Penting

Segala tulisan dalam blog ini hanya pandangan peribadi berdasarkan pendidikan, pengalaman, pembacaan dan pemerhatian penulis terhadap kehidupan seharian. Saya menggalakkan penyebaran informasi daripada blog ini. Namunbegitu, tindakan undang-undang akan diambil sekiranya segala informasi daripada blog ini digunakan untuk tujuan fitnah dan boleh memudharatkan orang lain. Selamat Membaca.

303 CHANNELS HANYA RM40 SEBULAN

Monday 19 December 2011

Mahasiswa Pemberani Mahu Lawan Menteri? part 2

Salam sejahtera kepada teman-teman pembaca.


Tahun lepas 5 Oktober 2010 saya telah menulis dan sedikit analisis mengenai 4 orang mahasiswa UKM jurusan Sains Politik yang dihalang untuk terlibbat dalam politik olih pak mentri. Ia ibarat pelajar jurusan Sains Sukan tetapi tidak dibenarkan terlibat dengan sukan. Atau lebih parah pelajar jurusan Perguruan tetapi tidak dibenarkan terlibat dengan pengajaran atau sekolah?...bukan kah aneh Menteri dan Kementerian sekaliannya yang ada di muka bumi yang namanya Malaysia ini??


Justeru, dalam tulisan di blog tersebut (http://mohdzaihan.blogspot.com/2010/10/mahasiswa-pemberani-mahu-lawan-menteri.html), saya juga bicara tentang AUKU serta kes yang melibatkan 4 mahasiswa ini. Alhamdulillah mereka lalui proses perundangan dengan istiqamah dan mendapat kemenangan tipis 2-1 penghakiman di mahkamah yang akhirnya menjadikan AUKU tidak diiktiraf dalam sistem perlembagaan negara. Dengan keputusan tersebut juga memaksa pemerintah melalui Perdana Menteri mengumumkan pemansuhan ISA, AUKU dan AKTA POLIS (berkaitan perhimpunan aman).
(click gambar untuk ikuti kisah penahanan UKM4 disifatkan seperti Drama Tamil)
UKM 4
Akibat Kes UKM 4 ini juga menghasilkan kebersatuan para mahasiswa/i daripada pelbagai sosok dan persatuan berdiri teguh dibelakang SOLIDARITI MAHASISWA MALAYSIA atau lebih mesra dengan jolokan SMM. Gerakan itu menjadi pendesak utama dalam menjalankan kempen bawah tanah atau 'underground' dikalangan mahasiswa di seluruh negara tidak kira yang awam mahupun swasta. Pendekatan sebaran maklumat dari konvensional metod sehingga melalui laman sosial. Samada secara bisik-bisik telinga sehingga mengadakan forum-forum tertutup. 


Kehebatan mahasiswa ini bukan terbatas di dalam negara malah menular ke seluruh antero dunia. Melalui 'network' yang ada, mereka menjalankan kempen kesedaran dikalangan mahasiswa bahawa kepentingan mereka sebagai 'tools' atau alat dan pemankin kepada perobahan negara. Mereka berjaya membuat teman-teman mereka yakin dan percaya bahawa mereka adalah aset penting untuk masa depan negara. Lihat sahaja bagaimana mahasiswa dan gerakan mereka mampu menumbangkan kerajaan Suharto di seberang sana pada era Reformasi 1998 dulu. Dan ia mungkin hampir berlaku kalau mahasiswa sebaya saya turut bersatu di Malaysia.


MEMOIR MAHASISWA 1998 (Era Reformasi)
Mengimbau sedikit memoir semasa saya dan teman-teman di ITM, Shah Alam ketika itu pada awal 1998 tidak akan melepaskan peluang untuk turut sama bersama massa dan arusnya berkumpul untuk menyatakan hasrat kepada Perdana Menteri ketika itu Dr Mahathir Muhammad bahawa beliau salah dalam membuat keputusan memecat DS Anwar Ibrahim. Cara tangkapan ala-ala GESTAPO di rumah yang dihadiri olih saya dan seorang rakan yang secara kebetulan rakan kepada keluarga DSAI. Memang agak tragis bagi rakyat Malaysia seluruhnya dan ia benar-benar memberi kesan kepada saya dan kehidupan saya selepas itu. Menyaksikan melalui kaca tv mahupun monitor PC dan lappy anda begitu menyayat sekali. Apatah lagi malam tersebut bukan ratus tapi hampir ribu agaknya yang berada diperkarangan rumah Timbalan Perdana Menteri yang baru dibuang olih Memanda Mentri nya. Kehadiran polis UTK yang siap bersenjata otomatik dan berbaju kalis peluru dan bertopeng muka mengheret DSAI dari dalam rumah dibawa ke kenderaan polis yang menanti di luar. Perasaan yang bercampur-campur bermain dibenak setiap kami yang diluar. HIBA,MARAH,SEDIH dan sebagainya ada.


