Penting

Segala tulisan dalam blog ini hanya pandangan peribadi berdasarkan pendidikan, pengalaman, pembacaan dan pemerhatian penulis terhadap kehidupan seharian. Saya menggalakkan penyebaran informasi daripada blog ini. Namunbegitu, tindakan undang-undang akan diambil sekiranya segala informasi daripada blog ini digunakan untuk tujuan fitnah dan boleh memudharatkan orang lain. Selamat Membaca.

303 CHANNELS HANYA RM40 SEBULAN

Thursday 29 December 2011

Bendera Yang Melalaikan vs Rasuah Yang Mempersona

Salam sejahtera kepada semua pembaca, diharapkan semua berada dalam keadaan tenteram lahiriah dan dalamannya.

Minggu lalu, media cetak, massa dan media dalam talian 'online' begitu hebat menceritakan kesah anak muda mahasiswa yang dianggap sebagai pengkhianat apabila mereka mengekspresikan perjuangan mereka dengan menurunkan bendera wajah satu presiden parti siasah politik kekuasaan dan menggantikannya dengan panji perjuangan mahasiswa yang mahu hidup mereka lebih bebas di dalam dan luar kampus. Dan peristiwa itu benar-benar buat masyarakat jadi hanyut dengan emosi. Ada yang kata perbuatan itu perlu disokong dan banyak juga yang menentang. Sehingga ke akhirnya semua jadi alali dan lupa tentang betapa Mak Mentri yang merompak hasil negara sehingga RM250juta yang sepatutnya boleh diagihkan kepada seluruh rakyat yang benar-benar berminat atau mempunyai pengalaman menternak lembu.

Pembaca yang mulia sekalian, sebelum ini memang terlalu banyak salah laku dan penyelewengan kuasa dilakukan oleh pembesar negara. Ia bukanlah berkisar kepada dunia politik muktahir ini. Sebaliknya praktis kepimpinan begitu telah lama diulang sejarah. Barangkali di Malaysia isu lembu ini yang pertama dalam sejarah politiknya. Sebaliknya di Amerika Syarikat (US) sewaktu zaman Presiden Amerika Syarikat ke-34, Dwight David Eisenhower (1890-1969) pernah menerima ‘hadiah’ berupa seekor lembu berharga US$1000. Bukan dia sahaja yang menerima lembu itu, tetapi pada mulanya pembantu peribadi dan orang yang dekat dengan Presiden, Sherman Adam yang mula-mula menerima hadiah mahal daripada seorang jutawan, Bernard Goldfine. Hadiah itu berupa baju bulu vicuna berharga US$700 selain sehampar permaidani Asia berharga US$2400. Ketika menerima hadiah itu iaitu pada tahun 1958, Adam berada di dalam kesulitan kewangan.
Gambar Presiden Eisenhower & Sherman Adams
Masyarakat, termasuk majalah dan surat-surat khabar mengecam Adam, sehingga akhirnya dia melepaskan jawatan. Presiden Eisenhower memang cuba mempertahankan pegawai kanannya itu, nescaya gagal sebelum terbukti akhirnya dia sendiri juga menerima hadiah bernilai ratusan ribu dollar; sebuah traktor yang siap dengan alat menyalakan rokok; juga baju bulu yang sama yang pernah dihadiah kepada Adam, iaitu baju bulu vicuna, serta seekor lembu.

Selain itu, dalam sejarah Islam juga punyai peristiwa yang boleh diambil iktibar seperti Saidina Ali ibn Abu Thalib yang di satu ketika semasa menjadi Khalifah dikatakan cuba disogok dengan pemberian kuda-kuda terbaik Persia untuk dijadikan kuda-kuda perang. Sogokan itu cuba dilakukan oleh orang-orang kaya di Ambar.
Saidina Ali tidak menerimanya, sebaliknya menolak pemberian itu kerana diketahui orang-orang kaya itu telah membayar cukai. "Kamu telah membayar zakat kamu, sehingga menerima sesuatu daripada kamu – walaupun kamu menawarkannya secara sukarela dan tulus hati – adalah kejahatan kepada negara", kata Khalifah. 
Meskipun demikian, orang-orang kaya Ambar itu tetap berkeras untuk menyerahkan kuda-kuda itu. Akhirnya Ali menerima, tetapi dengan menolak sejumlah nilai zakat mereka untuk anggaran membiayai peperangan. Maknanya, pemberian kuda-kuda Persia itu secara automatik telah jadi milik negara. Bukan lagi milik peribadi Khalifah. Itu yang paling jelas untuk disampaikan pada pembaca!!

