Penting

Segala tulisan dalam blog ini hanya pandangan peribadi berdasarkan pendidikan, pengalaman, pembacaan dan pemerhatian penulis terhadap kehidupan seharian. Saya menggalakkan penyebaran informasi daripada blog ini. Namunbegitu, tindakan undang-undang akan diambil sekiranya segala informasi daripada blog ini digunakan untuk tujuan fitnah dan boleh memudharatkan orang lain. Selamat Membaca.

303 CHANNELS HANYA RM40 SEBULAN

Monday 19 December 2011

BER'BLOG' SETELAH CUTI PANJANG

Salam sejahtera kepada semua pembaca.

Pertama sekali saya memohon kemaafan kepada semua terutama teman-teman rapat yg rajin untuk membaca blog lama saya http://mohdzaihan.blogspot.com/. Dan mungkin saudara/i tertanya-tanya kemana perginya saya agak sekian lama dan pelbagai persoalan mungkin timbul.

Lantaran dengan tugasan dan kerja serta projek-projek yang saya ketuai adalah sukar sekali menemui masa yang sesuai untuk mencoretkan luahan minda dan rasa dalam blog tersebut. Sehingga yang terakhir dapat saya nukilkan adalah ketika kerancakan PRK di Labis, Johor berbulan lamanya dahulu iaitu pada

(WEDNESDAY, JANUARY 19, 2011). 

Oleh kerna jadual kerja dan sebagainya seperti dimaklumkan pada perenggan di atas akhirnya pada awal Julai 2011 keinginan membuak-buak saya untuk menulis kembali di blog tersebut memberikan saya nekad untuk mencari masa dan idea yang sesuai sebagai catatan ketika itu. Setelah masa dan idea disatukan atas nama untuk menghuraikan idealisme yang saya pegang akhirnya menuju jalan buntu. Hal itu disebabkan keterbatasan saya selama ini menyebabkan log in name serta password blog tersebut saya lupai....

Dan bukan saya tiada inisiatif hampir beberapa minggu cuba untuk mencari penyelesaian yang tidak kesampaian. Akhirnya, disebabkan jadual sekali lagi menghambat saya disebabkan acara-acara besar yang saya sertai selepas itu menyebabkan sekali lagi harapan menulis itu diletakkan ketepi sementara.

Kemudian, apabila menemuijalan buntu saya mengambil keputusan untuk meluahkan pelbagai isu hanya di laman sosial 'Facebook' sahaja. Walhal, selama ini saya begitu keras untuk bingkas isu-isu politik dalam laman FB personal saya. Ini kerana selama ini saya cuba bertahan untuk menjadikan laman FB ini ekskusif sebagai laman yang mengumpulkan teman,kenalan,sahabat handai dan saudara mara. Saya cuba untuk keluar daripada kepompong yang menggunakan FB sebagai landasan berpolitik dan berniaga. Akhirnya, waktu itu saya akur.

Dan beberapa hari sudah saya sekali lagi nekad untuk cuba memecah masuk laman blog lama saya itu dengan pelbagai daya dan usaha. Yang tidak langsung membuahkan hasil. Oleh yang demikian, saya pun mengambil keputusan untuk membuka satu lagi laman blog peribadi saya agar segala cetusan berkaitan politik, isu semasa, sukan, sains, kecergasan, rakyat, keluarga, kampung halaman saya di Semerah, perniagaan dan ekonomi dsb.

Selain itu, saya juga sempat mengambil tulisan-tulisan saya yang baik dalam blog sebelum ini. Semoga pembaca baru dapat sama-sama menyelami akal budi saya dalam berbicara pelbagai isu. Dan saya ucapkan selamat juga kepada pembaca-pembaca tegar blog saya sebelum ini.

Sekian, buat masa ini semoga ketemu dalam masa terdekat nanti, Insyaallah...

Wassalam.

Zaihan Zainal
Demi Rakyat Semerah

No comments:

Post a Comment