Disuatu ketika waktu nampak kelibat DSAI diusung bawa keluar dengan asakan olih teman-teman yang darimana mereka datang menghimpit saya apatah dan bulu roma mula berdiri menandakan semangat untuk berlawan membuak-buak terutama apabila kedengaran suara-suara anggota PDRM waktu itu yang tidak henti-henti herdik dan jerit. Apabila kedengaran pula jeritan-jeritan 'REFORMASI....REFORMASI!!' serta laungan takbir 'ALLAHUAKBAR.....ALLAHUAKBAR...' sudah cukup membuatkan aliran darah muda ini semakin mengalir deras. Mahu sahaja saya menerkam dan menghalang sesiapa jua yang coba untuk membawa DSAI keluar jauh daripada mata pandang kami.



Selepas DSAI ditangkap dibawah ISA, kami mahasiswa ITM serta beberapa lagi Institut Pengajian Tinggi sekitar Lembah Kelang mengambil inisiatif berkumpul dibeberapa lokasi rahsia untuk berbincang mengenai tindakan dan pergerakan seterusnya. Wakil-wakil IPT yang ada ketika itu sahabat-sahabat dari Universiti Malaya, Universiti Putra Malaysia, Univeristi Teknologi Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia serta Universiti Islam Antarabangsa. Tidak lupa juga teman-teman asal daripada beberapa institut lain seperti IKM dan IKBN yang hadir. Kami memutuskan untuk bergerak secara 'underground' selama beberapa ketika permulaannya. Fliers, handout, handbill, poster di gerakkan dikalangan wakil universiti. Gerakan ini tidak mendapat sebarang biaya luar. Kami mengumpulkan duit daripada simpanan dan poket sendiri. Tidak kurang juga yang menggunakan wang biasiswa dan PTPTN mereka untuk membantu gerakan ini. Keperluan tabung ini adalah untuk kegunaan belanja 'fotokopi' dan printing poster.


Fliers diedar dikalangan kawan-kawan mahupun diselitkan dibilik-bilik di hostel-hostel pelajar. Ada juga yang berani untuk berdiri di tengah-tengah pergerakan awam di institusi masing-masing sambil mengedarkan risalah. Ada juga kalangan kami yang dengan berani menggunakan pembesar suara jenis 'heller' untuk pidato dan ada juga yang menggunakan pidato secara senyap-senyap diruang-ruang tertentu didalam kampus. Ketika itu, bukan sahaja pemuda pemudi,mahasiswa mahasiswi yang bercakap soal politik kekuasaan malahan staf-staf di universiti juga turut sering berbincang mengenainya secara terang-terangan. Pensyarah-pensyarah antara golongan yang berani mengutarakan pernmasalahan itu dengan kaitan matapelajaran yang mereka mengajar. Sehingga ada juga pensyarah yang mengajar 'Anatomy' iaitu pengkajian mengenai tulang,sendi dan otot turut menggunakan kiasan politik untuk memberi pemahaman pada subjek tersebut.



Kemudian, setelah kemunculan DSAI yang pertama di Mahkamah setelah belasan hari dipenjara dengan akta usang yang sering digunakan olih British sewaktu emperialisasi mereka di negara-negara yang mempunyai sumber asli yang banyak sebagai jalan mudah menghalang sebarang bentuk perjuangan nasionalisme. Di mana sahaja British jajah sudah pasti ISA digunakanuntuk menakut-nakutkan warga tempatan agar jangan lawan dan tentang British. Maka, DSAI juga dihalang sedemikian rupa dengan anggapan supaya rakyat terbanyak yang simpati dan sokong DSAI juga akan takut untuk lawan Mahathir. Tetapi, beliau salah. Setiap hari semakin ramai yang dikenakan tindakan ISA. Setiap hari jugalah rakyat semakin ramai yang turun dijalanan. Kehadiran DSAI dalam keadaan mata sebelah lebam membuatkan kami bertambah yakin sesuatu tidak kena dengan kes yang membabitkan seorang bekas No 2 Negara. Anggapan kami pemerintahan Dr M pasti lakukan apa sahaja demi berada di persada. Anggapan kami 'kalauorang no 2 negara diperlakukan sedemian rupa...maka, kalau kami rakyat jelata sudah pasti di perlakukan lebih teruk daripada itu...'


Atas kepercayaan itu, saya dan teman-teman tidak pernah berhenti untuk mempercayai bahawa segala tuduhan dan tohmahan itu adalah PALSU. Dan kami akan teruskan kemaraan yang akhirnya membuahkan hasil apabila PRU ke 10 pada 1999 menyaksikan Parlimen Malaysia mempunyai MP Pembangkang paling ramai dalam sejarah ketika itu serta perubahan kerajaan Terengganu kepada PAS.


ADAM ADLI DAN BENDERA NAJIB


Siapa Adam Adli? Begitu banyak pertanyaan terutama daripada teman-teman daripada Parit Sulong dan Semerah. Pemuda lingkungan umur 22 tahun ini seorang mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tg Malim yang menjadi gedung atau pusat melahirkan guru-guru untuk dibekalkan ke seantero negara. Adam Adli sangat dikenali olih rakan-rakan mahasiswa yang lain sebagai seorang yang aktif berpersatuan. Dan beliau popular dengan gerakan mahasiswa Legasi Mahasiswa Progresif UPSI (LMP) 


Manakala LMP telah bergabung dibawah Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik' atau BEBAS dalam usaha memperjuangkan hak dan kebebasan mahasiswa dan ahli akademik.

Sempena pelancaran gerakan itu, mereka yang terdiri daripada Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM), Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (Karisma), Kumpulan Aktivis Mahasiswa Indipenden (Kami) serta Gerakan Demokratik Belia dan Pelajar Malaysia (Dema), telah menyerahkan satu memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia (Suhakam) di pejabag suruhanjaya itu di ibu negara tadi.

Turut serta dalam Bebas adalah Pro Mahasiswa Nasional (ProMN), Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN), Legasi Mahasiswa Progresif (LMP) dan Kesatuan Aksi Mahasiswa (Aksi).


Dan pada 18 Disember 2011 yang lalu tindakan seorang aktivis mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) iaitu Adam Adli menurunkan bendera Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak ketika himpunan BEBAS di Putra World Trade Centre (PWTC) petang (Sabtu) telah menjadi bualan rakyat Malaysia ketika ini. Beliau yang juga diberitakan telah dikenalpasti sebagai individu yang bertanggungjawab menggantikan bendera yang mengibarkan wajah Perdana Menteri dengan bendera ‘Academic Freedom’ petang semalam. Perkara itu disahkan beberapa portal media lain yang diberitakan hampir sepuluh wakil pelbagai agensi media nasional turun meninjau aksi himpunan gerakan menuntut kebebasan akademik yang dianjurkan BEBAS di Kuala Lumpur semalam.

Keberanian luar biasa anak muda ini mengundang kontroversi dan amarah pendokong parti lapok UMNO sehingga ada yang mengguna pelbagai media massa dan elektronik mengutuk mahasiswa ini. Selain itu, ada juga yang menggunakan Youtube untuk membuat ugutan menyepak dan ludah Adam Adli. Pemuda bertubuh kecil ini mempunyai semangat dan hati yang lebih besar daripada Sdr Arman Azha Abu Hanifah iaitu Ketua Pemuda UMNO PJU serta mantan Ketua Wira (Pemuda) PERKASA yang hatinya tidaklah sebesar badannya akibat tidak sebulu dengan Presiden PERKASA. Beliau juga yang telah menggunakan medium Youtube untuk mengugut Sdr Adam Adli. Tindakan beliau dan penyokong-penyokongnya menjadikan beliau kelihatan sangat DUNGU sebagai seorang pemimpin pemuda yang matang.

(bersambung...)

No comments:

Post a Comment