Penting

Segala tulisan dalam blog ini hanya pandangan peribadi berdasarkan pendidikan, pengalaman, pembacaan dan pemerhatian penulis terhadap kehidupan seharian. Saya menggalakkan penyebaran informasi daripada blog ini. Namunbegitu, tindakan undang-undang akan diambil sekiranya segala informasi daripada blog ini digunakan untuk tujuan fitnah dan boleh memudharatkan orang lain. Selamat Membaca.

303 CHANNELS HANYA RM40 SEBULAN

Tuesday 20 December 2011

Mahasiswa Pemberani Mahu Lawan Menteri? part 3 (Adam Adli Dipukul?)


Kegilaan ini (merujuk kepada isu seorang mahasiswa UPSI bernama Adam Adli) yang mengemparkan negara apabila dengan berani menurunkan bendera wajah Najib PM Negara dengan menggantikan panji BEBAS iaitu suatu gabungan gerakan mahasiswa dikenali sebagai 'Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik' semakin ketara.


Seorang lelaki yang tidak dikenali memperkenalkan diri sebagai seorang rakyat Malaysia yang prihatin cuba untuk memukul Adam Adli sejurus tamat sesi Sidang Media dihadapan Balai Polis Bukit Aman. Sebelum itu, beliau telah membuat laporan polis terhadap segala ancaman dan ugutan yang beliau dan keluarga lalui. Hadir sama Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia serta Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia, Sdr Badrulhisham atau dikenali sebgai Chegu Bard. 


Dalam kes berkaitan menurut sumber dari  (http://wargamarhaen.blogspot.com/2011/12/bendera-najib-keluarga-diugut-adam-adli.html) satu maklumat yang diperoleh, keluarga Adam Adli yang menetap di Pulau Pinang telah dikunjungi sekumpulan pemuda yang memperkenalkan diri mereka sebagai entiti PEKIDA.
Keluarga Adam yang terkejut dengan kedatangan mereka telah menyatakan kepada sumber berkenaan bahawa mereka telah diugut dan diberi amaran. “Mereka tidak benarkan anak kami (Adam) pulang ke rumah kerana mereka akan memantau sekitar rumah kami.”“Jika mereka nampak anak kami berada bersama kami, mereka akan lakukan sesuatu. Kami sangat sedih dan mohon semua doakan keselamatan anak kami.”, ujar salah seorang daripada ibubapa Adam yang dipetik sumber berkenaan.

Mahasiswa Semakin Berani

Pelbagai pihak termasuk Timbalan Menteri Pengajian Tinggi meminta agar pengajur membuat permohonan maaf. Akan tetapi, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) melalui sidang media yang dibuat semalam sebagai menjawab segala persoalan dan memberi sebab-sebab mengapa mereka enggan memohon maaf kepada PM. Selain itu, mereka juga memberi amaran kepada pihak pengurusan UPSI agar tidak mengenakan sebarang tindakan kepada Sdr Adam Adli kerna mereka akan melancarkan REVOLUSI UPSI. Mereka akan menggerakkan seluruh mahasiswa untuk memastikan Adam Adli terbela.

Keberanian luar biasa mahasiswa dewasa ini seperti yang saya sebutkan dalam nukilan saya sebelum ini amat memberikan impak yang positif kepada negara amnya. Adik-adik mahasiswa tidak lagi hidup terkongkong dalam dalam lingkungan mereka sahaja. Bahkan mereka mulai bebas dalam berfikir. Atas dasar kebebasan itu mereka berinisiatif untuk mendesak pihak kerajaan agar memansuhkan AUKU secara total, memberikan kebebasan kepada mahasiswa dan para akademis dalam memberikan pandagan konstruktif dan menyerahkan kuasa autonomi kepada universiti dan institut pengajian tinggi.

Sikap berani dalam mempertahankan perjuangan haruslah dipuji. Mahasiswa pada masa kini sedang bersedia untuk turun ke lorong-lorong serta lurah-lurah untuk membela nasib rakyat. Mahasiswa dalam kongkongan kewangan seperti Sdr Adam Adli sanggup menggunakan wang saku mereka yang sepatutnya digunakan untuk beli makanan enak seperti nasi kandar atau makan segera seperti KFC atau McD. Akan tetapi mereka memilih untuk makan mee segera Meggie demi untuk menjimatkan duit semata-mata untuk menggunkan bakinya untuk kos melakar sejarah baru kebangkitan mahasiswa untuk melawan pembodohan yang sudah berdekad ini. 

Justeru, pengorbanan dan kesungguhan Adam Adli dalam memartabadkan peradaban negara dengan keberanian menurunkan bendera wajah Najib dengan digantikan panji BEBAS sebagai metafora bahawa 'mahasiswa sudah hilang kepercayaan kepada program transformasi Najib'. Sewajarnya UMNO menjadikan iktibar memperbaiki diri bukan sebaliknya mencemuh dan meng'denial' usaha mahasiswa ini. Sepatutnya Najib dan kepimpinannya menggunakan mesej yang dihantar olih mahasiswa ini sebaik mungkin dengan mengkaji segala tuntutan mahsiswa. Jangan dianggap ringan dan 'complacent' bahawa mahsiswa budak hingusan dan mentah. Mereka adalah bakal pemimpin negara dimasa depan. Atau kebanyakan pimpinan UMNO yang lahir dikalangan golongan aristokerat dan pembesar tidak melalui detik-detik susah serta tidak menjadi mahasiswa di Malaysia. Barangkali pemimpin seperti Najib dan Hishamudin tidak dihantar belajar di universiti tempatan kerana kurang standard agaknya. Sebab itu, mereka tidak anggap budak-budak hingusan ini sebagai mampu berfikir sebagai pemimpin.

Selain itu, di satu pihak lain pula saya mendesak terutama gerakan dan pimpinan pemuda Pakatan Rakyat agar segera membentuk jawatankuasa atau setidak-tidaknya membela Sdr Adam Adli dan mahasiswa lainnya. Mobilisasi juga harus digerakkan segera bagi menangkis segala tuduhan masyarakat. Adam Adli harus dipastikan keselamatannya yang kian terancam. Bukan setakat itu, demonstrasi balas serta memorandum kepada UPSI juga perlu demi menunjukkan solidariti rakyat kepada mahasiswa. Justeru, saya mendesak Ketua AMK, Sdr Shamsul Iskandar Md Akin, Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasrudin Tantawi dan Ketua Pemuda Sosialis DAP dan lainnya bergabung dan menggerakkan segera ahli-ahli termasuk masyarakat untuk turut serta dalam arus mempertahankan mahsiswa.

Sekian,

Zaihan Zainal
Demi Rakyat Semerah

No comments:

Post a Comment