Penting

Segala tulisan dalam blog ini hanya pandangan peribadi berdasarkan pendidikan, pengalaman, pembacaan dan pemerhatian penulis terhadap kehidupan seharian. Saya menggalakkan penyebaran informasi daripada blog ini. Namunbegitu, tindakan undang-undang akan diambil sekiranya segala informasi daripada blog ini digunakan untuk tujuan fitnah dan boleh memudharatkan orang lain. Selamat Membaca.

303 CHANNELS HANYA RM40 SEBULAN

Tuesday 30 April 2013

Sambutan Hari Buroh dan Sejarahnya


Salam sejahtera pembaca blog yang budiman.
Saya percaya saudara/i adalah dalam keadaan ghairah dan teruja akibat aktiviti kempen yang berjalan sepanjang hari. Ketika artikel ini ditulis, kempen pilihanraya sudah memasuki hari ke 11 sejak hari penamaan calon pada 20 April 2013 yang lalu. Sebenarnya 'kempen' yang dimaksudkan adalah kempen rasmi PRU13. Sebab setahu saya BN/UMNO telahpun hebat memperkudakan jentera dan aperatus kerajaan sejak 2 tahun yang lalu untuk kempen 5 Mei 2013 ini. Setiap media yang ada dibawah kawalan sudah hebat membantu kemenangan kerajaan sedia ada untuk kebenaran terus merakus sumber negara di Putrajaya sepenggal lagi. Begitu juga dengan parti-parti dibawah Pakatan Rakyat juga tidak kurang hebat dengan program ceramah dan hebahan di pelbagai pelosok kawasan dan daerah. Kempen mereka diperkuatkan lagi di medium media baharu seperti blog dan media sosial. Mereka pun sudah mula merancang sejak 2 tahun lalu. Cuma yang beda, UMNO/BN juga ada media sebagaimana yang ada oleh PR kecuali media massa seperti TV/Radio dan akhbar harian.
Justeru, kerancakan saudara/i berkempen mestilah jangan dilupai norma-norma sebagai manusia dan insan. Janganlah terlalu taksub terhadap parti masing-masing sehingga menjadikan saudara mara dan sahabat handai sebagai musuh. Janganlah juga jadikan alasan untuk tidak bertegur sapa dengan kawan-kawan yang tidak sealiran dengan parti politik yang disokong. 

BUROH
Buroh ditakrifkan sebagai seseorang yang melakukan sesuatu sebagai sumber pendapatan atau tujuan tertentu.
Pekerja adalah perkataan lain kepada buroh. Ini termasuk dengan pekerja-pekerja atau jentera parti juga boleh dianggap buroh. Justeru, saya ingin mengambil kesempatan kali ini untuk mengucapkan selamat hari buroh kepada semua.
Dalam masa yang sama, elok juga kalau saya menulis sedikit mengenai sejarah bagaimana masyarakat dunia menyanjung 1 Mei setiap tahun sebagai sambutan Hari Buroh Sedunia.

SEJARAH HARI BUROH
Kerja 20 Jam Sehari
Akar sejarah May Day mungkin dimulai pada tahun 1806, ketika terjadi mogok pekerja di Amerika Syarikat yang pertama kalinya. Ketika itu pekerja Cordwainers, perusahaan pembuat kasut mogok tanda protes kerja 20 jam sehari. Akan tetapi, selapas mogok tersebut, penganjur mogok dibawa pula ke mahkamah pengadilan untuk hukum.


Dalam pengadilan itu, terungkap fakta pekerja di era itu benar-benar diperas keringatnya. Mereka harus bekerja 19-20 jam per harinya. Padahal sehari hanya 24 jam. Ertinya para pekerja itu hanya bisa beristirahat 4 jam dalam sehari, dan mereka tidak mempunyai kehidupan lain di luar waktu bekerja.



Maka, kelas masyarakat pekerja (labour) Amerika Syarikat yang datang daripada pelbagai kumpulan pada masa itu kemudiannya memiliki agenda perjuangan yang sama, iaitu menuntut pengurangan jam kerja

Peter McGuire, seorang pekerja yang berasal New Jersey, mempunyai peranan penting dalam menganjurkan perjuangan ini. Pada tahun 1872, beliau dan 100 ribu pekerja lainnya melakukan aksi mogok kerja untuk menuntut pengurangan jam kerja. McGuire menghimpun kekuatan para pekerja dan penganggur dan melobi pemerintah kota untuk menyediakan peluang pekerjaan supaya pekerja dapat gaji lebih baik.
Peter McGuire


Tahun 1881, McGuire pindah ke Missouri dan mulai mengumpulkan para tukang kayu. Hasilnya, di Chicago berdiri persatuan tukang kayu dengan McGuire sebagai sekretariat umumnya. Idea membentuk perikatan pekerja ini kemudiannya menyebar dengan cepat ke seantero Amerika Syarikat. Perikatan-perikatan pekerja tersebut mula ditubuhkan di setiap kota di AS.



Tanggal 5 September 1882, digelarlah 'Labour Day Parade' atau Perarakan Hari Buruh pertama di kota New York dengan 20 ribu peserta. Mereka membawa sepanduk yang berisi tuntutan mereka: 8 jam bekerja, 8 jam istirahat, dan 8 jam rekreasi. Itulah 24 jam kehidupan ideal dalam sehari yang diinginkan kelas pekerja di Amerika Syarikat.

Labour Day Parade


Tuntutan pengurangan jam kerja itu pada akhirnya menjadi perjuangan kelas pekerja dunia. Kongres internasional pertama mereka dilangsungkan di Jenewa, Swiss, pada tahun 1886, dan dihadiri organisasi pekerja dari berbagai negara. Kongres buruh internasional ini menetapkan tuntutan pengurangan jam kerja menjadi 8 jam sehari sebagai perjuangan resmi buruh sedunia.



Tragedi Haymarket

Tragedi Haymarket mengorbankan ramai nyawa buroh.


Pada 1 Mei 1886 merupakan hari pertama tuntutan pihak kumpulan buroh di Amerika Syarikat sekitar 400,000 orang yang mula berkumpul secara besar-besaran. Demonstrasi tersebut berlaku sehingga menjangkau 4 hari yang mengorbankan banyak nyawa.

Pihak kerajaan Amerika Syarikat menerusi pasukan polis menembak ramai penunjuk perasaan pada hari ke-4 demontrasi. Pemimpin-pemimpin utama ramai yang ditangkap dan dikenakan hukuman mati. Peristiwa ini dikenal dengan tragedi Haymarket kerana terjadi di bandar Lapangan Haymarket.
Sebagai tanda penghormatan terhadap pejuang-pejuang buroh yang gugur semasa pertempuran dengan anggota polis di Amerika Syarikat semasa tragedi Haymarket, maka, Kongres Sosialis Dunia di Paris pada Julai 1889 menetapkan tanggal 1 Mei sebagai Hari Buroh Seduania atau 'May Day'. 

MTUC (KESATUAN SEKERJA MALAYSIA) DAN TUNTUTANNYA KEPADA KERAJAAN BARU 2013.
Selain itu, pihak buroh melalui kesatuan sekerja MTUC juga tidak ketinggalan untuk meraikan demokrasi kali ini dengan menetapkan sendiri beberapa tuntutan utama kepada mana-mana parti politik yang memenangi PRU13 ini.
Pihak buroh yang selama ini dibelenggu dengan cengkaman politik kerajaan akhirnya berjaya merdeheka daripada sikap menyokong kerajaan membabi buta.

Saya sangat berharap agar mana-mana parti yang memenangi PRU kali ini akan mengambil serius tentang peranan yang dimainkan oleh golongan buroh dalam memastikan kerancakan pembangunan negara. Golongan pekerja atau buroh harus diangkat sebagai pejuang kerana mereka menjadi nadi ekonomi Malaysia.
Justeru, saya mengucapkan selamat menyambut Hari Buroh kepada semua. Yang bercuti sila memandu dengan berhati-hati.
Sekian, terima kasih.

ZAIHAN ZAINAL
Merupakan bekas atlet, pernah mewakili negeri Johor dalam sukan bolasepak sejak berumur 12 tahun sehingga 18 tahun. Melanjutkan pelajaran dalam bidang Sains Sukan selepas memperolehi keputusan cemerlang dalam SPM di Sekolah Menengah Semerah. Di UiTM menamatkan Diploma Kesihatan dan Kecergasan dan Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan (Kep). Memulakan karier di Institut Sukan Negara dibawah seliaan seorang berbangsa Jerman iaitu Jorg Taichmen kemudian dalam industri kecergasan sebelum bersama Pasukan Bolasepak PKNS FC yang bermain di Liga Perdana Malaysia 1 musim sebagai Pakar Kecergasan dan Kecederaan dan musim berikutnya dipancing oleh pasukan Selangor (FAS) selaku Ketua Unit Rehabilitasi selama beberapa musim sebelum membuat keputusan untuk mengusahakan perniagaan sendiri dan aktif dalam politik. Kini, menjawat sebagai Naib Ketua Cabang (Bahagian) PKR Parit Sulong, Johor. 

Pernah mengharumkan nama Malaysia semasa pertandingan rekacipta peringkat dunia di International Trade Fair (IENA), Nuremberg, Jerman pada 5-6 November 2009 dengan memenangi tempat kedua (pingat perak) dengan produk ciptaan bersama Sdr Mohd Noorazam Abd Razak, Pensyarah Kanan, UiTM dan Prof Dr Anuar Suun, Majlis Sukan Negara. Produk dikenali sebagai 'FLEXi Ice Bag' berkaitan alat kemudahan kecederaan dalam sukan.

1 comment:

  1. salam sejahtera,
    RALAT:
    saya baru ditegur seorang sahabat berkaitan kesalahan ejaan:
    salah : BUROH
    betul : BURUH

    Trimas sahabat saya Pn Sarina Ali

    ReplyDelete