Penting

Segala tulisan dalam blog ini hanya pandangan peribadi berdasarkan pendidikan, pengalaman, pembacaan dan pemerhatian penulis terhadap kehidupan seharian. Saya menggalakkan penyebaran informasi daripada blog ini. Namunbegitu, tindakan undang-undang akan diambil sekiranya segala informasi daripada blog ini digunakan untuk tujuan fitnah dan boleh memudharatkan orang lain. Selamat Membaca.

303 CHANNELS HANYA RM40 SEBULAN

Monday 19 December 2011

Beli Kereta Proton di Arab Lebih murah

(artikel diambil daripada blog lama yg sudah hilang kata kunci http://mohdzaihan.blogspot.com/ )

FRIDAY, OCTOBER 1, 2010






Poster di atas menunjukkan senarai harga kereta-kereta Proton yang diimport ke Arab Saudi termasuk dengan duti eksais dan kastam dipetik dari salah sebuah akhbar harian dari Jeddah. Sudah tentu produksi kereta-kereta ini lebih baik daripada untuk pasaran tempatan. Juga dijelaskan bahawa sebut harga kereta-kereta di iklan di atas dalam matawang Saudi Riyal. 


Dan di bawah pula adalah promosi harga terkini kereta-kereta Proton di Malaysia.




Kesimpulannya:


Harga Jualan di Saudi Arabia :
Proton Persona (Saudi) = SR 36,100 (RM 33,934)
Proton Gen2 (Saudi)      = SR 33,600 (RM 31,584)
Proton Waja (Saudi)      = SR 37,950 (RM 35,673)

1 Saudi Riyal = RM 0.94

Harga Jualan di Malaysia :=
Proton Persona = from RM46,499 (ini spesifikasi yang paling rendah) 'low spec'
Proton Gen2      = from RM54,488
Proton Waja      = from RM61,888



Persoalannya:
1.Bagaimana harga kereta import di Arab Saudi lebih murah berbanding dengan Malaysia. Purata harga kereta import di Malaysia adalah RM 100 Ribu dan ke atas. Kecuali kereta-kereta import yang umurnya menjangkau 10 tahun dan ke atas. Harga sebenar sebuah kereta mewah seperti BMW520i (2006) misalnya adalah RM50-60 Ribu sahaja. Akan tetapi duti import yang dikenakan dan AP dijual pada sekian harga dan atas sebab itulah harga setiap kenderaan mewah import meningkat 100% ganda atau lebih. Pemilik-pemilik AP diberi oleh kerajaan BN kepada bangsawan-bangsawan tertentu yang ada kaitan dengan mereka sahaja. Misalnya, bekas menteri wanita yang amat dikenali dengan penampilan cermin mata bulat, berbaju kurung Kedah dan tidak dilupa menghiasi lehernya dengan mutiara besar. Bekas menteri ini juga pernah menangis di hadapan khalayak memohon agar bekas PM dulu semasa Perhimpunan Agung sebuah parti politik perjuang nasional yang sudah tidak rasional agar tidak melepaskan jawatannya sebagai Presiden. Menurut cerita ramai rakan-rakan yang berkecimpung dalam perniagaan kereta import mendakwa bekas menteri ini mengeluarkan sekalian jumlah AP kepada syarikat milik keluarga beliau. Dalam erti kata lain maksudnya beliau mendapat AP yang biasanya dijual pada harga RM15k-30k setiap AP. Maksudnya, perolehan itu boleh memberi 'UNTUNG ATAS ANGIN'. Pihak peniaga yang bersusah payah bekerja siang malam mencari 'customer' hanya peroleh pulangan RM7k-20k. Itu belum masuk perbelanjaan sewa tapak dan sebagainya. Sebaliknya, pelacur politik peroleh laba berganda.


2. Kenapa Harga Minyak di Arab Saudi dan Malaysia jauh berbeza. Sedangkan kedua-dua negara pengeluar minyak? 


3. Saya ada mempunyai beberapa orang sahabat yang berasal daripada Arab Saudi dan pelbagai negara Awab yang lain. Menurut mereka bahawa polisi mensyaratkan sebarang pelaburan asing mesti memberikan % tertentu saham syarikat kepada individu atau penduduk tempatan. Ia juga berlaku di Malaysia. Namun, individu bumiputera tersebut adalah orang yang sama sahaja. Berbanding di tanah arab ini. Setiap syarikat harus menamakan rakan kongsi daripada kalangan mereka yang tiada berkepentingan. Maka, memberikan peluang seluasnya setiap rakyat mencapai kemerdekaan ekonomi.


Banyak lagi persoalan dan kupasan yang akan saya bangkitkan berkaitan dengan harga kereta Proton dan industri otomotif negara pada masa-masa hadapan.

No comments:

Post a Comment