Penting

Segala tulisan dalam blog ini hanya pandangan peribadi berdasarkan pendidikan, pengalaman, pembacaan dan pemerhatian penulis terhadap kehidupan seharian. Saya menggalakkan penyebaran informasi daripada blog ini. Namunbegitu, tindakan undang-undang akan diambil sekiranya segala informasi daripada blog ini digunakan untuk tujuan fitnah dan boleh memudharatkan orang lain. Selamat Membaca.

303 CHANNELS HANYA RM40 SEBULAN

Saturday 13 July 2013

Senaman dan Sukan dalam Islam - Part 1

Messut Ozil, pemain tengah Real Madrid sedang berdoa sebelum masuk bermain.

Salam sejahtera pembaca blog yang budiman. Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Salam Ramadhan kepada semua. Semoga bulan yang penuh keberkatan ini digunakan sepenuhnya untuk melakukan perkara-perkara kebaikan. Justeru, saya terpanggil untuk menulis mengenai Senaman dan Sukan dalam Islam.

Senaman dan sukan bukanlah sesuatu yang asing dalam agama Islam. Banyak hujah-hujah yang menyokong amalan senaman dan sukan dalam Islam oleh para sarjana Islam sejak sekian lama. 

Antara amalan orang Islam adalah SOLAT. Dan solat fardhu adalah wajib. Umat Islam menunaikan solat fardhu sebanyak 5 kali setiap hari. Solat Subuh (2 rakaat), Solat Zohor (4 rakaat), Solat Asar (4 rakaat), Solat Maghrib (3 rakaat) dan Solat Isyak (4 rakaat). Manakala 'rakaat' pula adalah saat pelaku solat berdiri dan bertakbir serta setiap kali berdiri setelah sujud. Dan ramai pengkaji sains bersetuju bahawa pergerakan-pergerakan dalam solat itu juga merupakan senaman. Justeru, sehari sahaja umat Islam melakukan 17 rakaat solat fardhu.

Selain itu, terdapat juga amalan solat sunat. Solat sunat ini adalah amalan sembahyang yang tidak diwajibkan tetapi mendapat pahala sekiranya melakukannya dan tidak mendapat dosa sekiranya meninggalkannya. Ada pelbagai solat sunat. Diantaranya solat sunat sebelum solat fardhu atau solat sunat selepas solat fardhu. Maknanya, mereka boleh melakukan solat sunat sebelum dan sesudah solat fardhu sekiranya seorang muslim itu mahu meningkatkan amalan dan pahala yang diperolehi. Namun begitu, bukan setiap solat fardhu dibolehkan solat sunat. Bahkan adalah diharamkan sebarang jenis solat sunat selepas Fardhu Suboh dan Asar. 

Zinedine Zidane, pemain lagenda Perancis dan Dunia juga seorang Muslim dan banyak melakukan kebajikan semasa bermain dan selepas bersara.


Sebagai mana dijelaskan oleh para ulama feqh berdasarkan hadis-hadis Rasulullah SAW bahawa waktu-waktu tertentu yang ditegah melakukan sembahyang adalah seperti berikut:
1. Bermula dari terbit matahari sehingga matahari naik tinggi kira-kira kadar satu tombak. Satu tombak itu adalah kira-kira kadarnya tujuh hasta paras ketinggian orang biasa dan satu hasta pula ialah kira-kira menyemai dengan lapan belas inci.

2. Waktu Istiwa iaitu waktu matahari berada di tengah-tengah langit sehingga gelincir matahari atau condong ke bawah. (Kecuali waktu istiwa pada hari Jumaat)

3. Waktu ketika matahari berwarna kekuning-kuningan  sehingga tenggelam keseluruhan bulatan matahari itu di ufuk. 

4. Selepas sembahyang fardhu Subuh iaitu bagi orang yang telah menunaikan sembahyang Subuh sehingga terbit matahari.

5. Selepas sembahyang fardhu ‘Asar sehingga terbenamnya matahari. 

Frank Riberry, pemain kebangsaan Perancis dan kelab Bayern Munich berdoa.