Dan dalam sejarah kerakusan manusia dalam rasuah dan penyalahgunaan kuasa tiada yang tertanding seperti yang pernah dilakukan oleh Gaius Verres (115-43 Sebelum Masihi). Beliau merupakan gabenor di wilayah Sisilia pada tahun 73-71 SM dan wilayah tersebut merupakan dibawah empayar Romawi atau Rom yang terkenal.
Ramai pengkaji sejarah dan sejarahwan mendakwa bahawa kejatuhan kerajaan Romawi adalah disebabkan punca paling akrab iaitu rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Tiada keterbatasan dalam berkuasa dalam sesuatu wilayah itu sekiranya seseorang menjadi Gabenor atau zaman ini di Malaysia dalam pentadbiran sesebuah negeri dengan nama gelaran seperti Menteri Besar dan Ketua Menteri. Jadi, zaman itu dan sekarang pun tiada banyak bedanya iaitu menjawat jawatan paling tinggi dalam wilayah atau negeri adalah jalan paling singkat menjadi kaya-raya. Hatta seorang doktor gigi yang gemar makan 'tempe' pun mempunyai harta berbilion (belum masuk dan kira akaun di Swiss lagi?) hanya selepas 8 tahun meneraju tampuk negeri.
Memang, kerumitan kes-kes rasuah di Romawi lebih dahsyat jika mahu diperbandingkan dengan Malaysia pada hari ini. Sebagai contoh apabila Verres di suatu waktu menjual-beli hukuman yang dikenakan kepada seseorang prajurit yang dijatuhi hukuman mati. Dia tetapkan besar mana wang suapan untuk menentukan cara kematian serta kaedah pengebumian pesalah. Kebetulan sahaja pada ketika itu, sejumlah kapten armada laut Romawi dijatuhi pelbagai hukuman selepas tewas berhadapan dengan lanun dekat Syracuse.
Dia terlebih awal telah merangkus wang suapan berjumlah enam pound bagi tiap-tiap orang pelaut yang mahu ponteng kerja sepanjang musim panas yang mana musim panas di Eropah adalah antara waktu terbaik untuk bercuti dan berhibur. Dalam waktu sama, Verres mengambil seluruh gaji pelaut yang diberikan oleh negara. Dari sana, pelbagai pelanggaran undang-undang dan hukum merebak; pemerasan agar orang membayar suapan menggila berleluasa. Termasuk yang terpaksa membayar wang suap ialah orang tua-tua dan sanak saudara kepada mereka yang terhukum.
Tujuan wang suapan kepada Verres ialah bagi menentukan kaedah hukuman mati seseorang pesalah. Sama ada dengan memenggal sekali kapak di leher, cepat atau lambat pemenggalannya, sama ada sakit atau tidak, jumlah tetakan, sama ada mati secara perlahan-lahan atau mati dengan cepat. Semua itu adalah ditimbang mengikut berapa jumlah wang suap yang perlu dibayar kepada Verres. 
Dalam konteks Malaysia hari ini apakah tiada persamaan dengan yang berlaku dizaman Romawi seperti kesah di rangkapan teratas tadi?
Sebagai contoh kita sering mendengar bahawa saudara atau teman sekampung atau kenalan atau kenalan atas kenalan menceritakan bahawa mereka terlepas hukuman paling tinggi di negara ini iaitu hukuman gantung sampai mati. Dan kebiasaannya adalah kes berkaitan dengan dadah. Dan kadang kala kita juga hairan apabila kutu dadah ini seringkali terlepas daripada seksa dunia setiap kali ditangkap. Melalui saudara dekat dan jauh mula bercerita ibu dan bapa pesalah dadah menjual tanah dan harta sebagai harga kesalahan untuk kelepasan anakanda kesayangan. Dan cerita sebegini bukanlah cerita di kampung saya sahaja. Ia bukan sahaja berlaku di Semerah, sebaliknya mungkin di Tampin, Gua Musang, Tg Karang, Bukit Mertajam dan dimana sahaja dibawah kekuasaan Malaysia pasti akan mendengar berita sebegitu. Kalau tidak percaya tanyalah orang-orang kampung saudara/i atau anda pun sudah biasa mendengarnya. Itu baru cerita yang berkaitan orang biasa. Anak petani, pelaut dan kerani. Belum lagi bercerita anak pembesar dan menteri?...
