Penting

Segala tulisan dalam blog ini hanya pandangan peribadi berdasarkan pendidikan, pengalaman, pembacaan dan pemerhatian penulis terhadap kehidupan seharian. Saya menggalakkan penyebaran informasi daripada blog ini. Namunbegitu, tindakan undang-undang akan diambil sekiranya segala informasi daripada blog ini digunakan untuk tujuan fitnah dan boleh memudharatkan orang lain. Selamat Membaca.

303 CHANNELS HANYA RM40 SEBULAN

Monday 19 December 2011

KEMPEN RM10 SETIAP JUMAAT: Perlukan komitmen setiap umat.

(artikel diambil daripada blog lama yg sudah hilang kata kunci http://mohdzaihan.blogspot.com/ )

THURSDAY, OCTOBER 7, 2010



Jumlah kutipan derma solat jumaat di sebuah masjid sekitar KL adalah antara RM3500-RM5500 setiap solat jumaat...kehadiran muslim yg bersolat Jumaat dianggarkan 3000-8000 setiap hari Jumaat bergantung kepada lokasi masjid...jadi, setiap penganut solat jumaat hanya menyumbang 50-80 sen jika diambil kira dari jumlah kutipan...BAGAIMANA MAHU BICARA SOAL PERJUANGAN ISLAM,KEBANGKITAN,JIHAD,MEMBELA ISLAM DSB seperti yg sering diwar-warkan sekiranya umat islam janya mampu menyumbang RM0.50 setiap minggu bersamaa RM2.00 sebulan...sedang di rumah ibadat penganut agama lain yg mengumpulkan bawah 200 orang penganut setiap minggu mampu mengutip lebih RM100K sebulan....





ALASAN BIASA penganut solat jumaat adalah sedekah itu ikhlas...jadi kira 50 sen lebih berkat dari RM1.00 yg tidak ikhlas.....bagaimana mahu ikhlas kalau hati nurani tiada kesedaran akan keperluan umat.....

Justeru, saya melancarkan KEMPEN RM10.00 SETIAP JUMAAT OLEH SETIAP MUSLIM.....sekiranya setiap muslim faham akan keperluan kewangan oleh pentadbir masjid, sudah tentu RM1000 pon tiada masalah....dengan RM10.00 setiap minggu maka RM40.00 setiap bulan BOLEH BUAT ANDA MISKIN?ATAU RUGI?.....



sekiranya semua umat Islam faham akan keperluan ini....barulah boleh cerita soal KEMENANGAN ISLAM.....jika tidak......negara kita bakal berdepan dengan masalah seperti di PALESTINE...


Selain itu, saya juga mengambil kesempatan untuk menjemput sedara/i untuk menyertai group kempen ini di FB http://www.facebook.com/group.php?gid=126043147434110 (mohon untuk sdr/i menambah rakan2 yang anda ada....)


Melaksanakan KEMPEN RM10 setiap minggu (setiap hari Jumaat untuk disumbangkan kepada pihak masjid).

tujuan:
1. memberi kesedaran bahawa RM10 x 4 minggu = RM40 sebulan TAKKAN BUAT ANDA MISKIN ATAU PAPA KEDANA
2. penganut agama lain walaupun mereka jarang berkumpul atau datang ke pusat ibadah, namun mereka tidak putus2 menyumbang kepada pembangunan pusat2 ibadah mereka sendiri.....sbg contoh seorang penganut Buddha merupakan bangsa Cina beritahu pada sy bhw dia sentiasa sumbang sekurang2 nya RM100 setiap minggu untuk institusi agamanya....sebab itu institusi agama mereka mewah....kebanyakan tempat ibadah mereka dilengkapi penyaman udara,besar,banyak buat aktiviti....

3.harus menyedari bahawa setiap mesjid di Lembah Klang akan hadir 3000-6000 penganut yg akan datang solat Jumaat bergantung pada lokasi....dan kutipan purata setiap hari Jumaat yg dipaparkan di papan tanda adalah hanya antara RM2500 - RM3500 setiap masjid....maknanya purata masyarakat Islam yg tunaikan solat Jumaat hanya sumbang RM0.50 setiap orang.....(LEPAS TU NAK BICARA SOAL PERJUANG AGAMA LAH....NAK JIHAD LAH....tapi kedekut!!)

4. sekiranya setiap penganut islam yg hadir pada solat Jumaat dan sumbang RM10 seorang sudah pasti kutipan setiap Jumaat saja akan menjangkau RM30k-60k seminggu....maka sebulan diantara RM120k-240k....melalui dana sebegini pelbagai program boleh dianjurkan oleh pihak pengurusan masjid...selain program2 kemasyarakatan seperti membantu ibu2 tunggal,anak2 yatim,OKU....pelbagai lagi program untuk memperkasakan ummah boleh dilakukan dengan dana ini.....bayangkan setahun akan dapat kutip RM1.4M-2.8M....tak perlu lagi sumbangan orang politik....tak perlu lagi minta melutut pd Pak Menteri semata2 untuk minta sumbangan nak buat program Maulidur Rasul....

5. Pengurusan masjid juga boleh digajikan kepada golongan profesional untuk jalankan program2 pembangunan sosial dikalangan ahli kariah kawasan mereka.

Justeru,pasti anda membawa RM10 esok untuk ke MASJID solat Jumaat....juga disini ingin diingatkan syarat sah solat Jumaat adalah mendengar 2 Khutbah dan 2 rakaat solat Jumaat....jadi,pastikan anda sampai sebelum Khatib memberi salam untuk Khutbah Pertama atau tak perlu datang terus....sebab ibadah anda mgkn tak bermakna!!!

...mendepani zaman....
zackzaihan

No comments:

Post a Comment