuan fitnah dan boleh memudharatkan orang lain. Selamat Membaca.

303 CHANNELS HANYA RM40 SEBULAN

Monday 4 March 2013

Program Jelajah Berbasikal DUN N17 Semerah

Salam sejahtera kepada semua pembaca, pada 3 Mac 2013, saya diringi teman telah sukses menjelajah dengan berbasikal ke sekitar DUN Semerah bermula di Pasar Tani di Taman Semerah-Parit Simen-Simpang Lima-Peserai-Pasar Besar Batu Pahat-Simpang Lima-Batu Puteh-Sg Nibong-Semerah mengambil masa 4 jam meliputi perjalanan 50km termasuk beramah mesra dan mendekati masalah masyarakat.

Saya memulakan pagi itu dengan bersarapan dengan beberapa orang rakan di Gerai Roti Canai Abang Zakaria, sebelah Dewan Orang Ramai, Pekan Semerah. Roti canai 2 keping banjir ditambah dengan sambal membuka selera sarapan pagi tidak seperti hari-hari lain.

Jam 7.30pg tepat kami memulakan kayuhan 'Demi Rakyat Semerah' menuju Pengkalan Nelayan atau Jeti Parit Simen (jarak lebih kurang 6km dari Semerah). Tiba di jeti jam 7.45pg. Nelayan belum lagi pulang daripada tengah laut. Menurut Razman, seorang anak muda lepasan SPM yang kelihatan gigih menjadi pembantu kepada peraih ikan bagi nelayan-nelayan yang berpengkalan di Jeti Parit Simen ini bahawa nelayan biasanya keluar selepas solat Suboh iaitu diantara jam 6.00-6.30 pagi dan akan hanya pulang bersama hasil tangkapan diantara jam 10.00-11.00 pagi. Ketika itu, Razman sedang membuat persiapan membersihkan bakul dan bekas untuk menjual hasil tangkapan malam sebelum pagi itu. Jadi, tips untuk dapatkan ikan yang lagi segar kata Razman datang selepas jam 10 pagi.
Jeti Parit Simen, Semerah

Selepas berkenalan dan berbual dengan anak muda ini, saya dan teman-teman meninggalkan Razman meneruskan kerja beliau. Jam 7.55pg saya meneruskan kayuhan ke perkarangan Medan Selera Benteng, Peserai untuk menyertai acara senaman pagi dengan muzik bersama lebih kurang 15-20 orang kakak, abang dan makcik-makcik.

Tiba di perkarangan letak kereta / parkir Medan Selera Benteng kelihatan Abang Selamat dan teman-teman mereka telah mulakan program pagi itu seperti hari-hari minggu yang biasa. Aktiviti senamrobik ini adalah bertujuan sebagai riadah untuk mengeluarkan peluh mereka selain daripada mengeratkan ukhwah diantara satu sama lain. Saya turut menyertai mereka beberapa minit sebelum meneruskan perjalanan.
Aktiviti Senamrobik di Medan Selera Benteng, Peserai


Kayuhan seterusnya menuju ke Pasar Batu Pahat. Tiba di Pasar Batu Pahat lebih kurang jam 8.45pg. Saya beramah mesra dengan peniaga-peniaga kecil kawasan sekitar. Perbualan kami bersikar tentang skop ekonomi micro. Kebanyakan peniaga kecil berbangsa Cina dan Melayu-Arab ini memulakan perniagaan sejak puluhan tahun. Mereka biasa dengan sepak terjang mainan ekonomis pro kapitalis. Dan rata-rata peniaga-peniaga ini sudah tidak tahan dengan tembelang politikus UMNO/BN. Mereka mahu PRU13 segera berakhir dengan kerajaan pusat dan negeri yang baru!
Jalan Pasar Batu Pahat dibawah DUN Semerah

Setelah hampir 30 minit bersama dengan mereka saya pun meneruskan sedikit kayuhan menuju ke Pasar Karat Batu Pahat tidak kurang daripada 30 kayuh basikal saya. Saya amat terkejut dengan kehadiran hampir ratusan pengunjung tidak putus-putus ke setiap pelosok Pasar Karat ini. Pasar Karat ini digelar dengan mengambil kira produk jualan di setiap gerai adalah barangan lusuh atau terpakai. Selain daripada pakaian 'bundle', saya juga menemui pelbagai barangan antik termasuk mesin jahit jenama Singer yang lama. Sangat cantik dan antik. Kalaulah bukan kerana saya berkayuh sudah tentu saya sendiri akan borong banyak barangan antik di sini. Selain barangan antik dan lusuh yang banyak dijual di Pasar Karat ini, pengunjung yang datang rata-rata orang melayu kelihatan gembira kerana dapat 'shoping' sakan di Pasar Karat ini. Dan kebanyakan pengunjung memberikan jawapan bahawa mereka datang membeli belah di sini kerana harga yang berpatutan dan murah serta boleh tawar menawar.
Pelbagai barangan ada di Pasar Karat Batu Pahat