Justeru, tiada bezakah sejarah rasuah dan penyalahgunaan kuasa zaman Romawi dan Verres tahun 73-71 SM dengan zaman ini? Zaman Shahrizat-Najib-BN?
Dr Syed Hussein Alatas pernah menulis dalam buku karangannya “Rasuah: Sifat, Sebab dan Fungsi” (DBP, cetakan pertama 1995), menunjukkan melalui pelbagai catatan sejarah Romawi bagaimana bobroknya korupsi dan rasuah yang dilakukan Verres. Dipetik daripada seorang pengarang satira Romawi, Juveral, bahawa ada tiga orang pelaku rasuah yang cukup jelek hidup sezaman, iaitu selain Verres, dua yang lain ialah Dolabella dan Antonius.
Dr Syed Hussein Alatas
Sungguh tidak ada kejahatan yang tidak dilakukan Verres lanjutan amalan rasuah yang dia buat; daripada pemerasan, rompak, penyuapan kembali, memperkosa, meniduri isteri orang lain, khianat, membunuh, menjarah karya seni, menjual-beli jawatan, makan riba sehinggalah memalsukan wasiat orang mati.
Di dalam sejarah tamadun-tamadun manusia, rasuah, korupsi dan nepotisme berlaku di mana-mana sahaja, di dalam pelbagai bentuk. Sampai, kadang-kala sukar sekali untuk menentukan bentuk-bentuknya. Sukar juga untuk mengesan di permulaan amalan itu, yang dilakukan seseorang; sama ada petinggi dan penguasa politik, hakim, sehinggalah para pegawai rendah yang diberi kuasa untuk memungut wang cukai atau zakat.
Sesiapa pun tahu, rasuah di Malaysia tidak hanya wujud di peringkat tertinggi, namun tetap wujud di kalangan pegawai bawahan: tidak cuma berlaku di kantor-kantor di Putrajaya atau lobi Parlimen, misalnya, tetapi juga berlaku di tepi-tepi jalan dan di warong-warong kopi.
Dan bagi saya rasuah sesebuah negara itu semakin parah adalah apabila badan swasta yang beramanah seperti bank dan institusi kewangan juga mengamalkan rasuah. Sebagaimana jika mahu permohonan pinjaman beli kereta atau pinjaman perniagaan; kalau mahu lulus dengan cepat kena bayar 5-10% daripada pinjaman totalnya. Dan tuduhan ini bukan sekadar menyerkap jarang kalau tiada pernah terkena. Pernah datang seorang teman yang menawarkan pertolongan untuk mendapatkan pinjaman daripada institusi kewangan. Beliau menerangankan rangkaian kenalan beliau dengan institusi yang dimaksudkan dan minta 10% daripada jumlah pinjaman sebagai upah kerja khianat yang akan dilakukan untuk dikongsi bersama dengan rangkaiannya (iaitu pegawai bank berkenaan). "Wah...itu kan sudah parah rasuah di Malaysia ini..."kata saya dalam hati. 
Saya menolaknya walau dalam masa tersebut amatlah perlukan sejumlah besar wang untuk kegunaan perniagaan yang berkembang mendadak beberapa tahun sudah. Saya mendengar pada hati nurani untuk menghantar permohonan tersebut melalui jalan jauh dan bukan jalan pintas sebagai mempertahankan prinsip perjuangan saya selama ini. Akan tetapi, permohonan saya ketika itu tidak mendapat restu daripada jawatankuasa atas sebab musabab yang tidak masuk akal. Namun, saya redha dan usaha cara dan jalan lain. Ia dengan berkat Allah diberkati juga walaupun tidak besar mana.
Dalam kelalaian umat Malaysia terhadap pelbagai isu rasuah dan penyelewengan dalam tadbir kelola negara ini dek kerana mainan media massa terhadap mahasiswa pemberani yang menurunkan bendera Presiden parti politik cap 'LEMBU' itu, tiba-tiba kita dikejutkan lagi dengan isu 'penggunaan dana zakat oleh sebanyak RM32,150  untuk membiayai kos guaman Menteri Agama Datuk Seri Jamil Khir Baharom sebanyak RM63,650. Dan ia dibentangkan oleh laporan Ketua Audit Negara 2010.

Justeru, bertambahlah isu penyelewengan pembesar-pembesar di negara ini tanpa jawapan pasti....

zaihan zainal
Demi Rakyat Semerah

1 comment: