Penting

Segala tulisan dalam blog ini hanya pandangan peribadi berdasarkan pendidikan, pengalaman, pembacaan dan pemerhatian penulis terhadap kehidupan seharian. Saya menggalakkan penyebaran informasi daripada blog ini. Namunbegitu, tindakan undang-undang akan diambil sekiranya segala informasi daripada blog ini digunakan untuk tujuan fitnah dan boleh memudharatkan orang lain. Selamat Membaca.

303 CHANNELS HANYA RM40 SEBULAN

Tuesday 7 May 2013

Penipuan Pilihanraya Turun Ke Jalanraya, Anak Semerah Bersedia!

Salam sejahtera kepada pembaca yang budiman.


Pilihanraya UMUM ke 13 telah selesai kurang lebih 32 jam yang lalu ketika artikel ini ditulis. Keputusan mengejutkan apabila BN berjaya bertahan di Pusat Kerajaan Putrajaya untuk tempoh lagi 5 tahun. Menurut banyak sumber termasuk Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat tidak menerima keputusan tersebut kerana banyak bukti audio-visual samada gambar, video dan saksi melihat kebejatan tersebut.



Saya sendiri secara peribadi masih boleh menerima kekalahan PR di banyak tempat. Namun, kekalahan dengan ada unsur-unsur penipuan amatlah tidak saya boleh terima. 





1. BLACKOUT

Di banyak lokasi terdapat modus operandi yang sama untuk memastikan calon Parlimen Pakatan Rakyat tidak menang. Operasinya cukup mudah. Apabila malam pengiraan undi berlansung dan keputusan menyebelahi Pakatan Rakyat maka undi akan dikira semula atas alasan ada Peti Undi yang hilang. Kemudian 'BLACKOUT' atau gangguan bekalan elektrik. Apabila dikira semula calon Barisan Nasional yang menang. Dikatakan kes berlaku di banyak tempat.

Zainab binti Zainun daripada TNB telah membuat kenyataan bahawa tiada masalah putus bekalan elektrik atau 'blackout' pada malam kejadian di pusat-pusat mengundi. Beliau percaya bekalan elektrik diputuskan dengan sengaja atas tujuan tertentu. (sila click untuk bukti)



2. LAMBAKAN BANGLASIA

Diberitakan juga rakyat Malaysia dapat menangkap ramai rakyat Bangladesh, Myanmar, Indonesia dan lain-lain yang bersedia untuk mengundi. Maka, ia mengesahkan projek 6P yang dilaksanakan beberapa tahun sudah dimana setiap pekerja asing yang datang secara haram boleh mendapat pengampunan dengan mendaftar di kaunter-kaunter PROJEK 6P dimana setiap pendatang asing ini diberikan IC dengan syarat mengangkat sumpah untuk mengundi BN pada PRU13. Zaman ini bukan zaman Utusan Malaysia atau RTM/TV3. Zaman ini zaman mudah alih...zaman mobile internet. Dalam tempoh singkat saya sudah dapat akses video terkini tentang tangkapan Bangla yang datang berbondong2 ke pusat pengundian.
Berikut adalah bukti-buktinya:
                             a- Pengundi hantu ditangkap

                             b- Warga Asing diberi Kad Pengenalan didalam Bas 

                             c- Warga Indonesia mengundi apabila ditanya no KP tidak tahu

                             d- Sebua Bas Dipenuhi Warga Bangladesh ditangkap

                             f- Lagi Bangla ditangkap Hidup-hidup

                             g- Bangla boleh mengundi walaupun tiada Kad Pengenalan

                             h- Bangla puji polis 

                             i- Bangla datang dengan bas di Gelang Patah

                             j- Myanmar salah nyanyi lagu negaraku

                            k-2 warga Bangla disyaki mengundi di Kuala Selangor

                            l- 3 bas bangla di Sungai Siput

                           m- Anggota polis disyaki menerima arahan jaga mana-mana Bangla

                           n- Bangla cuba mengundi di Cheras, tetapi sempat ditangkap

Selain itu banyak lagi kepincangan semasa PRU13 ini. Justeru saya telah cuba mengumpulkan beberapa bukti tersebut seperti dibawah:


3- Bawa Lari peti undi
                            a. 1- 2 bag votes dicampak dari helikopter
                            b. Anggota SPR bawa kertas undi keluar pusat mengundi

4- Cubaan bawa keluar Kotak Undi POS keluar daripada lokap Balai Polis Seri Manjung

5- Helikopter berlogo MCA didapati mencampakkan 2 beg peti Undi
(3.50pm. Location Sungai siput (u), perak. Sungai buloh football field. A helicopter with MCA logos seen dropped 2 packages the SPR believed to contain ballot boxes in them.)

