Penting

Segala tulisan dalam blog ini hanya pandangan peribadi berdasarkan pendidikan, pengalaman, pembacaan dan pemerhatian penulis terhadap kehidupan seharian. Saya menggalakkan penyebaran informasi daripada blog ini. Namunbegitu, tindakan undang-undang akan diambil sekiranya segala informasi daripada blog ini digunakan untuk tujuan fitnah dan boleh memudharatkan orang lain. Selamat Membaca.

303 CHANNELS HANYA RM40 SEBULAN

Thursday 18 April 2013

Saya Pileh Politik Marathon

Setelah hampir 30 bulan bekerja keras untuk DUN Semerah, akhirnya pimpinan membuat keputusan untuk tidak memberikan tanggungjawab kepada saya sebagai calon PKR DUN N17 Semerah. Walaubagaimanapun, saya dan kawan-kawan tidak akan berkecil hati. Kami tekad pada perjuangan untuk membebaskan anak bangsa daripada sistem bobrok dan pembodohan UMNO BN terhadap rakyat di Johor khususnya Semerah BP. Semangat saya tidak pernah luntur. Perjuangan saya hanya satu PR mesti menang!!


Justeru, kesempatan ini saya ambil untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu menjayakan pelbagai program semenjak tahun 2010. Saya sangat terhutang budi dengan pasukan DEMI RAKYAT SEMERAH yang saya kira berjaya memberikan impak terus kepada penduduk di Semerah melalui program turun bersama rakyat. DEMI RAKYAT SEMERAH telah membawa saya terus kepada ahli masyarakat. Sebagai contoh program DEMI RAKYAT KE LAUT menjadikan saya nelayan sehari sehingga terkesan sehingga kini betapa susah nelayan di Semerah mencari sumber rezeki. Manakala program DEMI RAKYAT MENYAWIT pula membawa saya bersama beberapa pekebun kecil (sawit) ke kebun sawit mereka. Pengalaman menyawit sendiri betul-betul mencabar sehingga malam selepas program tersebut buat saya terus tertidur awal. Dan ia membantu saya mengetahui pelbagai masalah yang dihadapi masyarakat peladang dan pekebun kecil. Selain itu, program DEMI RAKYAT SEMERAH juga mengadakan pelbagai program lain.


Melalui program DEMI RAKYAT SEMERAH juga saya sudah beberapa kali berbasikal ke seluruh pelosok DUN Semerah. Setiap kali kayuh diantara 50-60km pergi dan balik. Selain dapat mengeluarkan peluh, saya juga dapat menggunakan masa tersebut mengenalpasti masalah-masalah asas lain seperti terdapat jalan berlubang serta masih ada jalan-jalan di kampung-kampung yang bermasalah (jalan rosak-lobang-lobang). Sebab itu, saya mengucapkan tahniah kepada Pengarah Program DEMI RAKYAT SEMERAH iaitu Sdr Norisham Amar yang telah bertungkus lumus menyediakan program ini sejak setahun yang lalu.


Sdr Norhisham Amar, Pengarah Program Demi Rakyat Semerah yang banyak mengkordinasi program kami terus ke hati sanubari rakyat di DUN Semerah.

Selain itu, sepanjang tempoh kurang lebih 30 bulan ini betul-betul mendekatkan saya dengan masyarakat di Semerah ini. Setelah tamat persekolahan tahun 1997 saya melanjutkan pelajaran peringkat Diploma di UiTM seterusnya sambung peringkat Ijazah Sarjana Muda Sains (Kep) pada tahun 2001. Selepas tamat pengajian saya berkhidmat di Majlis Sukan Negara, kemudian menyertai Fitness First sehingga menjawat jawatan 'Assistant Manager'. Kemudian, tawaran menyertai pasukan bolasepak PKNS FC sebagai Pakar Kecergasan/ Kecederaan tidak saya lepaskan. Selepas setahun bersama PKNS FC saya disunting oleh Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) sebagai Ketua Unit Rehabilitasi. Justeru, selepas 1998-2010 adalah tempoh yang lama saya tidak menjadi warga Semerah secara mastautin. Mencari rezeki di bumi orang bukanlah asing bagi ramai anak-anak Semerah yang lain. Begitu juga dengan saya. 

Sebab itu, bila ambil tanggungjawab untuk bantu DUN Semerah garap kemenangan untuk PRU13 ini tidak saya lepaskan. Sehingga saya buat keputusan untuk jadikan Semerah sebagai rumah pertama saya sejak 2010.


Justeru, saya sedikitpun tidak menyesal dengan pengorbanan yang saya lakukan walaupun tidak dicalonkan. Namun, saya percaya dengan usaha kecil saya dan teman-teman ini bisa membantu banyak untuk memastikan kemenangan PR di Semerah dan Pt Sulong.



Akhir sekali, saya pohon kepada semua penyokong-penyokong saya agar terus memberikan sokongan kepada calon yang di pilih pimpinan parti. Saya berharap saudara/i berjuanglah untuk kemenangan parti.



In Sya Allah, ada umur kita ketemu lagi.

Jazakallah.

Zaihan Zainal 

1 comment: