Penting

Segala tulisan dalam blog ini hanya pandangan peribadi berdasarkan pendidikan, pengalaman, pembacaan dan pemerhatian penulis terhadap kehidupan seharian. Saya menggalakkan penyebaran informasi daripada blog ini. Namunbegitu, tindakan undang-undang akan diambil sekiranya segala informasi daripada blog ini digunakan untuk tujuan fitnah dan boleh memudharatkan orang lain. Selamat Membaca.

303 CHANNELS HANYA RM40 SEBULAN

Monday 8 April 2013

Gotong Royong Di Sebuah Sekolah di DUN Semerah

Salam sejahtera buat teman-teman pembaca.

Alhamdulillah berkat rahmat yang diberikannya, saya masih kuat meredah masa. Akibat kekangan masa dan saya sendiri yang mengendalikan blog ini, memang agak sukar bagi saya mengambil masa yang sesuai untuk menukilkan sebarang catatan buah fikiran seberapa ketika ini. Seingat saya hanya sempat berkongsi pengalaman meredah samudera bersama beberapa nelayan tempatan semata-mata ingin meraih pengalaman bagaimana nelayan mencari sesuap nasi beberapa minggu lalu. Pengalaman itu bukan boleh dibayar dengan wang ringit. Perit jerih mereka mencari sesuap nasi menjadikan saya lebih bermuhasabah atas segala nikmat dan kekuatan yang diberikan Allah SWT.

Oleh sebab itu, keazaman saya untuk berkhidmat untuk masyarakat semakin membuak. Justeru beberapa hari kemudian saya tidak melepaskan masa bila mendengar kata ada program gotong royong dijalankan di salah sebuah sekolah sekitar DUN Semerah. Saya diminta untuk tidak mengumumkan nama sekolah tersebut akibat ketakutan kepada kerajaan BN yang akan mengambil tindakan terhadap penganjur. Saya mengambil keputusan untuk mengurangkan risiko akan cikgu yang membenarkan saya menyertai program tersebut. Kehadiran ibu bapa kepada anak-anak murid serta penduduk di kawasan kejiranan membantu saya mengenali lebih rapat dengan budaya 'GOTONG ROYONG' ini.

Pagi itu udara sangat nyaman mungkin kerna turut meraikan kehadiran para tetamu yang datang dengan ikhlas untuk membersih, mencantikkan kawasan sekolah dan sekitarnya.

Asalnya, saya hadir sebagai orang biasa kerana ingin membantu mereka melakukan aktiviti gotong royong ini. Akan tetapi, saya begitu terharu apabila kehadiran saya sebagai anak muda begitu dialukan oleh ibubapa serta guru-guru pagi itu. In sya Allah saya mohon mereka turut mendoakan perjuangan saya supaya anak-anak saya dan mereka mendapat manfaat daripada perjuangan yang saya percaya ini.







Jazakallah.
ZAIHAN ZAINAL
Merupakan bekas atlet, pernah mewakili negeri Johor dalam sukan bolasepak sejak berumur 12 tahun sehingga 18 tahun. Melanjutkan pelajaran dalam bidang Sains Sukan selepas memperolehi keputusan cemerlang dalam SPM di Sekolah Menengah Semerah. Di UiTM menamatkan Diploma Kesihatan dan Kecergasan dan Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan (Kep). Memulakan karier di Institut Sukan Negara dibawah seliaan seorang berbangsa Jerman iaitu Jorg Taichmen kemudian dalam industri kecergasan sebelum bersama Pasukan Bolasepak PKNS FC yang bermain di Liga Perdana Malaysia 1 musim sebagai Pakar Kecergasan dan Kecederaan dan musim berikutnya dipancing oleh pasukan Selangor (FAS) selaku Ketua Unit Rehabilitasi selama beberapa musim sebelum membuat keputusan untuk mengusahakan perniagaan sendiri dan aktif dalam politik. Kini, menjawat sebagai Naib Ketua Cabang (Bahagian) PKR Parit Sulong, Johor. 

Pernah mengharumkan nama Malaysia semasa pertandingan rekacipta peringkat dunia di International Trade Fair (IENA), Nuremberg, Jerman pada 5-6 November 2009 dengan memenangi tempat kedua (pingat perak) dengan produk ciptaan bersama Sdr Mohd Noorazam Abd Razak, Pensyarah Kanan, UiTM dan Prof Dr Anuar Suun, Majlis Sukan Negara. Produk dikenali sebagai 'FLEXi Ice Bag' berkaitan alat kemudahan kecederaan dalam sukan.

No comments:

Post a Comment