Persoalannya mengapa pengharaman solat waktu-waktu tersebut.
Waktu ketika matahari terbit, maka terbitnya matahari itu adalah di antara dua tanduk syaitan, lalu orang kafir bersembahyang untuknya. Waktu ketika matahari tegak (rembang) pula, ketika itulah neraka Jahannam dimarakkan dan pintu-pintunya dibuka dan waktu ketika matahari hendak terbenam, maka terbenamnya matahari itu adalah di antara dua tanduk syaitan maka orang kafir bersembahyang untuknya. Perkara ini ada dijelaskan di dalam hadis-hadis Nabi SAW antaranya hadis daripada Abdullah ash-Shunabiji bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :

“Ketika matahari terbit akan disertai oleh syaitan. Jika matahari telah naik, maka syaitan akan meninggalkannya. Apabila  matahari tepat berada di tengah (waktu istiwa) maka syaitan akan menyertainya, tetapi jika matahari telah gelincir, maka syaitan akan menjauhinya. Apabila matahari hampir terbenam pula, maka syaitan akan menyertainya dan jika matahari telah terbenam, maka syaitan akan menjauhinya. Di waktu-waktu itulah Rasulullah SAW melarang seseorang mengerjakan sembahyang”
Mike Tyson atau nama Islamnya Mekael Tyson Abdullah di hadapan Kaabah

Selain itu, saya juga percaya bahawa waktu-waktu selepas Suboh dan Asar adalah waktu yang secara saintifiknya sesuai untuk manusia melakukan sebarang aktiviti berbentuk fizikal atau dipanggil sebagai senaman atau bersukan. Dengan melakukan aktiviti-aktiviti fizikal ini sudah pasti umat Islam akan berada dalam keadaan yang lebih sihat dan senantiasa bersedia sebagaimana takrifan 'kecergasan' oleh WHO. (sila click untuk baca)

Oleh sebab itu juga saya merasakan bahawa sukan dalam Islam digalakkan. Malah, umatnya disuruh untuk melakukan senaman senaman. Bahkan ada juga dalil-dalil yang menggalakkan umat Islam terlibat dalam sukan sebagaimana Baginda Rasulullah S.A.W. yang menjadikan 3 acara yang mesti dipelajari umat Islam iaitu memanah, berkuda dan berenang. 

Namunbegitu, selain daripada melakukan aktiviti sukan umat Islam dan anda juga mesti mendapatkan pemakanan yang baik dan sihat.

ZAIHAN ZAINAL

Merupakan bekas atlet, pernah mewakili negeri Johor dalam sukan bolasepak sejak berumur 12 tahun sehingga 18 tahun. Melanjutkan pelajaran dalam bidang Sains Sukan selepas memperolehi keputusan cemerlang dalam SPM di Sekolah Menengah Semerah. Di UiTM menamatkan Diploma Kesihatan dan Kecergasan dan Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan (Kep). Memulakan karier di Institut Sukan Negara dibawah seliaan seorang berbangsa Jerman iaitu Jorg Taichmen kemudian dalam industri kecergasan sebelum bersama Pasukan Bolasepak PKNS FC yang bermain di Liga Perdana Malaysia 1 musim sebagai Pakar Kecergasan dan Kecederaan dan musim berikutnya dipancing oleh pasukan Selangor (FAS) selaku Ketua Unit Rehabilitasi selama beberapa musim sebelum membuat keputusan untuk mengusahakan perniagaan sendiri dan aktif dalam politik. Kini, menjawat sebagai Naib Ketua Cabang (Bahagian) PKR Parit Sulong, Johor. 

Pernah mengharumkan nama Malaysia semasa pertandingan rekacipta peringkat dunia di International Trade Fair (IENA), Nuremberg, Jerman pada 5-6 November 2009 dengan memenangi tempat kedua (pingat perak) dengan produk ciptaan bersama Sdr Mohd Noorazam Abd Razak, Pensyarah Kanan, UiTM dan Prof Dr Anuar Suun, Majlis Sukan Negara. Produk dikenali sebagai 'FLEXi Ice Bag' berkaitan alat kemudahan kecederaan dalam sukan.

No comments:

Post a Comment