Dalam teori ekonomi pula merumuskan bahawa sekiranya masyarakat gemar membeli barangan lusuh maksudnya masyarakat di sesuatu kawasan itu berhadapan dengan masalah ekonomi yang runcing.

Justeru, sepanjang berada disekitar Pasar Karat ini saya lihat pelbagai golongan tidak kira lelaki-perempuan, tua-muda, miskin-kaya; mereka semuanya kelihatan gembira memiliki barangan yang dibeli. Seolah-olah mereka telah datang lebih awal dan mengidamkan barang-barang ini kemudian pulang dan kerja untuk dapat upah dan beli barangan idaman ini. Jadi, ini menguatkan lagi perasaan saya bahawa ekonomi masyarakat sekitar Batu Pahat khususnya di DUN Semerah berhadapan dengan masalah. Ia bermula dengan kenaikan harga minyak beberapa tahun dahulu selepas UMNO/BN menang piliharaya. Kemudian ditambah dengan kenaikan harga-harga barangan keperluan seperti gula, minyak masak dan sebagainya. Tetapi dalam masa yang sama harga sawit turun. Hasil ekonomi utama penduduk di DUN Semerah adalah bertani dan sawit adalah sumber utama. Jadi tidak ada jalan lain untuk membantu penduduk di DUN Semerah ini selain daripada mengundi Pakatan Rakyat!!
Bersama dengan Pak Sahak di Pasar Karat Batu Pahat

Semasa beramah mesra dengan masyarakat di sini, saya ketemu dengan seorang sahabat kampung dikenali sebaga Rep. Beliau adalah senior saya di Sekolah Menengah Semerah. Kemudian, saya minum bersama beliau di sebuah gerai berdekatan. Sambil 'ngeteh' kami seronok bercerita mengenai zaman kanak-kanak sambil bertanya khabar mengenai rakan-rakan lain.
Ketemu sahabat sekampung semasa zaman kanak-kanak di Pasar Karat.

Setelah hampir jam 10.00pg saya pun beredar dan memulakan kayuhan menuju ke Simpang Lima dan berhenti seketika sambil berkenalan dengan pengusaha kedai basikal dikenali sebagai Agus. Beliau mengambil alih perniagaan daripada bapa beliau. Perkenalan itu cukup memberikan erti buat saya apabila disitu kami juga berkenalan dengan sekumpulan 'riders' tempatan. Lebih kurang 30 minit disitu, kami beredar ke Jalan Bt Puteh untuk melihat perkembangan projek Sekolah Agama di tanah yang diwakafkan oleh penduduk berhampiran sejak 1993 yang masih belum didirikan oleh pentadbiran UMNO/ BN.
Bersama Agus (kiri) dan Abang Midon (kanan) di kedai basikal Kg Bt Puteh.

Setibanya, di perkarangan kawasan projek tersebut tidak kelihatan sebarang perkembangan yang positif melainkan daripada cerucuk yang sudah hampir berbulan di situ tampa sebarang tindakan progresif. Tanah ini diwakafkan oleh penduduk setempat sejak 1993 kepada Jabatan Agama Islam Daerah supaya didirikan sekolah agama silibus JAIJ. Pemilik tanah yang bekerja di Singapura waktu itu bekerja keras untuk mengumpul duit agar dapat membeli sebidang tanah dan niat mewakafkan tanah tersebut untuk tujuan pembinaan sekolah agama dengan harapan dapat membantu masyarakat sekitar termasuk anak-anak beliau bersekolah agama tanpa perlu melalui perjalanan yang jauh. Namun, ketika menemui pemilik tanah tersebut beberapa minggu lalu, Tn Hj Ahmad Morshid memaklumkan kepada saya bahawa tanah tersebut telah diberikan kepada individu tertentu yang ada kaitan dengan Jabatan Agama Islam Johor pada awal tahun 1993. Dan beliau melahirkan rasa kekecewaan beliau apabila penyerahan dibuat sejak 20 tahun lalu masih tidak ada perkembangan positif selain daripada pembersihan kawasan dan sedikit cerucuk dipasang menjelang PRU13 ini. (nantikan pendedahan ekslusif berkaitan isu sekolah agama tersebut dalam masa terdekat. Sila hubungi/sms 0192910304 atau email zaifique@gmail.com untuk sebarang maklumat lanjut)
Tanah yang diwakafkan untuk Sekolah Agama dibawah Jabatan Agama Islam Johor pada 1993 masih tidak siap.

