Penting

Segala tulisan dalam blog ini hanya pandangan peribadi berdasarkan pendidikan, pengalaman, pembacaan dan pemerhatian penulis terhadap kehidupan seharian. Saya menggalakkan penyebaran informasi daripada blog ini. Namunbegitu, tindakan undang-undang akan diambil sekiranya segala informasi daripada blog ini digunakan untuk tujuan fitnah dan boleh memudharatkan orang lain. Selamat Membaca.

303 CHANNELS HANYA RM40 SEBULAN

Monday 19 December 2011

DEBAT CALON KETUA AMK PUSINGAN 2 DI BATU PAHAT

(artikel diambil daripada blog lama yg sudah hilang kata kunci http://mohdzaihan.blogspot.com/ )

WEDNESDAY, OCTOBER 6, 2010


Beberapa minggu lalu datang seorang teman mohon pandangan daripada saya mengenai Debat 4 Penjuru Calon Ketua AMK Pusat yang diadakan di Taiping tempoh hari. Saya menyatakan pendirian dan sokongan saya tentang program tersebut. Saya juga menyatakan bahawa setakat ini pertandingan merebut kerusi Ketua AMK adalah antara yang paling sensasi dan dengan adanya program ini menunjukkan bahawa anak muda dalam PKR semakin matang. Namun begitu, sebagaimana pelbagai wacana lain yang patotnya gemerlapan program pada malam tersebut agak sedikit hambar dari sudut pandang saya yang cetek ini. 
Kata saya kepada sahabat ini, kewajaran seorang moderator yang secara terang-terangan menyokong salah seorang peserta adalah sungguh biadap dalam konteks demokrasi yang sedang kita raikan. Ia boleh dikesan melalui pra-persediaan majlis dimana kelihatan moderator berbincang secara mendalam dengan beberapa penyokong kuat salah seorang calon. Justeru, sehingga bermula program kelihatan moderator memberikan cabutan seolah-olah terancang sehingga menemukan Sdr Hasmi Hashim sebagai pembahas pertama, Sdr Rafizi Ramli yang kedua dan terakhir Sdr Chegu Bard. Selain itu, kelihatan juga beberapa kesan masalah teknikal seperti 'microfon' yang digunakan oleh pembahas pertama dan kedua agak perlahan melainkan 'microfon' moderator lebih kuat berbanding yang lain. Selain itu, moderator juga menggunakan ruang yang ada untuk menyerang beberapa calon bukan pilihannya. 
Debat 4 Penjuru yang lepas juga agak hambar apabila penarikan diri salah seorang calon yang membuat sidang akhbar beberapa jam sebelum sidang debat dibuka. Calon tersebut adalah Sdr Shamsul Iskandar Mohd Akin, merupakan penyandang jawatan Ketua AMK Pusat ini. Beliau menyatakan hasratnya untuk tidak mempertahankan jawatannya sebaliknya bersedia untuk bertanding ke peringkat yang lebih tinggi iaitu jawatan Naib Presiden. Saya menyatakan ketiadaan Bro Sam ini menghambarkan majlis malam itu bukanlah sebab kepetahan atau kehebatan beliau berdebat. Sebaliknya, sudah tentu menantikan serangan bertubi dari segenap pihak yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan Bro Sam selama beliau menerajui AMK selepas Ezam Mohd Nor.

Bro Sam dilihat sebagai seorang yang gagal dalam beberapa hal dalam memperkembangkan AMK. Menurut ramai penentang Bro Sam telah gagal dalam menyediakan lebih ramai pemimpin-pemimpin muda hebat. Ada juga yang membuat perbandingan bagaimana seorang Ezam Mohd Nor telah berjaya menyediakan lebih daripada 10 orang lain seperti beliau. Kegagalan Bro Sam juga dilihat dari sudut meletakkan tanggungjawab kepimpinan diperingkat beberapa negeri yang tidak punya kredibiliti dan sebagainya. 
Namunbegitu, bagi saya Bro Sam telah terdaya dalam upaya yang beliau ada mengembeling sekalian anugerah yang ada untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada parti. Beliau turun ke segenap ruang yang ada bagi memastikan segala urusan dan program AMK berjaya.

Saya tidak mahu mengupas panjang tentang isu tersebut. Ini kerana Bro Sam telahpun menyatakan pendiriannya untuk bertanding ke peringkat Naib Presiden walaupun pendokong beliau masih mencalonkannya untuk mengekalkan jawatan di peringkat AMK. Namunbegitu, saya sangat berharap agar Bro Sam teruskan kemaraan. Bukan sebab saya menyokong Hasmi Hashim, tidak juga Chegu Bard atau Rafizi Ramli, tetapi sebagai anak jantan ada darah pendekar menuntut Seni Silat Gayang 5 (dikenali juga sebagai Buah Pukul Mersing), anak murid Mahaguru Pak Raja Ali memang dilatih Pantang sekali anak jantan berundur"Sekali melangkah akan terus ke hadapan....jangan sekali undur....itu langkah pendekar...!!"

Tetapi, hari ini yang ingin saya kongsikan adalah mengenai keberanian anak muda tempatan tergerak kehadapan apabila sekali lagi program seumpama di Taiping tempoh hari akan diadakan pula sebagai Pusingan Kedua Debat tersebut di Batu Pahat. Kalau anjuran pertama lalu di anjurkan oleh AMK Perak dengan kerjasama organisasi awam NGO UREKA. Kali ini, majlis di Hotel Novo Park Batu Pahat pula dianjurkan oleh golongan umum yang menggelarkan diri mereka Gabungan Anak Muda Batu Pahat. Semua calon telah pun menyatakan persetujuan kecuali calon 'Favor' Chegu Bard yang masih tidak menyatakan persetujuannya. Program ini dianjurkan memang bertujuan untuk sesi pusingan kedua selepas yang pertamanya di Taipin Perak.


Namun begitu, menurut pihak penganjur rasa sangat terkilan kerana Chegu Bard tidak dapat bersama. Saya tiada tahu punca sebenarnya kerna bukanlah saya seorang AJK kumpulan ini. Saya hanya berprasangka bahawa mungkin Chegu Bard ada agenda lain. Akan tetapi, saya menolak sebarang kemungkinan bahawa beliau menolak untuk menyertai program ini kerana beliau takut untuk menjadi anak jantan kerana bukan lah beliau bersifat sedemikian. Apalah sangat debat ini jika mahu dibandingkan dengan pukulan FRU, tangkapan polis, dilokap dan sebagainya kerana Chegu Bard dikenali juga sebgai seorang 'Street Fighter'. Tetapi, tidak tahu pula kalau beliau mempertimbangkan untuk tidak hadir ke negeri paling selatan ini mungkin sebab membuat perkiraan bahawa jumlah keseluruhan ahli AMK di Johor ini mungkin hanya sebahagian ahli PKR di 1 Cabang di Selangor. Justeru, kehilangan undi dari anak-anak muda Johor ini bukanlah rugi sangat.
Jika itu pertimbangan Chegu Bard; maka saya sangkal dan tentang. Ini kerana harus diingat bahawa dari daerah Batu Pahat inilah termulanya sebuah perjalanan pelbagai perjuangan. Dan ini termasuk dengan sejarah awal pembentukan parti siasah politik UMNO asal yang didokong oleh Dato' Onn. Selain itu, Kiyai Salleh atau Panglima Salleh seorang pemimpin Pendekar Selempang Merah semasa Perang Parang Banjar yang menyaksikan perjuangan orang-orang Melayu di Parit Sulong dan Batu Pahat menentang pihak Komunis juga antara tokoh-tokoh besar yang menjadi kebanggaan penduduk Batu Pahat. Selain itu, kami juga percaya daripada momentum sokongan pengundi Cina dan anak-anak muda, PRU akan datang pasti memberikan seribu makna kepada sekalian rakyat negeri Johor dan Malaysia amnya bahawa negeri ini adalah negeri ke-2 yang akan dikuasai oleh PKR selepas Selangor. Justeru, saya menyeru agar Chegu Bard untuk longgarkan sedikit masa untuk bersama kami di Batu Pahat juga.

Selain daripada itu, saya juga menyarankan agar teman-teman agar hadir sedikit awal agar dapat merasa Nasi Baryani Gam Batu Pahat. Pengunjung atau anggota-anggota AMK daripada luar juga pastikan datang seawal sebelum maghrib untuk merasa ABC dan Rojak Pak 'O' di Bus Stand Lama (tanya sahaja orang BP pasti tahu).

Kesimpulannya, saya mengharapkan agar majlis yang dianjurkan sebagai Debat Pusingan ke-2 ini harus lebih hebat untuk membuktikan kepada masyarakat yang anak muda dari Keadilan bukan calangan atau 'cheleng' (bahasa jawa BP), tetapi kami punya wawasan untuk melihat pembaharuan sistem kehidupan dan urustadbir negara yang adil dan saksama. Jadi, harapan saya melalui Debat Pusingan ke-2 ini calon-calon akan menyediakan hujah-hujah yang lebih bernas mengenai halatuju dan perjuangan serta 'blue print' pelan menawan negeri Johor dan Putrajaya.
Semoga ketemu di Hotel Novo Park, 14 Oktober 2010 (Khamis), Jam 8.15 malam. Dan sebarang pertanyaan sila hubung terus 017 7639290 (Dayat). Kemasukan PERCUMA!!!

DEBAT CALON KETUA AMK PUSINGAN 1 Di Taiping (rakaman penuh)
Watch live video from Ureka-TV on Justin.tv

No comments:

Post a Comment