6- SPR Kantoi di Manek Urai, Kelantan dan di Johor


7- SPR Kantoi bawa keluar peti undi di Johor Bharu. (Nampak peti undi dalam kereta)
8- Tidur ketika waktu mengundi

9- Rasuah pengundi di Baling

10- Dakwat kekal yang tidak kekal
                        a- Tok guru Haron Din tak sampai 5 jam hilang dakwat kekal



Justeru, bagi saya PRU13 adalah menjadi titik hitam dalam sejarah kebangkitan rakyat di dunia. Saya sebagai pemimpin PKR merasakan bahawa keputusan PRU13 ini bukan mencerminkan kehendak rakyat. Sebaliknya, adalah keterdesakan Najib Razak bersama teman-temannya dalam UMNO dan Barisan Nasional sehingga sanggup melacurkan masa depan negara dengan harga yang cukup murah kepada bangsa asing samada Bangladesh, Myanmar, Indonesia dan India. Memberikan mereka kad pengenalan dan hak untuk mengundi sebagaimana anak tempatan adalah PENGKHIANATAN yang paling besar waktu ini. Mereka bersekongkol dengan SPR untuk membenarkan segala usaha jijik ini berhasil. 


Sebagai anak muda saya menyeru kawan-kawan agar bersiap siaga untuk tuntut pembersihan ini. Mereka sudah mencabar kesabaran rakyat Malaysia dengan menipu pilihanraya. Saya tidak rela anak-anak saya yang masih kecil tergadai masa depan akibat perbuatan khianat SPR dan UMNO untuk memastikan kemenangan BN walaupun dengan cara jijik dan kotor. Kalaulah Tun Mahathir yang memberikan Kad Pengenalan kepada orang-orang Sulu untuk memastikan BN merampas Sabah daripada PBS 20 tahun dulu dan kemudiannya menuntut hak tanah dan sebagainya. 

Persoalan saya cukup mudah:

Apakah tidak ada kemungkinan rakyat Bangla, Myanmar dan India yang jumlahnya lebih besar dari rakyat Sulu juga akan menuntut hak pada 15-20 tahun akan datang sehingga mengorbankan nyawa anggota keselamatan yang tidak berdosa seperti di Lahad Datu tempohari?


Sebab itu hari ini saya bersumpah dengan nama Allah untuk mempertahankan rakyat daripada segala penipuan pilihanraya ini walaupun ke titis darah terakhir. Dengan itu saya juga menjemput rakan-rakan untuk turut serta bersama dengan saya untuk tindakan pertama berkumpul di Stadium Kelana Jaya esok.

Jazakallah.
ZAIHAN ZAINAL

Merupakan bekas atlet, pernah mewakili negeri Johor dalam sukan bolasepak sejak berumur 12 tahun sehingga 18 tahun. Melanjutkan pelajaran dalam bidang Sains Sukan selepas memperolehi keputusan cemerlang dalam SPM di Sekolah Menengah Semerah. Di UiTM menamatkan Diploma Kesihatan dan Kecergasan dan Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan (Kep). Memulakan karier di Institut Sukan Negara dibawah seliaan seorang berbangsa Jerman iaitu Jorg Taichmen kemudian dalam industri kecergasan sebelum bersama Pasukan Bolasepak PKNS FC yang bermain di Liga Perdana Malaysia 1 musim sebagai Pakar Kecergasan dan Kecederaan dan musim berikutnya dipancing oleh pasukan Selangor (FAS) selaku Ketua Unit Rehabilitasi selama beberapa musim sebelum membuat keputusan untuk mengusahakan perniagaan sendiri dan aktif dalam politik. Kini, menjawat sebagai Naib Ketua Cabang (Bahagian) PKR Parit Sulong, Johor. 

Pernah mengharumkan nama Malaysia semasa pertandingan rekacipta peringkat dunia di International Trade Fair (IENA), Nuremberg, Jerman pada 5-6 November 2009 dengan memenangi tempat kedua (pingat perak) dengan produk ciptaan bersama Sdr Mohd Noorazam Abd Razak, Pensyarah Kanan, UiTM dan Prof Dr Anuar Suun, Majlis Sukan Negara. Produk dikenali sebagai 'FLEXi Ice Bag' berkaitan alat kemudahan kecederaan dalam sukan.

1 comment:

  1. salam bro, saya pengundi pas rengit dan pkr batupahat .. tapi untuk point b- Warga Asing diberi Kad Pengenalan didalam Bas , saya agak keliru sikit kerana ada mamat bawak bendera pas disitu. apakah?

    ReplyDelete