Kemudian, jelajah berbasikal saya diteruskan ke Parit Kuda-Parit Guntong-Kg Lubok-Sg Nibong- Kg Semerah Darat melawat beberapa rumah kenalan termasuk Ibu kepada sahabat baik saya. Makcik Ila sangat mengenali saya sejak zaman awal remaja. Saya dan beberapa rakan sebaya lain sering datang ke rumahnya mengadakan 'study group' menjelang PMR dan SPM lebih 15 tahun dulu. Katanya, saya tidak banyak berubah selain daripada kematangan fikiran. Kali terakhir kami bertemu semasa menziarahi beliau kira-kira 9 tahun lalu musim Raya Aidilfitri. Ketika itu saya masih bujang. Beliau melahirkan rasa gembira apabila ketemu saya semula. Katanya, kepulangan andakanda dinantikan ibarat 'sireh pulang ke ganggang'.

Selepas itu, program jelajah berbasikal meneruskan perjalanan dan berakhir di Pekan Semerah. Di warung 
'Famous Mee Bandung Hashim', saya ketemu beberapa lagi teman yang sudah lama tidak ketemu. Diantaranya Sdr Ezam yang lebih dikenali sebagai Ali kini menetap di Melaka, Sdr Zamri, Sdr Ahmad Shahrir yang menjadi nadi pembangunan JKR Muar, tetapi beliau menghadapi masalah 'slip disc' akibat aktif dalam sukan. Selain itu, ramai lagi kenalan yang saya ketemu melahirkan rasa gembira apabila mengetahui saya turun berjuang bersama massa dalam membawa pembaharuan politik dan iklim ekonomi. Mereka nyata memberikan galakan dan bersedia bersama dibelakang saya untuk turut melakar sejarah perubahan yang dinantikan ramai rakyat Malaysia.

Selesai program hari tersebut, saya merakamkan jutaan terima kasih kepada seluruh teman-teman yang turut serta dalam program Jelajah Berbasikal ini. Saya juga ingin merakamkan rasa terharu saya apabila melihat sekalian warga Semerah yang senantiasa mengalu-alukan kehadiran saya. Insyaallah program mendekati rakyat seperti ini akan dilakukan dari masa ke semasa.

Salam hormat daripada anak Semerah.

Jazakallah...
Merupakan bekas atlet, pernah mewakili negeri Johor dalam sukan bolasepak sejak berumur 12 tahun sehingga 18 tahun. Melanjutkan pelajaran dalam bidang Sains Sukan selepas memperolehi keputusan cemerlang dalam SPM di Sekolah Menengah Semerah. Di UiTM menamatkan Diploma Kesihatan dan Kecergasan dan Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan (Kep). Memulakan karier di Institut Sukan Negara dibawah seliaan seorang berbangsa Jerman iaitu Jorg Taichmen kemudian dalam industri kecergasan sebelum bersama Pasukan Bolasepak PKNS FC yang bermain di Liga Perdana Malaysia 1 musim sebagai Pakar Kecergasan dan Kecederaan dan musim berikutnya dipancing oleh pasukan Selangor (FAS) selaku Ketua Unit Rehabilitasi selama beberapa musim sebelum membuat keputusan untuk mengusahakan perniagaan sendiri dan aktif dalam politik. Kini, menjawat sebagai Naib Ketua Cabang (Bahagian) PKR Parit Sulong, Johor. 

Pernah mengharumkan nama Malaysia semasa pertandingan rekacipta peringkat dunia di International Trade Fair (IENA), Nuremberg, Jerman pada 5-6 November 2009 dengan memenangi tempat kedua (pingat perak) dengan produk ciptaan bersama Sdr Mohd Noorazam Abd Razak, Pensyarah Kanan, UiTM dan Prof Dr Anuar Suun, Majlis Sukan Negara. Produk dikenali sebagai 'FLEXi Ice Bag' berkaitan alat kemudahan kecederaan dalam sukan.

No comments:

Post a Comment